As-salam........Ahad lepas, seawal 12.30 aye dah muncul kat mesyuarat agung pertama Persatuan Pembeli Rumah Taman Lestari Permai (TLP) (belakang pasar borong s'gor). Aye, hubby n anak2 hadir bagi sokongan dan dengar penerangan pasal rumah kami yg dok bermasalah. Masalah pemaju jadi masalah pembeli. Mana akta, kanun, undang2 M'sia yg dapat bantu kami ni...bank kejar pembeli, pemaju hanya tahu bagi janji, claim progress palsu, kalau nak cerita peritnya masalah umah ni hanya kami dan labih kurang 500 pembeli rumah TLP aje yang tau. Tapikan ada berita baik dan sahih yang media cuba nak tutup dari pengetahuan korang yg asik dok tengok TV3, RTM, baca utusan, berita harian...sekali skala bacalah sinar...blog walking le ke harakahdaily...baru kita ada info yg pelbagai. Jangan asik ngadap yang itu..itu aje. Banyak membaca, buka minda.
Menunggu ketibaan YB Iskandar Samad, xco perumahan S'gor.
Wafi keletihan menjelajah setiap ceruk dewan dari bilik stor sampai pantri dan akhirnya zzzzzzzzzz tido.
Tunggu lagi.
Tu baru betoi 'the red giant', berbaju merah dan bertubuh hampir sama lebar dengan pintu umah aye...YB Iskandar Samad yg kebetulan pulak dia ni Adun Chempaka, area rumah sewa aye la. Assalammua'laikum YB Is.
Tak lengkap sebarang majlis tanpa acara makan-makan. Silalah jangan sogan2.
DSAI sebagai perancang ekonomi s'gor (dlm dok sibuk lawan kes liwat), bwh xco perumahan dan task force mereka telah menyiapkan banyak projek perumahan yg bermasalah dan terbengkalai. Ada yang 10 tahun tunggu. Dengan kepala hotak bergeliga yang boleh buat batu cincin tu, DSAI n da gang dah berjaya serah kunci umah kpd pembeli dan itu semua kerja yg dibuat blom sampai 2 tahun s'gor bawah MB Dato' Khalid yg mana pembeli2 tu dah tunggu mcm tunggu kucing bertanduk hampir 5-10 tahun...dan akhirnya kunci umah dlm tangan.
Tak ke cam nak ketuk je kepala menteri perumahan dulu2 dan sekarang punya. Ntah apa kerja Menteri perumahan tatau la, bersilih ganti, masalah tak juga selesai. Usul dipotong gaji kat parlimen, ditolak mentah2. Kalau kat Cina ke Jepun ke...gentlemen je menteri dia letak jawatan, bunuh diri ke hapa ke, pesalah rasuah pulak hukum tembak. Ni tak Balik2 pembeli yg naya. Bak kata En. Ali, pengerusi persatuan pembeli umah TLP...antara sebab berubahnya tampuk pemerintahan S'gor, sebab banyak masalah perumahan. Pembeli dah fedup dan akhirnya PR menang kat s'gor. Dan syukur kpd Allah pangkahan rakyat s'gor terbukti tak sia2 malahan berbaloi2. (aye pengundi perak). Terima kasih MB s'gor sbb buat kerja anda.
Sapa2 yg berani kata aye emosional marahkan menteri dan kapla menteri tu, aye cam nak ketuk dia plak. Dia tak rasa apa yg aye dan bakal jiran2 aye rasa. Cam yg kumpulan rock peberet nor - Blackrose kata "penantian satu penyiksaan".....
Apapun, nampaknya kerja krjn s'gor dh nampak hasilnya. YB Iskandar dan Pemaju baru, Dr. Nik kata insyaAllah tahun ni jugak rumah TLP boleh siap dan diduduki. Rasa cam nak nangis, nak sujud syukur dan2 tu jugak. Mana taknya dah ada bbrp pembeli yg meninggal dunia tak sempat rasa dok umah sendiri. Paling sedih kes sakit kronik dari luar s'gor yg berharap dapat dok kat TLP so senang nak berulang alik dptkan rawatan pakar kat KL, akhirnya meninggal...putih mata dia. Hrp2 balu dia happy dengan berita baik ni.
InsyaAllah kalau takde masalah, TLP boleh siap diduduki secara berperingkat seawal mei atau jun 2010. Wah...hadiah besday paling best abad nih! Korang pun tolong la doakan umah aye siap ya...boleh house warming, makan2 (tengah berangan langsir, sofa baru, lampu cantik, bilik anak2...berangan je tak kena duit pun). Dah boring dok nyewa, nak saving pun payah, anak2 pun makin besar, nak main beskal la, badminton la...masuk umah baru boleh la nak menambah ahli keluarga baru...heheheh. So ini ajelah cerita aye kali ni. Jumpa lain kali. Daaaaaaa....
(Gambar Jan10). Progress setakat ini, mmg rumah aye dh 90% siap, frustrating betoi bila construction dihentikan. Ikutkan ati nak je upah kontraktor indon je yang siapkan. Tapi tak pe ada pemaju baru so lapang dada.