Friday, September 9, 2011

mood syawal

Assalamua'laikum wbt...selamat hari raya dan maaf zahir batin buat semua kawan2 jauh dan dekat, sahabat maupun kerabat, moga ukhwah tertambat erat di syawal yg berkat, mohon allah limpahkan rahmat...

alhamdulillah jumpa kita lagi ye di syawal yg mulia, syawal sempena kemenangan kita...ya ramadan, smoga kita bersua lagi di tahun depan, moga masih diberi peluang bernafas di ramadan mendatang...

macam mana syawal kalian? bergembira? duka lara? doa aye smoga syawal kalian penuh cahaya, diselubungi sukacita, disulami kasih mesra keluarga, sahabat dan tetangga. syawal aye? antara yang paling mendamaikan jiwa dan raga. dah lama tak rasa syawal yg penuh bahagia dan jauh dari duka. aye panjatkan kesyukuran ke hadrat allah yang mengkabulkan segal permintaan. Ya Allah, jangan berpaling dariku. syukran!

Syawal ini juga ulangtahun perkahwinan aye yg ke 9 (7 sept)...masih bertatih menyulam bahagia. masih mendalami definisi cinta. namun sudah penuh syukur atas kasih sayang suami yang menumpahkan setia. sayang abangku...md zulkhairi. selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 9. terima kasih atas segala curahan perhatian dan kasih sayang. moga cinta kita terus bersemi 1000 tahun lagi sampai ke syurga...chewah (apsal ko tak masuk kelas sastera je dulu ton oiii...sesat masuk science stream)

baiklah cukup le kita ber 'dalam hati ada taman' ...apa kata kita kongsi gambar raya hasil klikkan kamera terbaru aye..en. DSLR.

gambar keluarga di pagi raya...senyum semua...chezzzzzzzzz :)











wafa dan wafi dgn duit raya pertama dari ayah!










satu2nya rumah sahabat yg sempat dikunjungi di hari raya tahun ini. siti dgn baju raya tema kotak2 dan jeans. tahun depan bagitau awai2..boleh join skali berbaju kotak2...aye memang suka baju kotak2!





Kek anniversary...moist sgt semoist sentuhan isteri penyayang gitu! apalagi santap la cik abang. moga rumahtangga kita semoist dan sesweet kek coklat tu.







sori susunan gambo dgn keterangan gambo bercelaru...kene amik kursus photobucket or picasa la...sesapa buleh tolong kasi tunjuk ajarku sifu...

Friday, June 24, 2011

Jun datang lagi....

Assalamualaikum, salam semua. Harap2 semua yg kat sini baik2, sihat2, hepi2 hendaknya. Jun datang lagi dan bakal pergi beberapa hari lagi. Aye dah pun tua setahun lagi dalam Jun ini. Anakanda Wafa pun menginjak usia 8 tahun 22 jun lepas. Ke hadrat allah kami pohon Moga Allah beri umur yg panjang, sihat tubuh badan, murah rezeki, ditingkatkan iman dan taqwa, diberi kejayaan dunia akhirat.

Go Gemini!


kek yg mama wafa buat jam 11pm dan deco jam 5am...sememeh! sempat nyanyi dan potong kek sebelum pegi sekolah.




















2 beradik di atas pelamin sepupu. selamat berbahagia pasangan Fudhail dan Fatimah!








something lovely, sweet n nice to share...do read n enjoy.


We never get what we want,

We never want what we get,

We never have what we like,

We never like what we have.

And still we live & love.

That's life...






The best kind of friends,

Is the kind you can sit on a porch and swing with,

Never say a word,

And then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.



It's true that we don't know

What we've got until it's gone,

But it's also true that we don't know

What we've been missing until it arrives.




Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back!

Don't expect love in return;

Just wait for it to grow in their heart,

But if it doesn't, be content it grew in yours.



It takes only a minute to get a crush on someone,

An hour to like someone,

And a day to love someone,

But it takes a lifetime to forget someone.




Don't go for looks; they can deceive.

Don't go for wealth; even that fades away.

Go for someone who makes you smile,

Because it takes only a smile to

Make a dark day seems bright.

Find the one that makes your heart smile!





May you have

Enough happiness to make you sweet,

Enough trials to make you strong,

Enough sorrow to keep you human,

And enough hope to make you happy.



Always put yourself in others' shoes.

If you feel that it hurts you,

It probably hurts the other person, too.




The happiest of people don't necessarily have the best of everything;

They just make the most of everything that comes along their way.

