Thursday, September 17, 2009

Posting terakhir sebelum balik kampung! (dgn izin, aye ciplak kad raya maya ini khas untuk anda)

Kad Raya AidilFitri

Assalamua'laikum,

Di kesempatan yang ada, di hari baik dan bulan baik ini, aye menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang silaturrahim dan ukhwah ini terjalin. Aye, suami (Zulkhairi) dan anak-anak (Wafa & Wafi) mengharapkan Aidil Fitri tahun ini memberi kesejahteraan buat seluruh umat islam di dunia. Semoga Allah memberkati kita semua dunia akhirat. Amin yarabbal alamin.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
p/s: panjang umur kita jumpa di Aidil Fitri.

Thursday, September 10, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 7


Happy 7th anniversary Jamie & K.E. (7 sept 09)
Kunci Kebahagian Rumahtangga (Pahrol Mohd Juoi)

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
naluri semulajadi yang pinta diisi
kerananya jejaka rela menjadi suami
kerananya perawan rela menjadi isteri
masing2 dengan harapan
agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalan berliku
destinasi sama kaedah berbeza
lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
bahagia itu pada harta
diukir dengan intan permata
(Gah, suamiku seorang jutawan!)

Tak kurang yang merasakan
bahagia itu pada rupa
ditempa oleh wajah yang rupawan
(Wah, isteriku seorang jelitawan!)

Sesetengah berkeyakinan
bahagia itu pada nama
dibaja gelar yang glamour
(Ah, isteriku seorang selebriti!)
Ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wow, suamiku seorang negarawan!)

Pelbagai jalan menimbul dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalau bahagia itu pada harta
kalau bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kalaulah bahagia itu pada rupa
kenapa Charles dan Diana berpisah?
(seorang putera dan seorang puteri)
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
(seorang seniman dan seorang seniwati)
kenapa Onasis dan Jackie bertelagah?
(seorang jutawan dana seorang selebriti)

Bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir, rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati
terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada hati
bertahta di kerajaan hati
bahagia itu pada jiwa
mahkota di singgahsana rasa
bahagia itu kesabaran
bila susah tak gelisah
bila miskin tak peramah
bila sakit tak gundah
bila gagal tak resah
oh suamiku,...innalillah.
Bahagia itu kesyukuran
bila kaya pemurah
bila berkuasa amanah
bila berjaya tak alpa
oh isteriku, alhamdulillah.

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
bila hati mengingati tuhan
firman Allah :
Ketahuilah dengan mengingati Allah itu
memberi ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud terseni takdir Ilahi
itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
tuluskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati....."
penyeri islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinan pun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Allah
iman itu tujuan syariat itu jalan
tempat merujuk segala permasalahan
tempat mencari semua penyelesaian
"isteriku, taatilah hukum Allah"
suamiku patuhilah sunnah rasullullah"
binalah hidup di neraca makruf
rumah jadi sambungan madrasah
serinya kerana solat
indahnya oleh munajat.

Tapaknya...iman
jalannya...syariat
natijahnya ...akhlak
3 penjamin segala
kunci kebahagiaan rumahtangga
dan terciptalah....
setia dan penyayang suami
setia dan kasih isteri
lalu berbuahlah...
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan...
soleh dan solehah.

;) emm, sajak ni aye ambik dari satu majalah. Aye simpan buat azimat dan bagus gak kalau dapat kongsi dengan kawan2 aye yang memasing dah kawin dekat nak 10 tahun kan. Harap2 kehidupan rumahtangga kita rukun, aman damai, bahagia dunia akhirat. Amin.


