Tuesday, July 27, 2010

aktiviti kemas umah, me'laksam' dan me'muffin'.

Salam 1 Malaysia! Geli eh....assalamua'laikum everybody. Aye masuk umah nak nyapu sikit, ngemas mana patut, asik masuk umah tapi idak uddate pun. Takde apa yg menarik, kalau ada pun malas la pulak. Sejak dah masuk rejab, syaaban dan menghitung hari masuk ramadan, kami sekeluarga bila time ujung minggu je ngemas umah. Bila kemas ni barulah nampak mak ai banyak betul sampah yang dok bertapa dalam umah ni. Bukan apa banyak benda dah tak guna pun aye simpan...sentimental value la, nak recycle la, nak bagi orang la...tapi at the end dok berabuk kat situ.

Memandangkan kata pemaju umah aye yang tak berapa guna tu, asik nipu je kojenya tu, talam bermuka2, janji manis2 kelatnya, bengong dan kecik2 idak nak kiok tu...(maap la sebut pasal umah mesti emosi, jiwa kacau dan dalam hati takde taman...taman dah kena langgar dengan garuda umpamanya)...umah aye ujung tahun 2010 ni bleh la duduk. Harap2 cakap dia boleh pakai...kalau takleh pakai aye buang dalam jamban je...biar IWK sedut cakap2 kosong dia...sungguh busuk serta najis berat hukum katanya dusta lagi penipu besar si TALAM itu. Sila jangan beli Rumah cap TALAM ye, belilah umah cap dulang ke, cap ayam sekalipun asalkan dah siap barulah korang pilih dan beli. Harap dengor la cakap orang ni yang dah merasa penangan umah yang sakit. 2003-2010 tak ke dh 7 tahun dok dlm status pembinaan ngalahkan buat tembok beso china dah ha, apa aje koje kementerian dgn khir toyo+l masa perintah s'gor dulu ntah le..............opsss nyimpang kejap al maklum angin PRU13 tetiba mai. Kemas umah ni pun lepas dapat kabo gembira dari pemaju pasal umah boleh serh kunci sept ni, tu yg semangat ngemas tu alih2 terlebih rajin la pulak. Kemas sikit2 bio idak penat. Harap2 jadik kan, yg pasti raya ni tetap di pandan indah lagi.

Apapun hasil penyelongkaran, banyak jugak barang2 yg kena buang. Mainan lama wafa, paper lama, botol. Ish banyak la. Cuma baju2 lama tu ada yang nak kasi anak sedara, sepupu, ada gak yg nak dibagi kat pusat recycle. Simpan pun buat apa...nyemak je. Baju kurung aye dari jaman sekolah pun ada dah bertahun tak pakai, selesa pakai seluar bila dengan anak kecik, senang bergerak dan buat aksi2 merbahaya bebila diperlukan. Iyala si wafi ni kekadang ngejutje buat aksi lagak ngerinya, berlari la, langkah longkang la..mamanya pun apa lagi bersilat nyambut dia. Baju kurung aye tu semua dalam keadaan elok lagi, jahitannya bagus (tukang jahitnya nyonya jalan andak akhat batu gajah), kainnya pun bagus ada yg takyah gosok...tapi tu la sejak tak koje ni malas pakai, gi kenduri pun pakai baju raya tahun lepas2. Yg lain semua dalam beg beso. Semua kurung pesak tak lapuk ujan tak lekang panas kan kurung pesak ni...tapi coraknya mungkin tak selawo sekrg punya. Tengok la mana endingnya baju kurung tu. Hajat ati mmg nak sedekah je.

Ok mai la tengok apa yg aye masak.


Muffin comei utk mak dan kawan sepondok mak buat makan2 buka pose israk mikraj tu hari. Ada blueberry, choc chip n mixed fruits. Tak lupa terima kasih kpd ustazh Hafizah (guru kelas wafa di SRA) yg order muffin 30pcs. Tima kasih daun keladi.


akhirnya tercapai gak cita2 nak buat laksam...sungguh nikmat dan puas ati dapat buat sendiri. makan banyak mana pun cekik la...resepi cari kat youtube , step-by-step. Senang je.

Permisi dulu. Selamat menyambut ramadan al-mubarak.

Tuesday, July 20, 2010

Ada apa dengan Syaaban....




