Tuesday, January 20, 2009

Rumah oh rumah...bila nak siap?






Aku ni nama je ada beli umah tapi dek kerana pemaju ada problem, rumah aku terbengkalai. Tapi awal tahun 2009 ni ada progress di tapak projek. Terima kasih kpd AJK Taman Lestari Permai yang keje keras, free pulak tu, untuk memastikan pemaju akan siapkan rumah. Siap piket, demo, brapa kali meeting ngan Timb. Menteri Prumahan, hari terbuka penduduk, just name it, apa yang depa tak buat, sume depa buat cuma nak jumpa PM je tak dapat. What to do, inilah nasib rakyat marhaein kat negara sendri. Sedih ooo....patut siap 2005, drag sampai skarang..Aku berdoa dan berharap, pemaju akan dapat siapkan umah dalam tahun ni jugak. Korang pun doakan sama ye...nanti ada rezeki buat open house aku jemput korang. Berangan tu..



Ni ada keratan akhbar pasal tindakan pembeli rumah projek yang sama ngan aku berpiket kat pejabat pemaju...aku tak dapat pegi sbb baby payah nak angkut. Kalau tak mesti muka aku masuk paper. Siap sepanduk lagi...Baca la sendiri..ni namanyer "Perjuangan Yang Belum Selesai".















Jalan2 cuci mata







Sejak dah berbaby baru dan baby pun dah beso sikit, abang asyik ajak jejalan je. Pantang sabtu ahad, sure melaram. Memandangkan Wafa blom pernah merasa mandi laut, we all pegi Bagan Lalang. X-Officemate abang masa keje kat HSSI dulu ada tinggal kat Bagan Lalang. Pok Cik ngan wifenya Cik Ta (org Kelate) dah banyak kali ajak bertandang. Memang 'mesra alam' pasangan laki bini ni. Sampai jugak we all ke Bagan Lalang. Abang nak lepas gian memancing. Wafa pulak dapat merasa mandi air masin dan main ombak. Kelakar tengok gelagat Wafa, kena pukul ngan ombak kecik pun boleh jatuh. Dia paling suka bila seluarnya mengelembung. Punya lah dia gelak bagai nak rak. Aku n wafi jadi pemerhati dari jauh je. Nanti le...wafi dah beso tak menang tangan mama ngan ayah.

firdaus...Firdaus anak bongsu Pok Cik. Sebaya wafa, 6 tahun. Alhamdulillah Firdaus sihat. Bila dikenang-kenangkan saat kritikal firdaus sejak dilahirkan dengan komplikasi jantung berlubang. Kecik2 dah kena operate. Tapi Allah punya kuasa...firdaus masih sihat tapi perlu jalani pemeriksaan rutin kat IJN. Firdaus, Untie doakan Firdaus sihat dan jantung Firdaus kuat, besar jadi orang baik2 dan pandai2. Pastu pi bagitau kat orang beso2 kementerian tu jangan gatal2 nak swastakan IJN tu, apake halnya!

Cadangnya selepas lunch kat umah Pok Cik, kami nak gi umah Abg Mie kat kuarters polis Sepang. Call dia...takde rezeki coz depa nak kluar beli baju nurul. Takpe la...lain2 kali je. Bukan apa, bukan senang nak lepas ke sepang kalau takde pepehal. So bila dah redah sampai Bagan Lalang, ronda selagi nak le...KLIA pun kami sampai. Terpana dan teruja si Wafa tengok kapal terbang dari dekat. Sekejap2 ada Kapal terbang atas kepala, sekejap2 dia bye2, cam la orang dalam kapal terbang tu nampak dia lambai bagai nak rak...

Esoknya plak, jejalan kat sekitar Wangsa Maju. Kekonon nak 'pekena ayor hangat' kat kedai Amy Search, Cheng Ho. Tak dak rezeki...tutup. Al kisah di satu ujung minggu....

