Thursday, April 23, 2009

You can do it bebeh!

Hai...As salam, aye dah cerita kat you all semua kan, semalam aye bawak Wafa & kawan2nya pegi Hari Potensi Kanak2 Tabika KEMAS PArlimen Pandan, tak gitu? Ha..wafa masuk perlawanan Bola Jaring, dapat 2nd place. Tak sangka betul. Dalam 3 mata, wafa score 1. Tumpang bangga gak la, kementot pun dapat jugak sumbangkan mata utk pasukan. Tahniah wafa. Cikgu wafa pun tak sangka anak muridnya dapat tempat ke2. Kalako tgk Cikgu Ros tu nyaris2 meroyan nengokkan gaya anak muridnya main yang pada game 1 asik statik asik kekal di posisi tu je, dok pintal2 rambut, nyembang dan tak nak rebut bola...bila game 2 baru ok sikit. Johan dan Naib Johan akan ke peringkat daerah 2 May ni. Semalam hari yang amat memenatkan. Bukan penat berjalan, sebetulnya penat melayan anak kecik aye le si Wafi. Tapi Wafi good boy, idak pulak dia meragam sangat, asalkan dikipas, didukung, dikasi minum susu cap gantung (berselindung balik pokok atas hamparan tikor), ha itulah yang penat tapi enjoy. Betullah kata orang beranak kecik ni stamina kena kuat sbb kena guna banyak tenaga. Kalau tak kuat mmg boleh terduduk! Apapun aye rasa sangat berbesar hati dapat menjayakan program anjuran KEMAS Parlimen Pandan ni. (sekalipun aye bukan orang DACING/gelombang biru!)Seharusnya mak2 yang tak berkerja cam aye ni amik peluang join aktiviti cam ni kalau ada kelapangan. Rugi kalau tak join, benefit banyak..dapat congkil potensi dan bakat anak2. Lagipun pendedahan awal kena ada buat bekal ke sekolah rendah nanti. Idak le macam katak bawah kotak kasut! Apa kata kita scroll down tengok foto yang aye sempat amik..

Wafa tunggu member pass bola.


Shhhhh...Putera Wafi tengah beradu. Dah tak kose nak layan akak2 yang suka kerumun dan paling dia tak berkenan depa suka cubit pipi. Marah tul Wafi. Ampun tuanku...Ginilah gaya tido favourite BMW - kuak telangkup namanya. Kalu tido gaya gini mmg lena tak ingat dunia.


Take 15, berehat tunggu game 2...muka tak tension dan cemas langsung...syok jadi bebudak kan.....


Majlis Penyampaian Hadiah...Tabika KEMAS PAngsapuri Inai Naib Johan Bola JAring. Wafa dapat hadiah piala kecik dan botol air. Tahniah anak2. Kita jumpa lagi di peringkat daerah. insyaallah.
Gitulah cerita aye kali ni...harap2 anak kita berpotensi jadi insan berilmu, beramal, beriman dan bertaqwa. Amin...

Tuesday, April 21, 2009

mmmmmmm........

Hai...as-salam..hallo dunia...Selamat Hari Bumi. Harp2 blog aye tak bersawang sbb dah lama takde cerita baru. Anyway..bukan ada masalah ap, cuma mood takde. Lagipun BMW dalam seminggu 2 ni selalu bangun tengah malam merengek nak susu. Kekadang tu sampai 4 kali..dah la tido jam 11.30 ke atas pastu galak bebenor terjaga tgh malam..abis tu tido pun kurang le. Gitu le kalau beranak kecik. Penat rasanya. Harap alasan tu diterima ramai la.. Apapun ada sikit kelapangan ni aye guna sebaiknya utk cerita barang sebaris 2.


Sempena besday hubby dan Mak Zai yang jatuh pada hari yang sama (7th April), aye buatkan kek nenas terbalik (jgn betulkan screen komputer anda...sorry gambo kek tak berada pada posisi yang betul, jenuh betoikan tak maunya dia...udah le). 1st time buat kek ni, mmg kaya rasa butter. Makan banyak muak rasanya. Yang di gambar, buat utk makan kat umah. Lagi 1, acu petak bawak gi cheras utk Mak Zai. Buah tangan...idak le tangan kosong je.


