Sejak dah berbaby baru dan baby pun dah beso sikit, abang asyik ajak jejalan je. Pantang sabtu ahad, sure melaram. Memandangkan Wafa blom pernah merasa mandi laut, we all pegi Bagan Lalang. X-Officemate abang masa keje kat HSSI dulu ada tinggal kat Bagan Lalang. Pok Cik ngan wifenya Cik Ta (org Kelate) dah banyak kali ajak bertandang. Memang 'mesra alam' pasangan laki bini ni. Sampai jugak we all ke Bagan Lalang. Abang nak lepas gian memancing. Wafa pulak dapat merasa mandi air masin dan main ombak. Kelakar tengok gelagat Wafa, kena pukul ngan ombak kecik pun boleh jatuh. Dia paling suka bila seluarnya mengelembung. Punya lah dia gelak bagai nak rak. Aku n wafi jadi pemerhati dari jauh je. Nanti le...wafi dah beso tak menang tangan mama ngan ayah.
firdaus...Firdaus anak bongsu Pok Cik. Sebaya wafa, 6 tahun. Alhamdulillah Firdaus sihat. Bila dikenang-kenangkan saat kritikal firdaus sejak dilahirkan dengan komplikasi jantung berlubang. Kecik2 dah kena operate. Tapi Allah punya kuasa...firdaus masih sihat tapi perlu jalani pemeriksaan rutin kat IJN. Firdaus, Untie doakan Firdaus sihat dan jantung Firdaus kuat, besar jadi orang baik2 dan pandai2. Pastu pi bagitau kat orang beso2 kementerian tu jangan gatal2 nak swastakan IJN tu, apake halnya!
Cadangnya selepas lunch kat umah Pok Cik, kami nak gi umah Abg Mie kat kuarters polis Sepang. Call dia...takde rezeki coz depa nak kluar beli baju nurul. Takpe la...lain2 kali je. Bukan apa, bukan senang nak lepas ke sepang kalau takde pepehal. So bila dah redah sampai Bagan Lalang, ronda selagi nak le...KLIA pun kami sampai. Terpana dan teruja si Wafa tengok kapal terbang dari dekat. Sekejap2 ada Kapal terbang atas kepala, sekejap2 dia bye2, cam la orang dalam kapal terbang tu nampak dia lambai bagai nak rak...
Esoknya plak, jejalan kat sekitar Wangsa Maju. Kekonon nak 'pekena ayor hangat' kat kedai Amy Search, Cheng Ho. Tak dak rezeki...tutup. Al kisah di satu ujung minggu....
No comments:
Post a Comment