Friday, January 9, 2009

Raya Haji di rumah Mak Yang

Raya Haji lepas, berkesempatan bertandang ke rumah Mak Yang. Gembira tengok Abah dan Mak Yang sihat dan masih kuat, dikelilingi anak cucu sekalian yang ada. Syahdu tengok Abah dan Mak Yang hidup bersama meniti usia emas mereka dalam bahagia. Gambar ni Yop Hisyam yg ambik. Wafi ada dlm gendongan Yong (wife yop). Bukan senang nak dapat foto keluarga camni.

Secara peribadi, aku amat sayang dan terhutang budi pada keluarga Abah dan Mak Yang. Panggilan Abah pada suami Mak Yang sudah cukup menggambarkan akrabnya hubungan aku dengan mereka, padahal anak2 saudara yang lain panggil suami Mak Yang = Ayah Yang. Betapa aku merasa sangat istimewa. Abah dan Mak Yang antara keluarga yang amat mengambil berat soal kebajikan keluarga aku semenjak ayah meninggal dunia. Masa kecik, masa mak ngan ayah keje, Mak Yang lah yang jaga aku dan Musa. Aku merasa dok ngan mak yang, tengok mak yang buat bahulu, laksa, kuih sepit...Mak Yang memang pandai masak. Abah pulak sebagai orang pejabat hutan adakala bawak balik tupai, ingat lagi tupai tu mati,...sebab makan asam masin kot...sapa bagi...entah, tak ingat. Dengan abah dan keluarganyalah aku pertama kali dibawa pegi tengok wayang cerita Rambo...peh, 1st time le katakan, jakun abissss....terima kasih abah sebab tak pernah lupa pada anak yatim yang sorang ni...Ada lagi... kenangan dengan arwah Amdi (anak abah ke5). Terkenal dengan gelaran McGyver, siap dengan pisau McGyver ke mana2. Pandai melukis (abis dinding umah opah dilukisnya tapi sangat kreatif). Aku pernah ikut dia ngan Salleh (adik Amdi) 'jelajah' semak beluko kat belakang umah Mak Yang. Ada sekali tu kena ulat bulu, apalagi pedih...gatal...aduh...Paling takleh lupa kenangan aku sergah dia masa dia tengah makan biskut, sampai tersembur abis biskut keluar dari mulut dia, dia tak marah tapi bantai gelak beso..Amdi..Amdi. Ada lagi, dia pernah bagi tau bila nak tukar I/C umur 18 nanti, dia nak tukar nama jadi, cuba teka....MARANG KERAPU KEPUNDEN MARANG SEKEPER...ha..ha..ha. Ada ka.....kih...kih...kih kelako tui. PaStu masa dia dok umah opah dulu (tak silap masa tu dah dekat nak amik periksa SPM), selalu dengar dia nyanyi lagu...cuba teka....RAYUANKU by Rohana Jalil...kelas anak mak! Very the kelakar.... Tapi semuanya tinggal kenangan... Amdi telah pulang ke rahmatullah dalam usia 34 tahun (September 2006) meninggalkan seorang balu, Kak Ita (seorang yang tenang dan murah senyuman) dan sorang anak lelaki, Mohd Ihsan. Al-fatihah untuk allahyarham Yusni b. Mohd. Yusuf a.k.a Amdi.

Tak lupa juga jasa Mak Yang dan Abah menjaga mak lepas operation buang fibroid, tak mungkin aku dapat balas. Ya Allah, Engkau angkatlah darjat Abah dan Mak Yang setinggi-tingginya atas rasa belas dan ihsan mereka terhadap aku sekeluarga dan berikanlah kesihatan yang baik dan murahkanlah rezeki mereka sekeluarga, serta kurniakanlah mereka kebaikan dunia dan akhirat. Ya Allah, Engkau berikanlah ruang dan peluang kepada aku untuk membalas jasa mereka. Amin..