Sempena besday hubby dan Mak Zai yang jatuh pada hari yang sama (7th April), aye buatkan kek nenas terbalik (jgn betulkan screen komputer anda...sorry gambo kek tak berada pada posisi yang betul, jenuh betoikan tak maunya dia...udah le). 1st time buat kek ni, mmg kaya rasa butter. Makan banyak muak rasanya. Yang di gambar, buat utk makan kat umah. Lagi 1, acu petak bawak gi cheras utk Mak Zai. Buah tangan...idak le tangan kosong je.
Yang ni pulak, "kuih raya tak kena musim" namanya. Si Wafa punya request la ni. Dia picky eater, cerewet memilih makan so bila dia suruh buat biskut aiskrim aye tak sampai ati tak buat. So inilah biskutnya. Senang benor, tak pakai telur pun. Ada rasa strawberry. Bab tabur rainbow rice tu serah kat department dia. Suka bebenor dia. Ingatkan dia nak makan semua, alih2 katanya nak kongsi dengan azim, aina, yasmin.., rupa2nya nak bawak tadika kongsi makan dengan kawan2. Emm..... alahai, baiknya hati. Licin 1 tupperware. Semua ngadap makan masa breakfast.
Ujung minggu, petang2 tu kalau takde aktiviti lain, apalagi sendiri mau ingat la.....bawak2 jogging, ambik angin petang kat Taman MPAJ. Seronok tengok anak2 beriadah, panjat sana sini, naik semput gak. Itu tandanya kurang stamina. Tengok gambar BMW ngan ayahnya. Tak sabo nak dapat lesen kaki la tu...cepat jalan ya Wafi, boleh kita pegi zoo. Apa la mama..cam takde tempat lain...asik zoo..zoo. Beruang, tapir, badak pun boring tengok kita.
Alahai kesiannya...letih cari kayu semalam ye sampai terlentuk kat walker. Tu la malam asik terjaga 2, 3 x. Ha siang2 ngantuk, duduk kat walker pun sempat tertidur.
Esok aye nak kena bawak murid2 tadika Wafa pegi netball match. Wafa jadi shooter..emm alahai. Mamanya tak pernah masuk main netball masa muda2 dolu2. Dalam seminggu lepas Wafa asik berlatih kat sekolah. Cikgu Wafa naik pening kepala ngajo main netball tapi bebeudak tu tak pandai2 jugak. Banyak yang suka tengok bola bergolek gitu je daripada berlari dapatkan bola dan tangkap bola. Takpe..ini semua sebagai pendedahan awal. Sok2 pandai la. Sebagai mak..Jenuh aye perah otak camner nak bagi Wafa berlatih kat umah...tengok hasil kreativiti aye...amacam kreatif tak mama Wafa. Kita guna apa yang ada kat umah je.
Daa..........
No comments:
Post a Comment