Thursday, December 31, 2009

Hai geng! Amacam ada sihat ka? Aye bertambah sihat mental & fizikal sejak balik bercuti kat kampung...udara bersih dan tak sesak cam KL...mmg puas cuti kat kampung ujung tahun 2009 ni. Aktiviti keluarga...indoors, outdoors dengan anak2, sedara mara, kengkawan...seronok betoi. Hilang segala tension. Apapun, cakap je tak guna...seeing is believing kan...kita kata seronok tp nak tau camner seronoknya aye ngan family cuti2 kt kampung...meh tengok gambo.


Bergotong royong menjayakan kenduri kesyukuran selamat lepas pantang cucu mak mentuo ke 20 dan anak kakak ipar yg ke5. Menu special dari org pandan indah - tilapia bakar. Peberet abang. Aye tukang beli ikan...pukul 7 dah pegi pasar cop ikan, lambat sikit habissssss.

Berkelah ngan keluarga Mak Biah dan Ayah K- x-babysitter wafa. Bersiap utk sarapan.

Wafi dengan Mak Biah.
2W dalam khemah...

Mandi manda di Teluk Batik. Syok betui.
Wafa dgn anak bongsu Mak Biah, Abg Amir. Ayah asik dengan hero kecik dia.
Sebelum balik Batu Gajah (BG), aye singgah umah member lama aye, Armasaida Bt Abdul Rahman aka Ida. Kira macam mini reunion la...dapat la sembang2 1 jam...tak leh lelama sbb nak ziarah anak sedara baru lahir. Fakta gambar : Mak-mak (ida & aye) anak sulung bergambar bersama anak ke2 memasing (kak chik & wafi).

Snap gambar ida sekeluarga...baby tido.


Bergambar kenangan di umah Ida. Khas untuk member aye Puteri Fariza yg nak sgt tengok gambar aye sekeluarga..nah tengok la...harap berpuas hati. Smoga hilang rindu kat aye...


Inilah ahli keluarga terbaru, cucu mak mentuo yg ke 20 & 21. Sebelah kiri tu Nur - anak adik ipar dan sebelah kanan tu Solehah - nak kakak ipar. Selamat datang...lihatlah duniaaaa......


Aye dan anak2 menghabiskan petang nan indah permai di halaman umah apak. Wafa dan wafi paling suka main kejo2, pantang nampak tanah lapang. Dok KL, umah tinggi mana ada halaman...kat kampung, tak cukup tanah depa jelajah.


Ayam kampung pemberian Makcik Umi untuk dibuat rendang. Wafi ecxited dapat pegang ayam for the 1st time. Tak takut sikit pun.
Sekian cerita aye sbg penutup tirai 2009. Selamat tahun baru masihi 2010. Smoga Allah memberkati kita semua spjg 2010. Sihat, murah rejeki hendaknya. Amin.

Thursday, December 24, 2009

Cuba try


Salam...selamat pagi. Semoga semuanya sihat ye. Entry kali ni idak nak cerita apa2 sangat. Just nak share resepi yg senang bangat. Resepi ni dikongsi oleh member baik aye nun jauh kat Jepun sana. Org m'sia tp dok kejap je kat jepun...tak lama lagi balik le tu. Jangan lupa balik ke pangkal jalan (maksudnya balik kampung halaman la) ye Puan Norasmawati A. Zainuddin. Puding roti ni aye buat semalam utk org Batu Gajah. Lembut je, senang apak nak makan. Aye balik BG petang nanti kalau tak ujan. InsyaAllah Ahad ni nak mandi laut kat Teluk Batik. Nak ikut? Jomlah. Harap2 dapat jumpa member lama kat manjung. Hai Ida! Mandi laut nak? Kalau dia keje tak dpt la jumpa. Lagipun ida ni baru dapat baby baru. Kalau ada rezeki ye ida. Kalau idak may be next time je la.
Ok la resepi boleh cari kat blog Nor (Lain kali kalau sempat aye taip resepinya.) Cari la kat cerita2 lama dia. Nak taip tak sempat la sbb belum pack barang lagi ni. Sementara anak dok tido ni nak siapkan apa yg patut. Selamat bercuti. Daa..........

Monday, December 21, 2009

Kepaq kepung walimatul urus

Hujung minggu yg meriah! itulah yg aye boleh katakan bagi menggambarkan kegembiraan keluarga besar Hjh Saadiah (allahyarhamah) menerima ahli keluarga baru. WELCOME TO OUR FAMILY! Kepada En. Halim (suami Hanisah) dan Pn. Hamiza (isteri Naim), selamat datang..ahlan wasahlan....Selamat Pengantin Baru. Tahniah berganda buat Mak Zai dan Pak G kerana menerima 2 menantu baru. Semoga umat Nabi Muhammad akan bertambah ramai selepas ini...yahhh itulah yg kita harap-harapkan. Tanpa celoteh panjang lebo lagi, moh le kita layan gambar2 yg sempat aye snap.
Looking great Nisah! Anak sulung Mak Zai & Pak G, Hanisah & suaminya Halim O.
Manisnyeerr...Anak Ke3, Naim & isterinya Hamiza.
Haippp!! Penunggu pelamin & bunga telo bertelinga rama-rama berbaju singa sudah datang...siapa berani mai dekattt, saya lipattt...BMW kelihatan bad mood tapi hensem wooo..
Jemput mentekedarah...Jangan malu, jangan segan, mai makan...
Cinta Adam dan Hawa sudah bertaut, sekianlah cerita aye.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H


Di kesempatan ini aye nak ucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah. Semoga 1430H yang kita tinggalkan meninggalkan kesan yang baik kepada hidup kita. Harapan aye untuk diri sendiri, keluarga dan sahabat2 aye jauh dan dekat, semoga 1431H dapat kita semua tempuhi dengan tabah hati dan diisi dengan kebaikan. Jadikan hari ini jauh lebih baik dari semalam. Selamat Tahun Baru Hijrah 1431...peace no war!

