Showing posts with label Satu hari di hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Satu hari di hujung minggu. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

sakan di hujung minggu

As-salam, semua ada baik? Hrp semua sihat ceria slalu..mmm sebut pasal sihat, ceria ni kali ni aye nak cite pasal ujung minggu aye yg penuh bahagia. Idak le sampai ke tampoi waima ke tanjung rambutan pulak. Bahagia bilamana kita dikelilingi dgn mereka2 yg kita sayang. Ceria lagi bahagia. Sihat pulak bilamana kita dpt buat apa yg kita nak buat dengan sempurna bila kita ada badan yg sihat. Sebab dan atas tujuan nak sihatkan badan dan bergumbira dgn family tersayang, aye ke 2 buah taman pada sabtu dan ahad lepas. Bunyi cam memenatkan dgn anak kecik berlari2...well itu yg bikin aye tak cecah 50kg sampai la ni...dok kering cam ikan masin.


Sabtu nan silam ke Taman Tasik Titiwangsa dan esoknya ke Taman Ampang Hilir (baru rasmi). Sempat la aye dan hubby bergilir2 jogging. Wafa pulak lepas gian main basikal. Wafi pulak suka main "kejolah saya". Itu cite di Ampang Hilir. Di TT Titiwangsa pulak bawak family hirup udara KL waktu petang bertukar jd reunion kecik bila tanpa plan, penuh kejutan, sekonyong-konyong aye bertemu x-classmate aye kat convent dulu...si zuraini anak pak robiai. Memula dari jauh aye terperasan 1 mamat kat tepi tasik ngan 3 org budak...aikk cam kenai..ropa2nya si zaki hubbynya zura..zura plak tengah layan laksa...mmmm paham gilir2 kan, usahkan makan, ke toilet pun bergilir right. paham bebenor. Sempat la aye dan zura sembang kurang 1/2 jam...jadik le. Pjg umo kita plan elok2, kita jumpa lagi. Al-kisah, si haina pun ada tak jauh dari taman. Dia nak mula keje. Hubbynya hantar kat kantornya Tabung Darah tak jauh dari situ...takde rejeki. Kalau haina pun free masa tu sure best sembang 3 kapla. Takpe2 nanti kita bikin baik punya plan. Apapun, hubby haina, en.kamal tak melepaskan peluang keemasan jumpa member baik dia tak lain dan tak bukan-bukan......hubbyku. Kan aye dah kata sungguh membahagiakan betul ujung minggu kali ini. Penuh dengan kasih sayang gitu (keh..keh..keh). Udah le ceritanya, moh layan gambo apa adanya.


TT Titiwangsa - Yuuhuuu..hensem boy mama, tak padan kecik nak jugak naik beskal kakaknya.
TT Titiwangsa - Wafa soru aiskrim.
TT Titiwangsa - Bagi yg merindui Zura, aye publish foto ni khas utk korang. Anak zura,Kembar comei tu namanya Husna dan Hanan.




TT Titiwangsa - sapa nak rasa aiskrim wafi....comot cenggitu pun cute di mata aye.


TT-Titiwangsa - Tak dapat jumpa maknya, dapat jumpa anak2nya pun jadikla. Hero haina, Azim dan Afiq...dah beso esok, hensem ni. Kirim assalamua'laikum kat mak ya...cakap Acik Ton kirim salam. Nama je dok kl tapi jumpa masa raya kat Batu Gajah gak.


Finally kat Taman Ampang Hilir...lepas jogging perut lapor kan...so kita pekena pau ayam dulu, baru ada tenaga.
Itulah cerita aye di satu ujung minggu yg indah. Indah dek cantiknya alam maya ciptaan Allah swt, atas kesihatan yg diberi dan indahnya ikatan persahabatan...dekat di hati. babai.

Tuesday, April 21, 2009

mmmmmmm........

Hai...as-salam..hallo dunia...Selamat Hari Bumi. Harp2 blog aye tak bersawang sbb dah lama takde cerita baru. Anyway..bukan ada masalah ap, cuma mood takde. Lagipun BMW dalam seminggu 2 ni selalu bangun tengah malam merengek nak susu. Kekadang tu sampai 4 kali..dah la tido jam 11.30 ke atas pastu galak bebenor terjaga tgh malam..abis tu tido pun kurang le. Gitu le kalau beranak kecik. Penat rasanya. Harap alasan tu diterima ramai la.. Apapun ada sikit kelapangan ni aye guna sebaiknya utk cerita barang sebaris 2.


Sempena besday hubby dan Mak Zai yang jatuh pada hari yang sama (7th April), aye buatkan kek nenas terbalik (jgn betulkan screen komputer anda...sorry gambo kek tak berada pada posisi yang betul, jenuh betoikan tak maunya dia...udah le). 1st time buat kek ni, mmg kaya rasa butter. Makan banyak muak rasanya. Yang di gambar, buat utk makan kat umah. Lagi 1, acu petak bawak gi cheras utk Mak Zai. Buah tangan...idak le tangan kosong je.


