Thursday, August 6, 2009

Innalillah....

Innalillah....daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...

Batu Gajah : Tanggal 5 Ogos 2009 jam 8.10 malam, bayi perempuan Haina, Damia telah pulang ke rahmatullah. Semoga Haina sekeluarga tabah dengan ujian Allah. Al-fatihah....


Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu....

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Ohh...

Sayang Damia, ini kawan mama Damia...sekalipun kita tak pernah bersua muka, jauh sekali tangan ini dapat membelai tubuh mu, bibir ini tidak pernah mengucup pipimu, namun dari kejauhan ini, untie tetap dapat merasakan rindu. Pergilah sayang dan nantikan ibumu di pintu syurga. Pimpinlah tangan ibumu sayang...ke syurga yang kekal abadi. Di sana Damia dan ibu takkan terpisah. Selamat tinggal Damia Amalin. Syurga nan indah sedang menantimu sayang...

1 comment:

NorNaza said...

Innalillah..semoga haina tabah menerima hakikat ini. Baby tu dah sah2 syurga tempatnye...Sabar banyak2 ye...semua ni ketentuan dariNya...