Aku sepatutnya bersalin di Hospital Ampang pada 8 Okt 2008 iaitu sekembalinya dari cuti raya kat BG, tapi kuasa Allah, dah takdirnya gitu aku terbesalin kat Hospital Daerah Batu Gajah pada pagi raya ke3. Alhamdulillah aku sempat merasa pelbagai juadah yang dikategorikan sebagai "mesti makan" dan "sure ada punya" sepanjang raya. Kiranya tiada yang kempunan lah. Kat sini aku nak tunjuk beberapa foto kenangan yang sempat dirakamkan sempena kelahiran Muhammad Wafi. Sepintas lalu mengenai baby Wafi...Lahir pada 3 Okt 2008, jam 9.12 pagi, di Hospital Daerah Batu Gajah, berat 3.23kg.

A proud father with his new born hero.

Ini hidung saya!



Baby baru..macam tak caya je! Tak jemu mata memandang. Heran pun ada, baby baru ni beso dah tu putih plak, tang hidung ada sikit tinggi dari akaknya.
Wafi dalam pelukan ayahnya.
Wafi dapat duit raya. Bertuah jadi baby Syawal!

Yeye...Mak dapat cucu baru.

Yong wafa dengan adik wafi. Muka baby macam sama beso ngan akaknya.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Special thanks to my bro, Musa for the lovely pics.