Yang ni pulak, "kuih raya tak kena musim" namanya. Si Wafa punya request la ni. Dia picky eater, cerewet memilih makan so bila dia suruh buat biskut aiskrim aye tak sampai ati tak buat. So inilah biskutnya. Senang benor, tak pakai telur pun. Ada rasa strawberry. Bab tabur rainbow rice tu serah kat department dia. Suka bebenor dia. Ingatkan dia nak makan semua, alih2 katanya nak kongsi dengan azim, aina, yasmin.., rupa2nya nak bawak tadika kongsi makan dengan kawan2. Emm..... alahai, baiknya hati. Licin 1 tupperware. Semua ngadap makan masa breakfast.



Ujung minggu, petang2 tu kalau takde aktiviti lain, apalagi sendiri mau ingat la.....bawak2 jogging, ambik angin petang kat Taman MPAJ. Seronok tengok anak2 beriadah, panjat sana sini, naik semput gak. Itu tandanya kurang stamina. Tengok gambar BMW ngan ayahnya. Tak sabo nak dapat lesen kaki la tu...cepat jalan ya Wafi, boleh kita pegi zoo. Apa la mama..cam takde tempat lain...asik zoo..zoo. Beruang, tapir, badak pun boring tengok kita.


Ni pulak aksi Wafa. Senyum nak mintak aiskrim la tu. Paham bebenor.


Alahai kesiannya...letih cari kayu semalam ye sampai terlentuk kat walker. Tu la malam asik terjaga 2, 3 x. Ha siang2 ngantuk, duduk kat walker pun sempat tertidur.

Esok aye nak kena bawak murid2 tadika Wafa pegi netball match. Wafa jadi shooter..emm alahai. Mamanya tak pernah masuk main netball masa muda2 dolu2. Dalam seminggu lepas Wafa asik berlatih kat sekolah. Cikgu Wafa naik pening kepala ngajo main netball tapi bebeudak tu tak pandai2 jugak. Banyak yang suka tengok bola bergolek gitu je daripada berlari dapatkan bola dan tangkap bola. Takpe..ini semua sebagai pendedahan awal. Sok2 pandai la. Sebagai mak..Jenuh aye perah otak camner nak bagi Wafa berlatih kat umah...tengok hasil kreativiti aye...amacam kreatif tak mama Wafa. Kita guna apa yang ada kat umah je.


Tada........guna tong sampah pun bolehhhhhh. GO Wafa...you can do it bebeh..!!




Daa..........

Tuesday, January 20, 2009

Jalan2 cuci mata







Sejak dah berbaby baru dan baby pun dah beso sikit, abang asyik ajak jejalan je. Pantang sabtu ahad, sure melaram. Memandangkan Wafa blom pernah merasa mandi laut, we all pegi Bagan Lalang. X-Officemate abang masa keje kat HSSI dulu ada tinggal kat Bagan Lalang. Pok Cik ngan wifenya Cik Ta (org Kelate) dah banyak kali ajak bertandang. Memang 'mesra alam' pasangan laki bini ni. Sampai jugak we all ke Bagan Lalang. Abang nak lepas gian memancing. Wafa pulak dapat merasa mandi air masin dan main ombak. Kelakar tengok gelagat Wafa, kena pukul ngan ombak kecik pun boleh jatuh. Dia paling suka bila seluarnya mengelembung. Punya lah dia gelak bagai nak rak. Aku n wafi jadi pemerhati dari jauh je. Nanti le...wafi dah beso tak menang tangan mama ngan ayah.

firdaus...Firdaus anak bongsu Pok Cik. Sebaya wafa, 6 tahun. Alhamdulillah Firdaus sihat. Bila dikenang-kenangkan saat kritikal firdaus sejak dilahirkan dengan komplikasi jantung berlubang. Kecik2 dah kena operate. Tapi Allah punya kuasa...firdaus masih sihat tapi perlu jalani pemeriksaan rutin kat IJN. Firdaus, Untie doakan Firdaus sihat dan jantung Firdaus kuat, besar jadi orang baik2 dan pandai2. Pastu pi bagitau kat orang beso2 kementerian tu jangan gatal2 nak swastakan IJN tu, apake halnya!

Cadangnya selepas lunch kat umah Pok Cik, kami nak gi umah Abg Mie kat kuarters polis Sepang. Call dia...takde rezeki coz depa nak kluar beli baju nurul. Takpe la...lain2 kali je. Bukan apa, bukan senang nak lepas ke sepang kalau takde pepehal. So bila dah redah sampai Bagan Lalang, ronda selagi nak le...KLIA pun kami sampai. Terpana dan teruja si Wafa tengok kapal terbang dari dekat. Sekejap2 ada Kapal terbang atas kepala, sekejap2 dia bye2, cam la orang dalam kapal terbang tu nampak dia lambai bagai nak rak...

Esoknya plak, jejalan kat sekitar Wangsa Maju. Kekonon nak 'pekena ayor hangat' kat kedai Amy Search, Cheng Ho. Tak dak rezeki...tutup. Al kisah di satu ujung minggu....