Syarat peraduan:
1. Jadi follower Auladjannah done
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini. done
3. Letakkan link kakpah di blog anda. done
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil. DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan) done
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan. done
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen. done
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil. (the decision is yours kakpah...)
*
*
*
*
Dan si wafi pun menangisssssssssss...ginilah rupanyanya..comei ke?Nama : Muhammad Wafi Bin Md. Zulkhairi aka BMW (Baby Muhammad Wafi)
Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan
Umur semasa foto diambil : 1 tahun 3 bulan (so tak yah la gambar tambahan ye)
N3 Tentang Wafi :
MasyaAllah (Allah Maha Agung)... Anak mama si Wafi ni mmg manja orangnya, senang menangis tapi tak kedekut senyuman. Peramah boleh tahan, suka mencubit dan kadang2 menggigit ikut mood. Teramat gembira bila dapat dengar mamanya menjerit 'hasil gigitannya'. Paling suka makan mee dan macaroni dan minum "susu cap gantung". Suka sangat pada mainan kereta dan benda2 beroda. Cukup teruja dengan kucing dan mandi kolam. Senang sangat menangis bila kena sakat dengan ayah, sekali ayah haippp...wafi pun jebek pastu nangis macam kat gambar tu. Cukup banyak nak mama kongsikan dengan kakpah@aulad tapi cukuplah ini sahaja. Di hati dan mata mama wafi teristimewa seperti kakaknya wafa. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup wafiku.
*sekian*
2 comments:
alala wafi.. tu nangis kena sakat dengan papa lah tu...
mmg, ayahnya suka nyakat...lagi suka sakat sampai nangis...sakat2 sayang.
Post a Comment