Monday, December 21, 2009

Kepaq kepung walimatul urus

Hujung minggu yg meriah! itulah yg aye boleh katakan bagi menggambarkan kegembiraan keluarga besar Hjh Saadiah (allahyarhamah) menerima ahli keluarga baru. WELCOME TO OUR FAMILY! Kepada En. Halim (suami Hanisah) dan Pn. Hamiza (isteri Naim), selamat datang..ahlan wasahlan....Selamat Pengantin Baru. Tahniah berganda buat Mak Zai dan Pak G kerana menerima 2 menantu baru. Semoga umat Nabi Muhammad akan bertambah ramai selepas ini...yahhh itulah yg kita harap-harapkan. Tanpa celoteh panjang lebo lagi, moh le kita layan gambar2 yg sempat aye snap.
Looking great Nisah! Anak sulung Mak Zai & Pak G, Hanisah & suaminya Halim O.
Manisnyeerr...Anak Ke3, Naim & isterinya Hamiza.
Haippp!! Penunggu pelamin & bunga telo bertelinga rama-rama berbaju singa sudah datang...siapa berani mai dekattt, saya lipattt...BMW kelihatan bad mood tapi hensem wooo..
Jemput mentekedarah...Jangan malu, jangan segan, mai makan...
Cinta Adam dan Hawa sudah bertaut, sekianlah cerita aye.