Yang ni pulak, "kuih raya tak kena musim" namanya. Si Wafa punya request la ni. Dia picky eater, cerewet memilih makan so bila dia suruh buat biskut aiskrim aye tak sampai ati tak buat. So inilah biskutnya. Senang benor, tak pakai telur pun. Ada rasa strawberry. Bab tabur rainbow rice tu serah kat department dia. Suka bebenor dia. Ingatkan dia nak makan semua, alih2 katanya nak kongsi dengan azim, aina, yasmin.., rupa2nya nak bawak tadika kongsi makan dengan kawan2. Emm..... alahai, baiknya hati. Licin 1 tupperware. Semua ngadap makan masa breakfast.



Ujung minggu, petang2 tu kalau takde aktiviti lain, apalagi sendiri mau ingat la.....bawak2 jogging, ambik angin petang kat Taman MPAJ. Seronok tengok anak2 beriadah, panjat sana sini, naik semput gak. Itu tandanya kurang stamina. Tengok gambar BMW ngan ayahnya. Tak sabo nak dapat lesen kaki la tu...cepat jalan ya Wafi, boleh kita pegi zoo. Apa la mama..cam takde tempat lain...asik zoo..zoo. Beruang, tapir, badak pun boring tengok kita.


Ni pulak aksi Wafa. Senyum nak mintak aiskrim la tu. Paham bebenor.


Alahai kesiannya...letih cari kayu semalam ye sampai terlentuk kat walker. Tu la malam asik terjaga 2, 3 x. Ha siang2 ngantuk, duduk kat walker pun sempat tertidur.

Esok aye nak kena bawak murid2 tadika Wafa pegi netball match. Wafa jadi shooter..emm alahai. Mamanya tak pernah masuk main netball masa muda2 dolu2. Dalam seminggu lepas Wafa asik berlatih kat sekolah. Cikgu Wafa naik pening kepala ngajo main netball tapi bebeudak tu tak pandai2 jugak. Banyak yang suka tengok bola bergolek gitu je daripada berlari dapatkan bola dan tangkap bola. Takpe..ini semua sebagai pendedahan awal. Sok2 pandai la. Sebagai mak..Jenuh aye perah otak camner nak bagi Wafa berlatih kat umah...tengok hasil kreativiti aye...amacam kreatif tak mama Wafa. Kita guna apa yang ada kat umah je.


Tada........guna tong sampah pun bolehhhhhh. GO Wafa...you can do it bebeh..!!




Daa..........

Wednesday, April 15, 2009

Mak further study?

Balik Kampung lagi....lagi-lagi balik kampung.........



Pondok pesantren mak....




Pondok mak no.11.



Surau pondok..azannya ala-ala mekah gitu. Di sinilah mak belajo agama.


Wafa & wafi di pondok opah.


Mak further study? Apsal tak caya...kan bijak pandai kata "tuntutlah ilmu sampai ke negara cina". Sebenornya mak aye memang betoi sambung belajo cuma bukan kat UiTM ke, Uniten ke, tapi sambung ngaji kat pondok. Mak aye dah pencen...takde nak jaga cucu, takde nak peratikan ayam itik, kobau lembu, keli lintah, kucing siam ngan ikan emas pun tak mandang kat rumah. Atas kesedaran nak tambah ilmu akhirat, mak aye pun daftar utk pengajian pondok di Kg. Manjoi. Sapa2 tak tau...Kg. Manjoi ni kampung melayu paling beso kat M'sia bukan Kg. Baru, KL tau. Emak sewa satu pondok tak silap RM70/bulan. Mak nyewa dgn sorang kawan lama yang ketika dan saat entry ni ditulis masih dalam edah sbb baru kematian suami. Jadi mak solo molo le sampai 1/5/2009 ni. Kesempatan balik Perak minggu lepas, aye, Wafa & Wafi tido kat pondok nak merasa suasana dok kat pondok. Mak kata cam dok kt mekah...azannya...waduh syahdu toi.. kat sini schedule mak padat..ada aje pengisian kat surau pondok. Mmg tak yah ada tv. Takde masa nak nonton. Kedai ikan, sayur waima kedai tomyam dan burger pun tak jauh..sepelaung je. Tumpang gembira tengok mak tenang dan happy kat pondok...mak memang patut happy dalam meniti usia emasnya, tak patut susah ati dan sedih sayu dalam usia pencen ni...aye harap mak jumpa apa yang mak cari..iaitu ketenangan dan keredhaan Allah. Kepada anaknya yang 2 orang ni, mak mintak didoakan yang terbaik utk dirinya.
Cukup pasal mak ynag dah jatuh cinta dengan pondok pengajiannya Al Barakah, Manjoi, aye nak cerita pasal kawan lama aye..Daleena. Sejak tau mak nak ngaji pondok kat Manjoi, ke hulu ke hilir aye cari contact nombor Si ena ni. Tak jumpa dan tak tahu...aye cuma cakap pada diri sendiri...ada rezeki jumpalah (alamtnya no.2 jalan pemimpin). Tup2 dah niat tu baik dan ikhlas nak sambung silaturrahmi, Allah tu tunjuk jalan dan panjangkan jodoh. Tup2 nak jadi cerita, rupa2nya pondok pesantren mak tu mmg dekat je dengan umah ena, jalan kaki pun sampai. Sesungguhnya Allah tu maha pengasih maha penyayang...mmg Dia suka orang yang sambung silaturahim, aye sesaja berjalan ke arah rumah yang aye rasa "macam pernah ku lihat rumah ini...tapi, di mana ya" ha gitulah. Bagi salam, dan jeng3X, itu mmg umah ena cuma ena takde, dia keje kt penang. Alhamdulillah...dapat contact no. ena dan esoknya ena sampai dari penang dan kitaorg pun reunion kat pondok mak. Rasa nak menangis pun iya tapi control seri ayu. Happy sesgt sbb dah dekat 7 tahun tak jumpa, call pun idak...lost contact langsung. Bulan April ni bagi aye bulan reunion...Tahniah ena dan selamat bergelar isteri disember 08 lepas. Semoga lepas ni kita sentiasa keep in touch, biar jauh di mata tapi dekat di hati dan kalau nak nyembang "it's a phone call away" ujung jari je.
Itulah cerita aye balik Perak kali ini. Touching sungguh...happening betoi (bagi aye le). Semoga mak happy di pondok dan semoga ena dan suami berkekalan bahagia dunia akhirat. Selamat pengantin baru (belated). Selalu ingat lagu yang anak aye si Wafa nyanyi...Sayang Allah, sayang nabi, sayang ayah, sayang mama..sayang semuanya.........muah3x.

Wednesday, April 8, 2009

Entry cacamarba

As-salam....hai semua..memula sekali apa kata kita mulakan dengan tazkirah sikit. Sharing is caring, tak gitu! Sahabat aye dari negara nipon hantar email yang pada pandangan aye sangat lah baik utk kita amalkan. Betulkan yang biasa...biasakan yang betul!
SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....
utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email..
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Entry cacamarba kali ini berkisar tentang segala aktiviti yang saling tak berkait antara satu sama lain. Selain nak bercerita dan memenuhkan blog ni, aye tak nak biarkan blog ni bersawang lah. Sama2 tengok apa yang aye nak cerita.

1. MINI REUNION (Bil.1/2009)


Tarikh : 3/4/2009 Masa: 9p.m ke atas (reunion ke pyjamas party?)
Tempat : Rumah Zura Robiai (Subang Bestari)

Seperti yang boleh korang nampak kat gambo, yang join 3 kepala je. Aye, Ct n Zura. Nama lagi MINI. Apapun sangat berbaloi dan best. Reunion yang singkat dalam sejarah tapi best. Bukan nak makan sangat pun, dapat jumpa member lama part tu yang worth it! InsyaAllah akan ada reunion 2/2009. Harap member2 lain dapat join sama next time. Kek reunion warna pink tu aye buat guna cupcake kecik disusun rapat2. Kek tu sebenarnya 2 in 1 : kek reunion dan kek besday Haina. So sad haina tak dapat datang sbb anak buahnya admitted ke Hospital (bengkak usus) so dia kena balik BT Gajah.


2. Wafi potong rambut kali ke-2


Lepas opahnya botakkan si Wafi dulu, rambut Wafi tak pernah ditrim lagi, rambut masuk telinga...ngamuk la member. So sempena baby 6 bulan, ayahnya pun mengasah bakat terpendam atas kepala anaknya. Agaknya kalaulah ayah tak jadi draughtman mesti ayah jadi tukang gunting rambut. Tengok aksi ayah, cara pegang gunting memang ada tokoh jd hair stylist.


