Wednesday, February 23, 2011

pilih yang mana?




Pilihanraya setiap hari? Pening kepala!

Hati aye bergetus...


Tapi ini bukan pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum negara tapi sedar tak bahawasanya kita dihadapkan dengan pilihanraya setiap hari. Setiap hari kita kena buat pilihanraya memilih banyak perkara........


Antara pahala atau dosa;

**

antara syurga atau neraka;

**

antara taat solat atau melalaikannya;

**

antara nak marah atau memaafkan;

**

antara nak bergaduh atau beralah sahaja;

**

antara nak tolong atau lantak ngko le;

antara itu dan ini....semuanya perlu kepada kita adakan pilihanraya kecil dalam diri tapi implikasinya cukup besar. Pilihan itu sama ada kita jadi semakin baik atau semakin jahil.

Kebetulan aye dengar pasal topik ni dari Dr. Muhaya di Ikim.fm. Biasanya aye dengar Sinar.fm...ilmu memana ada.