Wednesday, July 29, 2009

Baby Haina


Hai geng!
Masih ingat dengan Haina dan babynya? Dari sumber terdekat iaitu paparazi kita, Siti yang masih berpilis, berbekung, berbau mengkudu dan bertungku pendek kata tengah berpantang nun jauh kat Batu Gajah sana via sms nya bagitau yang baby girl haina telah keluar dr wad ICU HKL.

Alhamdulillah! Baby girl yang kuat semangat itu diberi nama Nor Damia Amalin, masih di bwh pengawasan doktor lagi. Baby Damia diberi susu melalui tiub. Haina kena belajar guna satu alat untuk keluarkan kahak dari baby. Mahal tul alat tu RM500. Haina kata tiap kali proses keluarkan kahak, baby Damia mesti nangis. Aiyooo...sure sakit kan. Kesian baby. Cepat baik ye, sayang.

Doktor telah sahkan yang Baby Damia ada masalah jantung berlubang. So far ada 2 lubang di jantung Baby. Rawatan selanjutnya idak pulak dikasi tau. Apapun kita tunggu perkembangan Baby Damia dari masa ke semasa.

Melalui sms Siti ada titip pesan buat semua kengkawan seConvent dulu. Walau Haina tak pernah meminta dan sekalipun bantuan tidak diminta dari kita kawan-kawannya, tidak salah kita menghulur. Apa salahnya kali ini, kita jadi tangan yang di atas sebab mana tau esok lusa kita jadi tangan yang di bawah dan insyaAllah pada masa tu ada banyak tangan yang di atas membantu kita bangun. (peh...ayat camni boleh buat lagu woo, M.Nasir pun kalah nih...). Itulah maksud sms yang Siti hantar pada aye. Aye paham dan insyaAllah aye akan tolong sedayanya. Sekali kawan sampai syurga kita kawan. Harap kawan2 semua pun akan hulurkan tangan ringankan beban Haina bila tiba masanya. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh........jamie-di-sini.

Daa.......