FADHILAT BULAN SYAABAN ..
Oleh ida @ mymasjid.net - syukran sbb aye kidnap artikel anda!



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."

Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.

Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah R.A., beliau telah berkata yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah S.A.W.. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah S.A.W. pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."


Alhamdulillah. Aye dah selamat ganti pose...(bukan riak nak kasi tau seantero dunia tapi kongsi crite) sejak hormon tunggang terbalik ni lepas bersalinkan si wafi max 15hari mesti utang pose. cukup tak berkenan tapi apa leh buat, allah dah kasi kelonggaran, kita sbg hamba kena terima. semmgnya pose di bulan selain ramadhan tanpa geng (iyale...org lain tak pose masa tu melainkan yg rajin pose sunat) amat2 menduga...dugaan tu lebih rasanya, mana taknya setan kan tak kena rantai, nafsu, amarah pun kena kontrol gile2...doa slalu jgn jejaskan susu badan, walaupun sikit tapi alhamdulillah masih ada, cukuplah untuk wafi lepaskan gian. Ok, aye permisi dulu...kerja umah tgh tunggu utk dibereskan.

Selamat beramal. Anda buat anda dapat. Sampai jumpa kita di ramadan.

Tuesday, July 13, 2010

Lagi..lagi birthday.

Assalamua'laikum...tetamu2 aye semua. Terima kasih sbb datang lagi. Kita dah sampai ke bulan Julai. Istimewanya Julai setiap tahun ialah ada member aye 3 org sambut birthday. Lebih best lagi mereka2 ini birthdaynya 3 hari berturut2. 9hb, 10hb dan 11hb Julai. Mereka yg aye maksudkan ialah Armasaida, Yanti Izmar dan Zauwiah. Aye selongkar gambar2 lama untuk memperingati ke3 org kawan baik aye tu. Selamat Hari Jadi ke 33 sahabat2ku........


Dari kiri: Ida, tuan umah yang bertunang waktu itu - aye, yanti dan Nor.

Ida (9 Julai): 3 perkara tentang ida yang aye ingat selalu
1. anak sulung dari seorang anggota polis dan sekarang dia pun nak pakai uniform gak asik nak nyaman je; sekarang seorang penguatkuasa JPJ, namanya armasaida gabungan nama bapaknya abdul rahman dan ibunya aida (kot..memandai je aye ni tapi mmg nama ida tu gabungan nama makpaknya)
2. ada darah cik siti wan kembang (iye ke ida tapi kampung kat kelantan kan?)
3. 5 tahun kawin dgn org sabah, dah ada 3 org anak gegirl semuanya...

Yanti (10 Julai) : 3 perkara tentang yanti yang aye ingat selalu
1. anak sulung gak...paling gebu antara kami ber4, paling awal pakai tudung kat sekolah,
2. yanti pandai nyanyi, mak ai sedap soranya, gilakan hattan sampai signature pun gabungan namanya dgn hattan...pernah jadi lead singer dlm nasyid sampai kami dapat jadi johan kat sekolah masa tu. kalaulah ada convent idol masa tu....pehhhh.
3. Ada 4 org anak (teramai dalam geng kami...go yanti go!)




Yang bukan pengantin itulah si Zauwiyah.

Zau/ atehz : 3 perkara tentang zau yang aye ingat selalu

1. Zau seorang guru dan dia sebenarnya 2pupu ke 3pupu aye...ntah tapi yg pastinya dia sedara aye. Umah pun dekat, ngaji pun tempat yg sama. Makpak dia pun cikgu gak.
2. Bertambah rapat lepas spm bila geng bajang campur tangan...ini semua sejarah, sapa yg tau..tau la tapi geng bajang ni orang tau bukan hantu...baguih bebudaknya cuma nakai je. Kami pernah bercuti singkat ya amat kat penang, dok hotel sbb nak p kenduri kawin kawan Linda. Linda tu yg pengantin dalam gambar tu.
3. Dulu masa kecik2 dulu paling geli ngan kucing...pernah aye sakat dia, baling kucing kat dia, nasib baik dia marah kejap je. sorry ye sis.


