Wednesday, July 29, 2009

Baby Haina


Hai geng!
Masih ingat dengan Haina dan babynya? Dari sumber terdekat iaitu paparazi kita, Siti yang masih berpilis, berbekung, berbau mengkudu dan bertungku pendek kata tengah berpantang nun jauh kat Batu Gajah sana via sms nya bagitau yang baby girl haina telah keluar dr wad ICU HKL.

Alhamdulillah! Baby girl yang kuat semangat itu diberi nama Nor Damia Amalin, masih di bwh pengawasan doktor lagi. Baby Damia diberi susu melalui tiub. Haina kena belajar guna satu alat untuk keluarkan kahak dari baby. Mahal tul alat tu RM500. Haina kata tiap kali proses keluarkan kahak, baby Damia mesti nangis. Aiyooo...sure sakit kan. Kesian baby. Cepat baik ye, sayang.

Doktor telah sahkan yang Baby Damia ada masalah jantung berlubang. So far ada 2 lubang di jantung Baby. Rawatan selanjutnya idak pulak dikasi tau. Apapun kita tunggu perkembangan Baby Damia dari masa ke semasa.

Melalui sms Siti ada titip pesan buat semua kengkawan seConvent dulu. Walau Haina tak pernah meminta dan sekalipun bantuan tidak diminta dari kita kawan-kawannya, tidak salah kita menghulur. Apa salahnya kali ini, kita jadi tangan yang di atas sebab mana tau esok lusa kita jadi tangan yang di bawah dan insyaAllah pada masa tu ada banyak tangan yang di atas membantu kita bangun. (peh...ayat camni boleh buat lagu woo, M.Nasir pun kalah nih...). Itulah maksud sms yang Siti hantar pada aye. Aye paham dan insyaAllah aye akan tolong sedayanya. Sekali kawan sampai syurga kita kawan. Harap kawan2 semua pun akan hulurkan tangan ringankan beban Haina bila tiba masanya. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh........jamie-di-sini.

Daa.......

Tuesday, July 28, 2009

Ujung minggu yang sibuk

Gambar2 yang bakal kalian tonton adalah himpunan daripaa minggu kelmarin dan yang lepas2. Takde masa sejak BMW makin membesar dan nak masuk 10 bulan, dia dah pandai berdiri
statik, berjalan belum lagi. Dah boleh berjalan makin tak menang kaki dan tangan la mamanya menjaga. Perkataan seperti 'jangan', 'toksah', 'hey!', 'baby!, 'tak nak kawan baby','don't touch', dan yang sejenis dengannya dah biasa di pendengaran BMW. Memula dia toleh kat aye ingatkan dia terkejut dan berhenti as requested, rupa2nya dia senyum lalu preceed dgn apa2 aje suka ati dia nak buat. Setakat 'mengemas rumah' (maknanya jadikan rumah spt kapal karam), 'baca buku' (maknanya koyak dan basahkan buku dengan air liur dia), main tisu, 'repair tv' (usik remote), ....sekadar menyebut sebahagian aktiviti BMW yg sangat kreatif...dah biasa. Mmg dah jd hobi masa lapang. Apapun aye bahagia.........mari kita lihat gambar.


NO ENTRY'....pagar kayu di sebenarnya sebahagian drpd katil baby dijadikan penghadang laluan ke dapur. Payah mmg payah, terkangkang kiap jugak la mama dan ayahnya kalau nak langkah pagar ni. Kreatif jugak kepala hotak aye ni. Tak yah beli, gunakan apa yg ada kat umah. Tu muka kesian mintak dukung nak nyebrang la tu...sori dok situ diam2 ye. Kalau takde pagar tu tengoklah apa jadi............

GUILTY! Sekali dia sampai ke dapur daaa...............abis segala periuk, tapis, senduk si Wafi bikin mainan. Muka tak bersalah. Tapikan ada tokoh jadi chef tuh...best tu, boleh tumpang sekaki round the world. Berangan la tu........


Wafi dengan kopiah baru. Akhil Hayy the 2nd? Oh No3x.

Ni majlis perasmian gotong royong di kawasan pangsapuri aye. Dirasmikan oleh YB Iskandar Samad, ADUN Cempaka.


Salah satu aktiviti dalam kerja gotong royong kemarin...mengecat parking lot. Aye jadi mandur, pemerhati dari jauh. Balik umah 'bergotong royong' di rumah dengan anak2.


