Salam semua...apa khabo, sihat hendaknya. Adapun kehilangan aye takde kena mengena dgn kejadian kidnap maupun lari dari rumah, cuma sejak 2menjak ni anak2 kurang sihat, cirit birit, demam, ruam, sakit nak tumbuh gigi etc...syukur anak2 dah ok, sihat dan kembali aktif.
Takde cerita menarik maupun menolak kebelakangan ni. Cuma pada hari ini, 7 April 2010, aye sekeluarga buat sambutan besday orang kuat rumah kami iaitu Mr. Hubby. Hubby aye dah masuk 38 tahun. Didoakan semoga panjang umur, sihat, murah rezeki, sejahtera dunia akhirat. Buat makan sikit2...wish serba pendek...tu je. Almaklum...orang kampung. Jom jenguk gambar yg ada.
Buah tangan tanda kasih sayang..cewah, kek coklat belang vanila untuk hubby tersayang. Very simple tapi yg penting tekak kata cedap!
Biasa orang buat makan2 sempena besday, petang ke, malam ke...kitaorang syempoii je buat pukul 7 pagi. Sesudah subuh bak kata P.Ramlee. Kelihatan di gambar, hubby segak pakai baju kerja get ready nak potong kek besday. Wafa pakai baju PJ nak ke sekolah. Bayangkan...pukul 7 pagi, potong besday kek....sebelum tu, berkumandang suara serak2 ella si Wafa nyanyi lagu "Allah selamatkan kamuuuuuuuuu" utk ayah dia.
Kan best kalau korang ada, boleh berbagi rasa...time ni hubby dan wafa dah jamah kek n off them go....gi sekolah, gi kerja...tinggal aye n wafi n that kek kuda belang tu.
SPECIAL TODAY : Menu of the day...selain kek besday, aye siapkan mee kari utk hubby. Harap dia suka. Sedap ke idak, tak tau la. Hubby aye payah sikit nak memuji. Kita kena tanya...sedap ke? ok ke? masin tak? pekat sangat kuahnya? Klau diam je, tau2 abis sepinggan 2, kira ok la. Tak yah tanya, sedap la tu. Kerang mesti lebeh.
Ok la geng. Aye penat sebenornya. Pagi tadi bawak wafi gi cucuk utk 1 1/2 thun kat klinik ibu anak. Wafi buat perangai tak friendly dia. Asik ajak keluar dari klinik, macam tau2 nak kena cucuk. Clever tul. Nak amik berat, ukur lilit kepala, tinggi pun mak aiiiiiiiii susahnya. Marah agaknya dikejutkan pagi sangat. Sorry la sayang oiiiiiii. Appoinment kena ikut. Biar sihat. Lepas cucuk bagi makan ubat demam. Harap2 tak demam la. Lepas kurang sihat hari tu, berat wafi susut dari 8.1 ke 7.8kg. Mmm alahai. Appoinment kali ni kena check gigi, dah kena mula gosok gigi. Jenuh suruh dia nganga, tak maunya dia. Sungguh tak mesra alam betoi mamat wafi hari ni. Apapun segagah mana hero kecik aye ni, time cucuk mesti melalak punya. Paling kuat pulak tu. Kecian dia....Ok la aye nak beradu. Lain kali cerita lagi. Daaaaaaaaaaaa....
p/s: kepada makcik aye yg dok cheras, Mak Zai yg berkongsi tarikh lahir yg sama dgn hubbyku....hari ni aye sekeluarga ucapkan selamat hari jadi, pjg umur, muraaah rezeki, sihat dan bahagia dunia akhirat. Aminnnn. Bila nak celebrate?
1 comment:
harap belum terlambat nak wish happy birthday. Err.. makan2 memang sedap. Lepas makan tak sedar diri selalunya menyesal plak. Takut lemak bertambah2 keliling pinggang. Haha.. kakpah lah tu macam tu...
Post a Comment