salam semuanya. lama tak update citer. kembali menulis di sini utk sahabat yg berkenan nak tau resipi muffin dan puding trifle...
Muffin
A
50g butter
50g minyak jagung
150g gula kastor
5 g garam
B
210g tepung gandum }
90g tepung roti / high protein flour }
14g baking powder } ......................ayak 3 bhn ini.
C
185 g telur
110g whipping cream (dairy)
65g susu segar
1. Pukul A sampai sebati high speed.
2. Masukkan B. Pukul low speed hingga jadi bread crumb.
3.Masukkan C Pukul med speed hingga sebati. Jgn over beat nnti bantat dan muffin tak berongga.
4. Sudukan ke dlm papercup muffin. Kalo pakai papercup biasa nipis tu kena pakai petitin.
5. Bakar guna api atas bawah, suhu : 200C masa: bergantung saiz cup...bakar sampai merekah atau permukaan keperangan.
6. sebelum bakar boleh bahagikan kpd bbrapa mangkuk dan perisakan atau letak filling.
Puding trifle
1 gulung swiss roll (perasa favoret)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair/ 1 kotak kecil susu segar
4 camb gula
2@3 peket kristal jelly (perasa faveret)
1. potong kek mendadu n susun dlm bekas.
2. masak susu cair, kastad, gula dlm periuk hingga pekat sikit (tambah air kalo terlalu pekat)
3. Tuang sos kastad atas kek
4. susun buah atas sos
5. masak jelly ikut arahan pd label n kacau sekejap
6. tuang jelly perlahan2 atas buah n keraskan dlm peti ais.
WALLAH!