Tuesday, July 28, 2009

Ujung minggu yang sibuk

Gambar2 yang bakal kalian tonton adalah himpunan daripaa minggu kelmarin dan yang lepas2. Takde masa sejak BMW makin membesar dan nak masuk 10 bulan, dia dah pandai berdiri
statik, berjalan belum lagi. Dah boleh berjalan makin tak menang kaki dan tangan la mamanya menjaga. Perkataan seperti 'jangan', 'toksah', 'hey!', 'baby!, 'tak nak kawan baby','don't touch', dan yang sejenis dengannya dah biasa di pendengaran BMW. Memula dia toleh kat aye ingatkan dia terkejut dan berhenti as requested, rupa2nya dia senyum lalu preceed dgn apa2 aje suka ati dia nak buat. Setakat 'mengemas rumah' (maknanya jadikan rumah spt kapal karam), 'baca buku' (maknanya koyak dan basahkan buku dengan air liur dia), main tisu, 'repair tv' (usik remote), ....sekadar menyebut sebahagian aktiviti BMW yg sangat kreatif...dah biasa. Mmg dah jd hobi masa lapang. Apapun aye bahagia.........mari kita lihat gambar.


NO ENTRY'....pagar kayu di sebenarnya sebahagian drpd katil baby dijadikan penghadang laluan ke dapur. Payah mmg payah, terkangkang kiap jugak la mama dan ayahnya kalau nak langkah pagar ni. Kreatif jugak kepala hotak aye ni. Tak yah beli, gunakan apa yg ada kat umah. Tu muka kesian mintak dukung nak nyebrang la tu...sori dok situ diam2 ye. Kalau takde pagar tu tengoklah apa jadi............

GUILTY! Sekali dia sampai ke dapur daaa...............abis segala periuk, tapis, senduk si Wafi bikin mainan. Muka tak bersalah. Tapikan ada tokoh jadi chef tuh...best tu, boleh tumpang sekaki round the world. Berangan la tu........


Wafi dengan kopiah baru. Akhil Hayy the 2nd? Oh No3x.

Ni majlis perasmian gotong royong di kawasan pangsapuri aye. Dirasmikan oleh YB Iskandar Samad, ADUN Cempaka.


Salah satu aktiviti dalam kerja gotong royong kemarin...mengecat parking lot. Aye jadi mandur, pemerhati dari jauh. Balik umah 'bergotong royong' di rumah dengan anak2.


Kisah benarrrrrrrrr..si satu pagi yang hening,
Pagi tadi ada kejadian jenayah berlaku di depan pangsapuri aye. Sangat2 mendebarkan. Pukul 6.45pagi tadi, aye baru angkat bontot dari sejadah, aye dengar pompuan menjerit. Ala2 paparazi aye berlari ke tingkap. Hubby pulak keluar rumah turun bawah nak tengok apa jadi. Rupa2nya ada pompuan kena culik. Jiran aye, taxi driver tgh panaskan enjin teksi masa kejadian. 1 keta aeroback hitam plat depan MY bawak lari sorang pompuan cina. Penculik dipercayai bangsa melayu. Kalau nak tau flat aye tu dekat dengan laluan ke lrt Pandan Indah..so mmg pagi2 dah ramai orang berjalan nak ke station lrt. Taxi driver ni hanya mampu jerit2 dari jauh. Pompuan tu sempat melawan dan menjerit sebelum dipaksa masuk keta. Meremang bulu roma aye bila dapat tau kejadian culik berlaku depan umah sendiri. Takde tempat yang benar2 selamat dah sekarang ni. Aye ingatkan orang kena ragut..rupa2nya kena culik. Peh, siapalah pompuan yang malang tu. Harap2 dapat ditemui dlm keadaan selamat. Tapikan aye rasa amat terkilan dengan orang yang cakap "siapa yang kena culik? alhamdulillah..bukan orang kita (melayu), padan muka cina tu..." Wei...hallo, tak baik tau ada perasaan camtu, sekalipun si mangsa tu bangsa lain tapi dia tetap mangsa yang ada kemungkinan diperkosa, dibunuh. Ala kesiannya... Si penculik pulak dipercayai melayu....tak menyempat tuduh..ha, ni kerja indon la takde lain. Tak baik tau...Flat aye pun ada penyewa indon. Kecik ati depa. Apapun kita jangan jadikan diri kita berpotensi dijadikan mangsa. Mintak perlindungan Allah...





Babai......










No comments: