Monday, December 20, 2010

canggih vs ketagih





tak paham, tak paham...aye takkan paham sampai bebila. Hairan mungkin teknologi dah semakin canggih, dan yang penting murah...semua orang berlumba2 nak kejar tapi ada benda yang kita kena dahulukan...apa dia murid2, betoi...keselamatan.

Apa yang aye tak pahamnya. Sebenarnya tiap kali keluar drive kereta pasti akan terjumpa bebudak yang berjalan kaki nak tuju destinasi memasing. Part ni aye belom nak brapa heran (bebudak sekarang panjang langkah!)tapi tang hmpir 24jam dok hangguk2dengan earphone/headphone tersangkut kat telinga apahal. Nak kata alat bantuan pendengaran untuk org OKU pekak, tidak. Sah2 cukup sifat, elok je.

Aye ni kalau idak menyusahkan idup aye, aye idak nak bising sgt tapi selalu sgt bertembung dengan bebudak yang berjalan macam bontot dia besi sekejap ketengah kejap ketepi alih2 ketengah balik, mula2 di tepi alih2 sekonyong2nya melintas tanpa menoleh kiri kanan macam ayam, macam dalam dunia dia sorang je yang berjalan...yang sushnya driver macam aye yang kena xtra berhati2 bila bawak keta membontoti golongan ini. Nanti akan terkeluarlah ayat yang biasa Wafa dengar mamanya marah2 dlam kereta...."macam bontot dia besi", " macam jalan ni dia punya", "akai tada"...

Lagipun bukan ke bahaya bila asik layan lagu dengn earphone bila berjalan. Patutnya telinga tu digunakan sepenuhnya untuk elakkan macam2 benda buruk berlaku, bunyi motor peragut ke, kenderaan bunyikan hon ke, anjing nyalak pastu kejar ke, penjual aiskrim lalu tepi pastu terlepas peluang beli aiskrim semata2 kerana apa? kerana kita tak dengar! So adik2 yang guna jalan raya awam (diulangi jalan raya awam bukan makpak hangpa punya dan dalam kes ini aye maksudkan jalan ke stesen LRT Pndan Indah), tolong la guna jalan dengan berhemah dan gunakan telinga anda dengan sebaiknya. lagu tu layan je dalam LRT. MMg la dunia makin canggih tapi kita tak perlu ketagih pada benda2 yg bagi mudarat pada diri sendiri. Kembali pada basic! Sederhana dalam smua hal. InsyaAllah segalanya baik. (Ish, macam ustazah)


Kalau ada masa, baca artikel ni. Pasal earphone boleh jadikan telinga pekak.

Earphone bikin tuli
Berdasarkan sebuah penelitian baru-baru ini, di Amerika Serikat, 5,2 juta anak berusia 6-19 tahun terganggu pendengarannya gara-gara terlalu sering terpapar musik keras. Salah satu biang keladinya adalah pemakaian earphone selama berjam-jam dengan volume keras.

Para ahli kesehatan di sana memperkirakan, anak-anak generasi 'iPod' ini bakal lebih awal mengalami presbiakusis, tuli karena usia lanjut, yakni pada usia 40-an tahun. Normalnya, kondisi ini baru muncul di usia 60-70 tahun.

Mengapa suara keras bisa merusak pendengaran? Suara yang masuk ke telinga diteruskan ke sel-sel rambut yang terletak pada koklea (rumah siput). Sel-sel rambut ini berfungsi menangkap frekuensi suara dan meneruskannya ke pusat persepsi pendengaran di otak.

Nah, suara berfrekuensi lebih dari 80 desibel (frekuensi suara dari earphone mencapai 95 desibel) dapat membuat sel-sel rambut kelelahan. Sel-sel rambut yang terlalu lelah ini lama-kelamaan bisa rusak dan menurunkan fungsi pendengaran. Awalnya hanya sementara. Tapi, bila kebisingannya terus berlangsung, kerusakannya bisa permanen.


Sekian.

1 comment:

atnur @ Iza said...

masa zaman dok hostel dulu, agak giler dgn walkman. ke sana sini, x lekang earphone kat telinga. tp bila dah lama², mmg ada terasa cam dah jd pekak sket. bila org bercakap rasa cam perlahan je volume padahal org tu dah abis kuat dah volume dia tp dgr cam sayup je. tu akibat kerap sgt on walkman (earphone kat telinga) sampai tido pun dgn walkman.

lepas drpd tu (kesedaran akan pendengaran yg makin kurang jelas), terus x guna walkman lg dah. bg kat sesape yg nak masa tu. Alhamdulillah, dah xde tabiat buruk tu. mmg buruk le kan kalo dah memberikan kesan yg x elok kat diri sendiri? kalo dok dgn habit lama tu, confirm skrg nie aku dah pekak terus. maybe dah terpaksa menggunakan bahasa isyarat bila nak faham apa yg org sekeliling ckp. rasanyalah...

teknologi terkini mmg la ada kegunaannya tp kalo dah sampai memudaratkan diri sendiri, xde guna jugak... buat abiskan duit je...