Happiness lies for

Those who cry,

Those who hurt,

Those who have searched,

And those who have tried,

For only they can appreciate the importance of people

Who have touched their lives.




When you were born, you were crying

And everyone around you was smiling.

Live your life so that when you die,

You're the one who is smiling

And everyone around you is crying.





Please send this message

To those people who mean something to you,

To those who have touched your life in one way or another,

To those who make you smile when you really need it,

To those that make you see the brighter side of things when you are really down,

To those who you want to know that you appreciate their friendship.



And if you don't, don't worry,

Nothing bad will happen to you,

You will just miss out on the opportunity

to brighten someone's life with this message.

Wednesday, May 4, 2011

april nan indah...







upload gambar terbaru dan cerita serba sikit sambil nyapu sawng di blog aye ni. Gambar berenag tu aktiviti keluarga di kolam renang awam precint9 putrajaya. Kekawan yg berdekatan silalah bwak anak2 ke sini, air tak dalam...sesuai untuk anak2 2 tahun ke atas dgn ketinggian normal ok...selamat ada lifeguard lagi. pakai apa saja.

Gambar makan2 di restoran D'kita penutup april 2011 bersama keluarga. Jamu selera sambil sembang gebang keluarga di kampung. Bukan senang nak kumpul ramai2, tu pun tak cukup korum. Insyaallah murah rezeki kita makan2 lagi. adios.

Friday, March 4, 2011

Di manakah kau wahai MALU


(Gambar hiasan - ihsan Paradigma MUKMIN)
Apa yang hendak dibanggakan berpakaian sebegini? Bila terpandangkan remaja sebegini, hati ini terus berdoa moga anak keturunan aye dijauhkan dari keinginan yang memalukan dan menyimpang.
_______________________________________________________________


Kenapa, kenapa, kenapa...why...why...why.

Kenapa macam tu?

Kenapa kat sini?

Ish...ish...ish.

Apa nak jadi.

Nak kata bukan islam..tapi dia di sini.

Hati aye tak puas betul. Betul2 tak puas hati sejak kelibat wanita bersinglet dan berambut perang melintas depan mata.

Kenapa tidak di tempat lain aje, kenapa berpenampilan begitu di khalayak yg baru selesai mengimarahkan majlis yang mulia.

Aye bercakap tentang seorang wanita yang datang menjemput anak (kot) sehabis majlis maulidur rasul peringkat sekolah di sebuah dewan majlis perbandaran. Kalau mata aye pun boleh tertumpu ke arah dia apalagi pakcik2, brader2, drebar van dan bas sekolah. Hmmmmmmm, ntah la. Tak semena2 aye yang termalu.

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula2 sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dari Allah untuk kedua-duanya" (Hadis Bukhari)- ihsan Paradigma MUKMIN

Wednesday, February 23, 2011

pilih yang mana?




Pilihanraya setiap hari? Pening kepala!

Hati aye bergetus...


Tapi ini bukan pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum negara tapi sedar tak bahawasanya kita dihadapkan dengan pilihanraya setiap hari. Setiap hari kita kena buat pilihanraya memilih banyak perkara........


Antara pahala atau dosa;

**

antara syurga atau neraka;

**

antara taat solat atau melalaikannya;

**

antara nak marah atau memaafkan;

**

antara nak bergaduh atau beralah sahaja;

**

antara nak tolong atau lantak ngko le;

antara itu dan ini....semuanya perlu kepada kita adakan pilihanraya kecil dalam diri tapi implikasinya cukup besar. Pilihan itu sama ada kita jadi semakin baik atau semakin jahil.

Kebetulan aye dengar pasal topik ni dari Dr. Muhaya di Ikim.fm. Biasanya aye dengar Sinar.fm...ilmu memana ada.

Thursday, February 10, 2011

Ketahuilah wahai Warga Malaysia : Harga minyak Malaysia sepatutnya murah! Boleh jadi 30sen seliter je....Jgn terlopong,apa lagi baca abis artikel tu.



Tak sabar nak publish gak artikel ni malam ni gak. Masih panas kat inbox yahoo dah aye copy paste untuk posting aye yg terbaru. Sbg tatapan viewers semua. Jgn 'timbang dalam poket dalam' semata tapi guna pertimbangan ilmu.

Ini pakar cakap bukan aye cakap. So bukak minda kita. Tidak hairankah di kepala hotak kita yang tiada terencat ini 'how come aku kena bayo mahai sgt untuk petrol yang negara aku pun antara pengeluarnya. Mana peginya subsidi sbg keistimewaan untuk aku rakyat malaysia nih!' Patutnya kalau petrol mahai, kita untung so keuntungan tu patutnya disalurkan semula kepada rakyat sbg subsidi...otak aye pikir cenggitu...betoikan kalau salah. Tapi pikir2kan kata2 pakar pasal harga minyak di malaysia. Apalah nasib....'rakyat didahulukan' (apakah?)...

astaghfirullahala'zim...