Kepada kekandaku, emm..alahai, dah 7 tahun kita nikah ye. Pejam celik, pejam celik dah 7 tahun. Pahit manis hidup berumahtangga dah banyak kita rasa sama2. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kena banyak sabar dan redha. Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga. Terima kasih ye abang sebab sabo dan jadi kapla keluarga yang baik. Saya dan anak2 sangat2lah sayang kat abang. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 7! (Perhatian : Luahan ini adalah versi "malu-malu kucing". Versi romantis tidak dapat dipaparkan buat bacaan umum - tak sesuai gitu. Harap maaf)
Doa Cinta (Ustaz Dr. Badrul Amin)
"Ya Allah, kurniai aku cintaMu
dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu
dan menjadikan cinta itu yang boleh aku dambakan"

Sori ye kepada pengunjung setia blog aye...mmg dah lama tak update blog. Bulan ogos ni aye selalu terima tetamu (syukur alhamdulillah, tetamu tu pembawak rejeki). Bilik tetamu sama dengan bilik solat dan bilik kerja (komputer). So kerja-kerja meng'update' blog tertunda dan tertangguh sikit. Apapun kepada Talib dan Ija (adik ipar dan biras), yop dan musa (sepupu dan adik) jangan sogan2 datang umah aye lagi. Selain dari faktor tetamu, lately my Wafi banyak karenahnya. Memasuki bulan ke 10 dan sekarang dah 11 bulan++...ya ampun!, BMW (Baby M. Wafi) dah pandai berjalan. Segala ceruk, sudut, bakul, besen, almari, rak, kerusi, meja sama ada dia akan masuk dalam, naik atas, jatuhkan, terbalikkan, pecahkan, punggah, pendek kata boleh panggil BMW ni "WAFI THE EXPLORER". Sesuai beno gelaran tu. Setakat ni, aksi paling ngeri Wafi pernah buat ialah...bila dia panjat katil dan langkah terus ke atas meja study kakaknya dan duduk atas meja tu sambil buat kraftangan (kraftangan si Wafi tu maknanya sampah le). Allah aje yang melindunginya.. melompat aye nengokkan aksi lagak ngeri dia tu. Kalau jatuh bukannya ada tilam ke hapa ke atas lantai tu....Alahai, tu la selagi BMW tak tido aye takleh nak buat kerja sangat. Bila dia dah tido aye terkejar2 buat kerja umah plak...Faktor ke3 aye lama tak update ialah komputer aye jatuh sakit. Komputer lama la katakan. Tapi banyak jasanya. So abang tengah cuba repair sikit2 sebelum dijadikan tukun!. Ok..Sesi tengok gambo.......cacamarba.
Hari "Jasamu Dikenang" sempena majlis perpisahan Cikgu Ros yang akan memulakan tugas penyelia (naik pangkat la tu). Sedih la. Apapun diucapkan selamat maju jaya ya Cikgu.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
hilang di mata tapi di hati takkan lupa,
berdoalah kita agar man dan sentosa,
moga2 kita berjumpa di lain masa.
Terima kasih Cikgo Ros atas jasa baik cikgu mengajar dan membimbing anak2 di Tabika KEMAS Pangsapuri Inai. Budi baik cikgu kami kenang dan hargai sepanjang masa. Semoga Allah balas dengan sebaik2 balasan.


Bagi yang merindui Cik Siti kita...moga gambar anak2nya hayki (abang long) dan hasya (baby of july) dapat mengubat rindu korang. Cik Siti tengah kembang so "dilarang keras" ambik gambar dia.



Ni pulak cupcakes yang aye buat untuk majlis perpisahan Cikgu Ros. Idea katun betoi..janji boleh makan sambil senyum.


Ni pulak anak murid Cikgu Ros yang paling muda. Kata Cikgu Ros, rindulah dia kat Wafi. Kalau korang nak tau, sejak Wafi dalam perut dia dah biasa dengan Tabika Kemas ni. Apa tidaknya tiap2 hari menghantar wafa ke sekolah, dok lepak ngan cikgu Ros. Tengok la gelagat dia, segala benda kat sekolah tu macam mak bapak dia yang punya, dah macam umah sendiri je.
Sekian dari aye untuk kali ni. Mana yang terkenangkan aye harap dah lepas rindu dendam korang. heh..heh.heh... ada ke yang rindu..perasan la pulak.
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maafkan segala salah silap aye dan keluarga aye. Panjang umur kita jumpa. K..bye...Wassalam.