3. Ceramah Pemakanan dan Pertandingan Mewarna (KEMAS)


5/4/2009- Aye pegi ceramah pemakanan anjuran KEMAS. Sambil tu Wafa masuk pertandingan mewarna. Ada beberapa tips yang baik ttg pemakanan kanak2 dari dalam perut hingga 6 tahun ke atas. Dalam banyak2 info yang penceramah tu kasi (banyak yang aye dah pernah dengar dan baca), ada 1 info yang sangat menarik. Kata penceramah tu, ada 1 kajian yang dijalankan ke atas org Yahudi (orang Yahudi ialah org yang paling bijak dalam dunia walaupun populasi depa ni sikit je...orang yang paling pandai kat dalam M'sia ialah org kelantan dan T'ganu sbb makan ikan byk), masa ibu2 yahudi mengandung mereka ni membiasakan diri mengadap buku matematik dan menyelesaikan masalah2 matematik. Rupa2nya semasa si ibu dok berpikir utk selesaikan masalah math tu otak anak dalam kandungan turut terangsang utk berpikir sekali. Pendek kata otak baby dalam perut dah terlatih utk berpikir dan menyelesaikan masalah sejak dalam kandungan. Maknanya otak si baby dh terlatih sejak dalam perut tak mcm otak baby bangsa lain, dah lahir 2,3 tahun baru terdedah utk berfikir dan guna otak. So lepas ni kengkawan yang pregnant lagi silalah cuba approach yang Yahudi guna (tak salah jika benda baik) utk kecemerlangan umat islam. Ha..apa lagi tunggu pegilah ke toko2 buku berdekatan dengan anda dan dapatkan buku matematik..semoga beroleh anak yang bijak dan soleh. Tak lupa juga Penceramah tu kata jgn lupa amalan membaca Quran..sbg org Islam kita biasakan memperdengarkan ayat2 suci al-Quran kepada anak2 sejak dari dlm kandungan. Semoga info ni berguna utk semua.

4. Happy Birthday, Abang! (7/4/2009)


Mintak maap ye bang, ni je yang sempat. Tak dapat nak make-up kek lebih2. BMW tak tido masa tu. Apapun, insyaAllah ada masa saya buat lain...kek nenas terbalik ka...pisang cekelat ka..ikut dan la. Apapun saya doakan abang panjang umur, sihat dan murah rezeki, cepat kayo pakcik yo...terima kasih dan sayang abang.

Akhir sekali diucapkan tahniah kepada PR yang menang di 2 bukit. Tamat sudah cerita aye. Jumpa lagi lain kali.

Tuesday, April 7, 2009

Mama.... tak baik cakap aku..aku..

Alamak terkantoi lak dengan anak sendiri. Sejak Wafa pandai membaca (terima kasih Cikgu Ros- cikgu KEMAS Pangsapuri Inai), ada masa Wafa pun ikut ngadap blog ni. Masa mamanya sibuk naip dia pun sibuk baca apa ang mamanya tulis. Abis tu dia komplen sebab mamanya guna kata ganti nama 'aku'. Tak baik katanya. Alahai...kena batang idung sendiri. Dulu masa dia terikut2 kengkawannya guna 'aku', mamanya ni dok kata tak baik la, tak bagus la...dia good girl, dia ikut cakap mamanya ni. Bila Wafa sound direct kat mamanya ni, mamanya ni pun pikir balik la kan. Takkan nak jadi mak ketam...sendiri tak betul nak betulkan orang lain. So untuk jadi 'kepimpinan melalui teladan' (cewah) mamanya ni rasa adalah lebih afdal guna kata ganti nama orang kampung teman..apa kata aku ganti aye. Ha..ha..ha, selamat tinggal 'aku'...demi anak aye berkorban, iyalah dah kena sound, kenalah berubah mana yang patut.

Wednesday, April 1, 2009

Betoahnya dieeeeee........

Moshi, moshi...Oshin di sini.............Entry kali ni tak plan pun nak tulis tapi jeles punya pasal nak jugak masukkan dalam cerita blog aku ni...alkisah dapat perkhabaran dari sahabat baik yang la ni dok ada kat Jepun. Baru2 ni dia sekeluarga berpeluang ke Tokyo Disneyland. Tumpang seronok dan tumpang excited tengok gambar2 cantik mereka dan keluarga mereka sedang enjoy kat sana. Sambil2 tu tak salah dan tak kena bayo pun kalau kita2 kat sini nak berangan pegi sana. Berangan kan ke free. Jom tengok pix.




(sorry, gambar ni mmg tahap tu je besonya...tak pandai makcik nak besokan. Tak nampak leh pakai kanta ka, apa ka...)


Bestnye. Takpe2, sapa2 yang teringin pegi Disneyland boleh start kumpul duit. Semoga impian jadi kenyataan.