MMg kreatif bebudak zaman sekarang ni....kempen no panties di hari valentine dah keterlaluan dan hotel budget yg buat promosi bilik free untuk pasangan belum nikah sudah melampaui batas. Apa nak jadi. MMg kalut membesarkan anak zaman sekarang....naik takut dibuatnya.

So meh kita sokong sapa2 yg cuba selamatkan anak bangsa kita dari bencana akhlak sebegini demi maruah agama islam yg kita anuti. Smoga jadi mak bapak yang berjaya mendidik anak2 dgn benteng iman yang teguh. Smoga anak keturunan kita terhindar dari dosa2 besar.Insyaallah.


"There have been campaigns promoting 'no panties' on Valentines Day and even free hotel room offers for unmarried couples. We must stop such practices here as these are sinful activities," he added.


Nasrudin said PAS youth was also launching a campaign to promote a sin-free lifestyle during the period.

"We are not trying to stop love, but want to ensure that whatever Muslims in Malaysia do is moral and in keeping with our faith."

Monday, January 31, 2011

Cina dan aye...



Kalau anda bca posting ni waktu malam...aye ucapkan selamat malam...kalu natapnya siang, aye ucapkan selamat siang-lah....assalamua'laikum jugak yg paling afdhal.

Khamis ni, kawan2 kita yg berbangsa cina akan sambut CNY. Tahun ni tahun Arnab. Bagi aye yang lahirnya kalau ikut kalendar lunar cina...tahun ular idak le mambawa apa2 makna yg significant dalam idup. Bg org islam kita pegang pada qada' dan qadar. Namun begitu jauh di sudut hati aye yg paling dalam...aye seronok jugak tengok meriahnya perayaan CNY ni. Aye ni sebenarnya ada sikit darah cina sebelah ayah. My opah Zaiton(mak kepada ayah) berbangsa cina tapi jadi anak angkat pasangan Melayu. Atuk aye kawin dgn Opah Zaiton dan lahirlah ayah aye - Abd. Rahim dan ayah ngah aye- Aznil. Tapi Opah Zaitun mati muda tak lama lepas ayah ngah lahir. Aye hanya kenal Opah Zaitun melalui cerita mak dan foto lama. Tak banyak yg aye tau, tak tau apa nama cina dia, asal usulnya, kisah penyerahan dia kpd keluarga angkat....namun dari opah zaitunlah aye terima pusakanya. terima kasih opah zaiton, sekalipun aton tak pernah jumpa opah, tak pernah peluk dan cium tangan dan pipi opah, aye selalu ingat yang aton ni cucu opah. Al-fatihah untuk Opah Zaiton.

Aye tujukan ucapan Selamat Tahun baru Cina kpd sedara mara yang aye tak pernah kenal dan tau kewujudannya tapi aye tau mereka ada...semoga sambut CNY dgn gembira, pjg umur, sihat dan rezeki melimpah.


p/s - jom balik kampung. Rabu ni aye balik cuti raya cina kat Perak. Smoga terhindar dari banjir.

Friday, January 7, 2011

jom sekolah!




salam sana, salam sini....assalamua'laikum...apa khabo weh. smoga semua sihat je. Aye, alhamdulillah sihat tapi keletihan nak sesuaikan tugas dan rutin lama nganto jemput nak sekolah. Syukur wafa dah masuk darjah 2. Kelas pertama..2 Amanah. KPI aye tercapai tapi nak kekalkan prestasi, mama si wafa ni kena istiqamah le. Jadi 'cikgu mama' yg tak bertauliah ni bukan keroje mudah yong, yop oii....kena sabo bebanyak. Apapun aye bersyukur sgt2 wafa tak hampakan aye dan ayahnya dapat kelas pertama setelah setahun di kelas ke4. (aye sedih anak aye turun kelas dari kelas3 ke kelas 4 lepas ujian linus dan numelinus, aye nekad ajar wafa elok2 kat umah)...terima kasih anak mama. smoga berjaya dan terus berjaya dunia akhirat.


Lepas ni takleh nak simpan harapan beso tinggi langit ke7 utk wafa dpat no1 maupun no10 sekalipun sbb classmate wafa dasat2 belaka. Yang penting usaha! u can do it, bebeh!