Wednesday, March 11, 2009

cerita ceriti balik kampung


Abang tengah bako ikan talapia...

Hai...Dah selamat menyambut maulidur rasul? Wafa akan berarak sempena maulidur rasul peringkat tadika kemas pada 28 Mac ni. Dia tengah practice nyanyi hari2. Si wafi jadi penontonnya. Hari2 kena paksa dengar lagu selawat. Bagus jugak biar telinga dia dari kecik dah biasa dengan alunan selawat. Besar sok tau sayang nabi, ikut sunnah nabi. Cikgu Ros pun dah kasi kain ela 2meter nak buat baju kurung. Bunga ungu latar putih. Bleh la pakai masa kawin Pak cik Talib nanti.
Cuti Maulidur rasul lepas kami sekeluarga balik kampung. Meeting keluarga pasal kenduri kawin adik iparku - Talib. Paling best makan tengah hari ramai2, gotong royong siapkan menu...sambal udang, gulai tocu, betik masak air, ikan talapia bakar...emmm apa lagi ye...

InsyaAllah, majlis kawin talib akan diadakan pada 7/6/2009. Aku tabik pada keluarga mentuaku ni. Manakan tidak, semua adik beradik pakat keluar duit sponsor. Tula kata orang benda baik (umpamanya mendirikan masjid) dipermudahkan Allah. Aku doakan semoga majlis walimatul urus kedua2 pihak berjalan lancar.

Seperti biasa hajat di hati nak 'taja' kek pengantin homemade tapi tak berani nak janji. Kalau ada kelapangan dan keadaan mengizinkan, insyaAllah. Lagipun selang 3 hari lepas tu besday aku pulak. Sekurang-kurangnya ada jugak buah tangan dari aku untuk pengantin.

Hati aku sikit ada sayu melihatkan apak makin uzur. Orang dok sibuk meeting, dia terbaring je. Masih aku ingat di hari kawin ku 7 tahun dulu, apak masih gagah, masih berisi, masih boleh berdiri dengan 2 kaki yang masih tegap dan kuat. Namun hari ini apak dah bertongkat, badan makin susut, asyik sengal2 dek kerana selalu terketar2 (parkinson). Mak lah orang yang paling setia. Kekadang apak kejut mak pukul 3 pagi minta diurut. Maklah yang setia di sisi. Sejahteralah keduanya. Semoga kalian sentiasa rukun damai bahagia dunia akhirat.