Di kesempatan ini, sekali lagi aye ucapkan selamat hari lahir, panjang umur, sihat, murah rezeki, dilindungi Allah selalu. Smoga kita kekal bersahabat sampai bebila. Terima kasih sebab mennyerikan hidup aye selama ini. Smoga kalian berbahagia dgn keluarga.


Di kesempatan ini juga, aye nak ucapkan terima kasih kpd anak aye wafa atas usaha kerasnya dlm pelajaran. Berbaloi....tahniah dari ayah, mama, atuk dan opah2. Sayang wafa.

Thursday, July 8, 2010

Rejab oh rejab!

Salam everybody! asyik gebang, merapu je, kali ni kita kongsi ilmu sikit. Ada perkara kita dah tau dah berguru dah belajar tapi kita terlupa. Isra' mikraj dah dekat, rejab dah nak smpai ujung, syaaban dah tunggu kat pintu, ramadhan is coming soon, pastu syawal pulak datang beraya. Pejam, celik, kenyit dah puasa kan. Aye ada 2 hari lagi utang puasa. kena cepat ganti, utang dengan allah pulak yg lambat bayo. bertuah punya hamba! Ampun ya Allah! Jom belek tazkirah pasal rejab...refresh.



FADILAT BULAN REJAB (dikidnap dari harakahdaily)

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

Wednesday, July 7, 2010

Let's party!

Salam...selamat pagi rabu. Smoga anda ceria hari ni, esok, lusa, tulat dan hari2 seterusnya. Dipendekkan entry, kali ni sekadar menyempatkan diri mengisi cerita pasal sambutan birthday wafa ke7 peringkat kawasan kejiranan pada 3 julai lepas. Wah! macam sukan la plak, ada peringkat sekolah, daerah, negeri...1st time buat makan2 bagi penganjur amatur macam aye ni....mak ai kelam kelibutnya ngalahkan nak kawinkan anak. iyele, aye dah 8 tahun dok sini, 1 kali open house pun tak pernah buat. Asal cuti balik kampung, raya pun cuti panjang kat kampung. Makanya kali ni memandangkan kawan2 wafa di kejiranan ni ramai la jugak, so we decided nak buat party kecik, makan2 kek, bihun dan etc. Dengan bantuan mamanya ni yang over-creative, kami siapkan kad jemputan hand made utk para jemputan...ala semuanya bebudak belaka, kawan2 sekolah dia gak. Terima kasih pada Amy dan kak oja sudi drop by jugak. Mereka berdua ni wanita besi, yang aye suka panggil ibu tunggal yang gigih.



Aye yang sekian lama bercita2 nak buat kek barbie, alhamdulillah tercapai jugak akhirnya. Punya la teruja dan puas hati dapat selesaikan projek barbie doll cake ni. Seronok tengok wafa happy dengan kek birthday dgn patung barbie tu. Rasa cam aye pulak yg berulangtahun...(gemini jugak kan). Tengok je la party kecik yg kami anjurkan serba sederhana tapi havoc jugak dengan gelak tawa, aksi berebut mainan, bunyi belon meletup...best sungguh. Menu hari tu...bihun goreng, karipap, nugget, kek,...kudap2...boleh la. Bihun goreng dan karipap ada berlebih, so aye pi hantar kat jiran bawah utk depa 'cekik' masa nonton world cup beramai2.



Wafa sayang, harap wafa happy dengan party kecik yang mama dan ayah buat untuk wafa sempena birthday wafa ke 7 tahun dan meraikan kejayaan wafa dapat no. 1 ujian pertengahan tahun Sekolah Rendah Agama. Terima kasih kerana buat mama dan ayah happy dan buat mama rasa KPI mama hampir tercapai. Usaha lagi ye.

Ni je yang mama dan ayah mampu buat memandangkan umah pun sekangkang kera so bersendat2 jugak le kita semua. Apapun syukur dapat sambut ulangtahun ke7 Wafa dan mama ayah ucapkan tahniah dan selamat hari jadi, panjang umur, sihat, bijak, murah rezeki dunia akhirat. Jadi anak yang solehah dan ingat allah dengan solat ye. Ingat apa yang Dr. Robiah Hamzah cakap hari tu kat ceramah motivasi kelmarin...kalau anak tak solat, tak tutup aurat dengan betul...mak ayah dia dapat dosa. Be good n take care. Muahzzz.