Wednesday, March 11, 2009

cerita ceriti balik kampung


Abang tengah bako ikan talapia...

Hai...Dah selamat menyambut maulidur rasul? Wafa akan berarak sempena maulidur rasul peringkat tadika kemas pada 28 Mac ni. Dia tengah practice nyanyi hari2. Si wafi jadi penontonnya. Hari2 kena paksa dengar lagu selawat. Bagus jugak biar telinga dia dari kecik dah biasa dengan alunan selawat. Besar sok tau sayang nabi, ikut sunnah nabi. Cikgu Ros pun dah kasi kain ela 2meter nak buat baju kurung. Bunga ungu latar putih. Bleh la pakai masa kawin Pak cik Talib nanti.
Cuti Maulidur rasul lepas kami sekeluarga balik kampung. Meeting keluarga pasal kenduri kawin adik iparku - Talib. Paling best makan tengah hari ramai2, gotong royong siapkan menu...sambal udang, gulai tocu, betik masak air, ikan talapia bakar...emmm apa lagi ye...

InsyaAllah, majlis kawin talib akan diadakan pada 7/6/2009. Aku tabik pada keluarga mentuaku ni. Manakan tidak, semua adik beradik pakat keluar duit sponsor. Tula kata orang benda baik (umpamanya mendirikan masjid) dipermudahkan Allah. Aku doakan semoga majlis walimatul urus kedua2 pihak berjalan lancar.

Seperti biasa hajat di hati nak 'taja' kek pengantin homemade tapi tak berani nak janji. Kalau ada kelapangan dan keadaan mengizinkan, insyaAllah. Lagipun selang 3 hari lepas tu besday aku pulak. Sekurang-kurangnya ada jugak buah tangan dari aku untuk pengantin.

Hati aku sikit ada sayu melihatkan apak makin uzur. Orang dok sibuk meeting, dia terbaring je. Masih aku ingat di hari kawin ku 7 tahun dulu, apak masih gagah, masih berisi, masih boleh berdiri dengan 2 kaki yang masih tegap dan kuat. Namun hari ini apak dah bertongkat, badan makin susut, asyik sengal2 dek kerana selalu terketar2 (parkinson). Mak lah orang yang paling setia. Kekadang apak kejut mak pukul 3 pagi minta diurut. Maklah yang setia di sisi. Sejahteralah keduanya. Semoga kalian sentiasa rukun damai bahagia dunia akhirat.

Saturday, February 28, 2009

Wafa & Wafi




Pejam celik pejam celik, Wafi dah nak masuk 5 bulan. Wafa pulak 5+. Aku bertuah sebab ada anak sulung perempuan yang dah pandai jaga adiknya. Pada awalnya aku ingat Wafa tentu jeles dengan Wafi tapi dia pulak yang sayang lebih kat adiknya. Dialah yang aku harapkan, mintak dia tolong tengok2kan Wafi masa aku mandi, solat dsb. Ujung bulan bila ayahnya dapat gaji ada aje habuan untuk Wafa sebab banyak tolong mamanya jaga baby. Walaupun selalu kena marah..sebab selalu juga leka tengok tv sampai tak pedulikan adiknya nangis, dia tak pulak marahkan adiknya tu. Apapun Wafa memang good girl. Baru2 sebab banyak tolong aku, ayahnya hadiahkan telekung untuk Wafa. Beli kat Kompleks PKNS Shah Alam. Aku tengok memang dua beradik ni serasi bebenor. Jarang Wafi tergelak beso tapi bila Kak Yong Wafa yang agah dia gelak bagai nak rak. Bila aku tinggalkan Wafi dgn Wafa, Wafa ada caranya sendiri utk lekakan Wafi. Wafa akan nyanyikan lagu2 yang dia belajar kat tadika, bacakan ayat2 lazim, kengkadang bercerita...macam2 la. Saja je aku intai gelagat dua beradik tu....alahai putera puteriku..

Monday, February 16, 2009

Toll Gate Girl...bila anak2 dah tido




"Tak dak bulan yang seindah Ramadan. Ramadan buat aku kenai erti sunyi dan rindu bila hidup di kotaraya macam ni. Ramadan buat aku lagi rindu kat kampung, kat mak, semualah. Ramadan jugak buat aku insaf, betapa agungnya kekuasaan Ilahi"Markonah (Tollgate Girl, 2001)
Semalam, aku dan hubby berpeluang nonton cite Toll Gate Girl (TGG) kul 11 mlm. Kebetulan masa tu 2W (Wafa & Wafi) tido awal. Letih main kat taman petang tadi gamaknya. Jadinya aku dan abang dapat nonton tanpa gangguan. Apapun mmg enjoy dapat sekali sekala duduk nonton sama2, sambil makan betik. (tu je yang ada...popcorn tak mandang). Aku pun tak sangka abang minat gak cite camni. Petang tadi aku sesaja bgtau malam ni ada telemovie TGG. Habis tu tak sangka dia boleh jadi teruja dan kitaorang berdua nonton sampai habis kul 1am. Cite ni kan cite bulan pose nak sambut raya...ada takbir lagi..peh...mula lah menghitung bulan nak sampai Ramadhan September ni. Raya ni kami ber4. La...awat loqlaq aku ni, berangan raya pulak..
Where were we...mmm pada aku, bukan jalan cerita atau pelakon TGG yang berjaya menarik perhatian dan fokus aku pada cite ni tapi lokasi penggambaran dan loghat utara tu yang tak tahan tu....gamit suruh dok tengok sampai habeh...tu dia penangan TGG. Apapun aku mmg pun minat kat Amy Mastura...kan sama2 orang Ipoh. "Ipoh mali tatak sombong".
Dah lama sebenarnya aku dan abang tak dapat dok berdua nonton cite yang best tanpa ngok ngek si Wafa dan uwek uwek si Wafi....sekali sekala dapat peluang tengok cite best ber2 memang enjoy. Aku suka cite camni sebab dia taklah jiwang berat. Biasa2 aje. "hang kata hang terer...hang memang terer".