Monday, August 10, 2009

Rombongan Cik Kiah : Mari melawat Aquaria KLCC

Hai..As-salam, 30 julai lepas punya story dah basi, dah berkulat pun tapi aye nak crite jugak. Al-kisah aye, 2W (Wafa & Wafi) ke Aquaria KLCC ikut rombongan TABIKA KEMAS. 5 buah tadika di jajahan takluk Parlimen Pandan ni. Amik kesempatan dengan bayaran masuk yang lebih murah dan meriah apalagi aye dan Wafi join sekaki memeriahkan suasana yang mmg sedia ada hiruk pikuk dengan bebudak dan terkadang terlebih over excitednya ialah makpak dan opah bebudak. Tapikan to tell the truth aaa...tak le best sangat sbb sekalipun we all pegi hari khamis kira hari kerja tapi pelawat ramai ooooooooo. Boleh pitam kalau tak sarapan berat2. Segala jenis benda yang dipamerkan sekadar sambil lalu bak kata Saiful Apek...macam 'passed away' gitu je. Orang punya le ramai sampai takde ruang nak berpusing, kiri kanan, depan belakang sume orang melaut. Segala ikan, tapak sulaiman, penyu, terumbu karang sure terkejut tengok ramainya manusia yang bayo duit memahal semata2 nak tengok depa berenang dan main air. Bukan apa kita pasti selalu terkena benda2 yang indah khabar dari rupa kan...(aye ni takleh jadi jurucakap tourism malaysia, hancuss). Dek kerana melautnya manusia, maka aktiviti belajar dan manghargai alam sekitar macam tak mencapai objektif. Yang dapat penat je. (MMg pun, balik dari Aquaria, badan sengal2, bahu ngan tangan rasa macam nak lerai dari badan, huii...penat gile) Ilmu...emm hampeh. Apapun terima kasih kpd TADIKA KEMAS di atas penganjuran lawatan sambil belajar ni. Tahun depan aye dah tak terlibat sbb Wafa dah masuk sekolah rendah. Rasa diri dah tuo...apa yang penting badan mesti mau sihat, hati mesti mau muda. Mari kita tengok gambo.

Entrance...beratur-beratur, Q up please!

Berbekalkan 2 tangan yang Allah kasi, sebelah kiri dukung Wafi dan sebelah kanan pegang kamera, aye snap gambo mana yang dapat je. Dalam Aquaria mmg gelap ala2 rumah hantu misteri nusantara je.
Ni akuarium bentuk silinder, macam balang gergasi je kan. Dalam ni depa kata ada ikan air tawar je.
Mintak belas ihsan member snapkan satu foto aye dan wafi. Nampak tak betapa sarat baratnya mak si Wafa Wafi ni. Wafi melilau tengok ikan jerung dok berenang-renang kat atas kepala. Masa ni we all tengah berada dalam terowong. Lorong tempat jalan kaki tu bergerak sendiri so stand still je la.
Mandi time. Aye terlupa bawak seluar kecik Wafi. Konfiden je rendam wafi bogel2. Apa lagi sekali guard tu preeeeeeeeeeeeeeettt. Wohooo, baru tau 'DILARANG MANDI BOGEL'. Wafi terkebil2, menangis dia bila aye angkat dia keluar dari air. Alahai kesian member, baru nak main tepuk2 air dah kena angkat. Waaaaaaaaa..melalak la dia. Untung wafi ada mama yang peramah ni (riak dengan izin) so member pun ramai la kan. Ada sorang opah kawan wafa yang ikut serta dalam rombongan pinjamkan seluar kecik pada wafi. Yang kelakonya seluar kecik tu girl punya. Apalagi si Wafi pun main air dengan seluar kecik yang berenda2 tu. So cute. Excited main air sampai payah nak suruh dia pandang kamera. Tengok je la, asik pandang air je.
Kira ok jugak la lawatan ke Aquaria ni. Boleh la kasi tau orang kampung yang kita dah gi Aquaria. Gempak la jugak (eleh orang dah sampai bulan tak heboh pun!). Bak kata orang "jauh berjalan, luas pandangan". Tak gitu.

Thursday, August 6, 2009

Innalillah....

Innalillah....daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...

Batu Gajah : Tanggal 5 Ogos 2009 jam 8.10 malam, bayi perempuan Haina, Damia telah pulang ke rahmatullah. Semoga Haina sekeluarga tabah dengan ujian Allah. Al-fatihah....


Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu....

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Ohh...

Sayang Damia, ini kawan mama Damia...sekalipun kita tak pernah bersua muka, jauh sekali tangan ini dapat membelai tubuh mu, bibir ini tidak pernah mengucup pipimu, namun dari kejauhan ini, untie tetap dapat merasakan rindu. Pergilah sayang dan nantikan ibumu di pintu syurga. Pimpinlah tangan ibumu sayang...ke syurga yang kekal abadi. Di sana Damia dan ibu takkan terpisah. Selamat tinggal Damia Amalin. Syurga nan indah sedang menantimu sayang...