Kisah benarrrrrrrrr..si satu pagi yang hening,
Pagi tadi ada kejadian jenayah berlaku di depan pangsapuri aye. Sangat2 mendebarkan. Pukul 6.45pagi tadi, aye baru angkat bontot dari sejadah, aye dengar pompuan menjerit. Ala2 paparazi aye berlari ke tingkap. Hubby pulak keluar rumah turun bawah nak tengok apa jadi. Rupa2nya ada pompuan kena culik. Jiran aye, taxi driver tgh panaskan enjin teksi masa kejadian. 1 keta aeroback hitam plat depan MY bawak lari sorang pompuan cina. Penculik dipercayai bangsa melayu. Kalau nak tau flat aye tu dekat dengan laluan ke lrt Pandan Indah..so mmg pagi2 dah ramai orang berjalan nak ke station lrt. Taxi driver ni hanya mampu jerit2 dari jauh. Pompuan tu sempat melawan dan menjerit sebelum dipaksa masuk keta. Meremang bulu roma aye bila dapat tau kejadian culik berlaku depan umah sendiri. Takde tempat yang benar2 selamat dah sekarang ni. Aye ingatkan orang kena ragut..rupa2nya kena culik. Peh, siapalah pompuan yang malang tu. Harap2 dapat ditemui dlm keadaan selamat. Tapikan aye rasa amat terkilan dengan orang yang cakap "siapa yang kena culik? alhamdulillah..bukan orang kita (melayu), padan muka cina tu..." Wei...hallo, tak baik tau ada perasaan camtu, sekalipun si mangsa tu bangsa lain tapi dia tetap mangsa yang ada kemungkinan diperkosa, dibunuh. Ala kesiannya... Si penculik pulak dipercayai melayu....tak menyempat tuduh..ha, ni kerja indon la takde lain. Tak baik tau...Flat aye pun ada penyewa indon. Kecik ati depa. Apapun kita jangan jadikan diri kita berpotensi dijadikan mangsa. Mintak perlindungan Allah...





Babai......










Wednesday, July 15, 2009

Berita Kawan2



Alhamdulillah Haina (#1 dari kiri) selamat melahirkan baby ke3 14 julai 09 di HKL. Baby girl Haina masih ditahan di ICU kerana masalah jantung. Sama2 kita doakan baby cepat sembuh dan smoga Haina sekeluarga tabah hadapi dugaan Allah ini. Haina boleh dihubungi di 013- 3621000.









Friday, July 10, 2009

Cuti2 di Batu Gajah

Assalamua'laikum.......hello, pekabo semua. Harap2 semua sihat dan ceria selalu. Terima kasih coz selalu bertandang dan sudi menjengah blog aye yang kekadang dan selalu cerita syok sendirik. Apapun janji rock! janji happy. Kali ni, untuk kesekian kalinya aye bawak cerita kisah aye jalan2 sekeluarga sekitar KL, cerita ntah hapa2 pun ada dan cerita Batu Gajah. Jom pakat tengok.




Cerita ntah hapa2 no.1 ni bukannya apa sesaja nak kongsi gambar BMW dengan aksi lagak ngerinya masa tido. I'm preety sure yang mentadak mentadu pun takleh buat gaya kuak kebendenye ni.


Cerita ntah hapa2 no.2 ni plak sesaja aye selitkan memandangkan kegilaan aye dengan cupcakes. So cute...belikan untuk wafa, so cute sekali ngap abissssss. Bilalah aye nak buat kek gini. Sejak beranak kecik ni payah sikit. Tunggu BMW beso skit la.


Ni pulak gambar yang paling aye suka. Sehinggakan nak pi kedai gambar, cuci pastu premkan. Gambar ni diambil masa jalan2 kat Putrajaya, ala dekat masjid Putrajaya tu...selalu ada expo.


Pesta harijadi Wafa belum berakhir! Kali ni, x-babysitter sponsor 1 majlis doa selamat kecil-kecilan untuk Wafa. InsyaAllah, silaturrahim ini tak kan putus. Kepada Ayah K, Mak B, along, abang yus, angah dan Abang amir....wafa ucapkan terima kasih.


Wafa potong kek lagi...


Akan datang aye cuba post gambar kenangan zaman2 sekolah, mudo2 dulu...watch out yeah. C U later.