Sunday, February 21, 2010

Baby Crying Contest

Salam.......



Syarat peraduan:
1. Jadi follower Auladjannah done
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini. done
3. Letakkan link kakpah di blog anda. done
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil. DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan) done

5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan. done
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen. done
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil. (the decision is yours kakpah...)

*
*
*
Dan si wafi pun menangisssssssssss...ginilah rupanyanya..comei ke?



Nama : Muhammad Wafi Bin Md. Zulkhairi aka BMW (Baby Muhammad Wafi)
Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan
Umur semasa foto diambil : 1 tahun 3 bulan (so tak yah la gambar tambahan ye)

N3 Tentang Wafi :

MasyaAllah (Allah Maha Agung)... Anak mama si Wafi ni mmg manja orangnya, senang menangis tapi tak kedekut senyuman. Peramah boleh tahan, suka mencubit dan kadang2 menggigit ikut mood. Teramat gembira bila dapat dengar mamanya menjerit 'hasil gigitannya'. Paling suka makan mee dan macaroni dan minum "susu cap gantung". Suka sangat pada mainan kereta dan benda2 beroda. Cukup teruja dengan kucing dan mandi kolam. Senang sangat menangis bila kena sakat dengan ayah, sekali ayah haippp...wafi pun jebek pastu nangis macam kat gambar tu. Cukup banyak nak mama kongsikan dengan kakpah@aulad tapi cukuplah ini sahaja. Di hati dan mata mama wafi teristimewa seperti kakaknya wafa. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup wafiku.

*sekian*

Thursday, February 18, 2010

Bestnyer....cuti lagi

As-salam...sejahtera ke atas kalian semua. Adapun cuti CNY dah berlalu, kegembiraannya masih terasa, pehh...syok betoi bercuti kat kampung. Anak tak sekolah, jalan tak jam, rumah banyak tanah ada halaman, serai, kantan, lengkuas, nanam, daun pisang, betik...etc just name it...semua main petik je. Kat KL main tunjuk pastu bayo. Apapun aye nak kongsi cerita cuti sakan aye dengan korang semua...pasti jeles gile, dijamin!


Demam nak balik kampung bermula bila aye siapkan lebih kurang 50 pcs biskut dengan topping royal icing. 1st attemp yg menjadik, syabbas inspektor sahab! sila ode kalau berkenan (cewah). Biskut bentuk heart lebih kurang sebesar tapak tangan dewasa (tanpa jari) dengan huruf B tu aye hadiahkan untuk anak adik ipar, nama babynya Busainah NaZirah. A baby girl so sesuai sgt kaler pink kan. The kenduri (doa selamat lepas pantang) went well alto kami sampai lambat sebab jalan balik perak jam (org bz on da road balik utara cuti CNY).


habis kenduri umah busainah, petangnya aye bertandang ke umah haina minum petang...gathering lagi, skala kecik je. Si siti call aye masa kat hi way lagi bagitau nak jumpa, short notice gitu. Aye..boleh je. Haina siapkan bubur pulut itam, ada pisang goreng, ayor angat...Siti, aye tak nak cakap benda ni masa kita jumpa dulu sbb aye takut ko kombang kuncup lobih nanti tapi aye must admit ko memang cute sangat pakai tudung. Syabbas inspektor shahab lagi skalik! Pada haina yang tengah semangat nak belajo deco2 kek, call aye bebila senang aye ajarkan free je. Kalau boleh ajak si Zura tu skalik.

2nd day CNY : Da doter n da father makan2 sblum debush-debush mandi kat Ulu Chepor. Hampir 1/2 jam utk sampai ke destinasi sbb kenderaan bertali arus dari jalan besar nak masuk ke kawasan perkelahan...kesabaran diuji. Wafa sampai tak lalu makan asik menjeling ke air tanda tak sabo nak mandi.

Mak, keluarga nyah, keluarga yang, Talib n wife, aye sekluarga siap2 makan sebelum masuk air. Apak tak ikut.


Yang aye pegang tu bukan anak patung tapi itulah si wafi yang keras kesejukan. Kelakokan rupanya...siap menggeletar lagi. Selagi tak keras kejung tak nak keluar dari air. Tengok je lah penumbuk dia! Selesai mandi aye lumurkan wafi dgn minyak baby, takut masuk angin...budak lelaki lagi payah kalau dah masuk angin.


Air tak dalam, had bawah pinggang wafi je. Si wafa paling lama berendam, habis kecut kaki tangan. Macam2 gaya kuak ada...

Kesimpulannya...bercuti tak semestinya belanja duit banyak. Kita kena pandai je pilih tempat. Kena bajet beb, kalau tak belum ujung bulan dah gigit jari. Yang penting : ENJOY! Pada aye dan suami takde percutian yg lebih baik dari bercuti dapat rehatkan fizikal dan mental sambil dapat jenguk2 mak bapak kita kat kampung...sementara kita bernyawa dan mereka masih ada. Jumpa lagi...

Friday, February 5, 2010

friends forever...


Aduh comotnya aye...dari kiri, Ta, aye, nor, yanti dan Ida. Tahun bila jgn tanya aye dah lupa...menengah rendah lagi rasanya. Zaman2 Fair N Lovely memula keluar hik3x. Gambar ni diambil dekat padang atas SMK Convent BG. So geng, amacam banyak tak perubahan? Belek jgn tak belek.


Ha...inilah satu2nya gambar yg aye dok usung ke KL. Jgn sampai aye lupa kat kengkawan lama so gambar ini selalu ingatkan aye pada sahabat2 aye. W/pun jarang sangat bersua tp dalam hati aye konfiden je yg aye ada dalam hati member2 aye yg ber4 tu. Gambar ni aye masukkan dalam posting kali ni sbb bila blogwalking ke blog nor sat tadi dia ada masukkan gambar kami ber5 dgn anak2 so sengaja aye keluarkan gambar ni utk ingatkan kami ber5 yg gambar beramai2 kami ber5 dgn anak2 kami tu bermula dgn gambar ini...sejarah ini....rasa nak teroyak (nangis) dek krn terharu dan bersyukur atas jalinan persahabatan yg dah berpuluh tahun ni. Khas buat Zulita, Nor, Yanti dan Ida...smoga kita akan terus bersahabat sampai bila2. Terima kasih kerana sentiasa ada dalam hidup ini. ANYZA.... forever.