Jangan lupa doa ya. Biar setan2 tu nangis....
Baca 3x di penghujung waktu asar (petang 17 nov 09), sblm masuk waktu maghrib.

Doa awal tahun. Baca 3x lepas solat maghrib
Berkat, selamat............

Tuesday, December 15, 2009

window shopping back to school

As-salam everybody...a very good tuesday morning to all....



Aye, buat masa ni bz menelaah bbrapa newsletter yg ada bau-bau bacang ngan IM (internet marketer/marketing). So kalau online kt internet tu bukan la melangut kosong tp tengah nak belajar so many things about camne nak buat website sendiri. Mana tau boleh generate income right here from my very own pc and my not so comfortable chair. Insyaallah. Tp kan dgn zero knowledge about html agak payah skit. Nasib baik ada sifu IM yg baik hati....apa lagi "buah cempedak di luar pagar..." la. Jolok2 la ilmu kat dia. Malu tanya...ikut suka kita jalan ke mana2 ...sesat larat la jawabnya.

Ok la enough about my new 'hobby'. Apa aye buat ujung minggu lepas? Shopping la. Last saturday ke Tesco beli kelengkapan sekolah wafa. Tak sangka shopping barang sekolah bebudak boleh jadi satu aktiviti yg memenatkan. Pening kepala negokkan saiz baju yg berlainan. Cari kasut lebih senang. Kasut dah beli last week kat JJ. Cari baju dan kain baju kurung je dah nak dekat 1 jam...apalagi mengamuk la si BMW tu. Nak jalan sendiri, rimas didukung ayahnya. Ayahnya dah urut2 bahu tanda lenguh. Nak dilepas berjalan, org ramai takut terlanggarkan dia. Dia ingat tesco tu playground la tu. Apapun seronok tengok muka anak berseri2 dapat benda baru. Syukur, si wafa ni bukan jenis yg cerewet. Dia setuju aje...tak banyak krenah. Tengok muka mmg muka penat.. Nasib baik masa sarapan tu aye marah2 dia suruh makan bebanyak mcam nak pegi perang sbb aye tau time ni orang mesti ramai. Makan banyak idak la lembik nanti. Dalam keadaan aircond pun aye buleh berpeluh. Membongkar sana, menyelak sini. Menjeling agaknya si salesgirl tesco menengokkan gelagat aye yang umpama mencari harta karun. Susah tul cari baju sekolah untuk saiz wafa. Saiz kecik 6-7, 8-9.....camne la mak aye dulu. Jenama dan kualiti pulak macam2. Harga pun tak sama. En. hubby ingatkan aye awal2 jgn amik yang murah sbb kualiti kain tak bagus. Orait Mr. Hubby, yg penting, I pilih U bayo..ha..ha..gitulah adatnya. Mmg pun yang murah kainnya nipis je. So aye pilih yang sederhana. Wafa selalu ejek mamanya kedekut...correction ye...bukan kedekut tapi cuba nak jimatttt! Paling penting selesa! Teringat masa aye kecik2 dulu...punya la excited dapat shopping brg baru utk masuk sekolah. Mmmm...nostalgia lagi.


Antara kelengkapan sekolah wafa yg dah dibeli.


Setakat ni dulu cerita aye. 18-20 Dis ni aye nak pegi memeriahkan kenduri kawin sepupu2ku di cheras. Kpd newly-wed Hanisah & Halim O dan bridegroom n bride to be Naim & Hamiza......, have a wonderful wedding day and tahniah dari Kak Aton dan family. Jumpa Jumaat ni...Naim..amacam dah praktis goncang tangan tok Qadi?

Sunday, December 6, 2009

Buat plastisin sendiri


Alkisah anak dara aye si wafa tu merengek2 mintak dibelikan plastisin. Alahai...menyampah pulak dengan benda cam tanah liat warna-warni tu. Rasa cam tak kuasa nak belikan. Tapi tak sampai ati. Bukan apa, bebudak tak menyempat nak kan satu2 mainan tapi bila dah dapat cepat sgt jemu. Tu yg mamanya malas nak turutkan. Aye pun apalagi tanya kat encik google le. En. google, en google camne nak buat plastisin D.I.Y? Mak ai, sonang sangat rupanya mcm nak buat biskut je. Plastisin D.I.Y tu selamat utk bebudak. Kalau nak dimakan pun buleh cuma tak sedap le, masin. Sebijik macam play-doh yang mahal tu cuma yang D.I.Y ni tak cepat keras. So bagi mak2 yg suka benda2 D.I.Y silalah cuba. Yang dinosaur ngan cupcake tu aye yang buat. Best pulak, melebih dari budak. Sekali skali apa salahnya.

Bahan:
1 cawan tepung (ayak)
1/4 cawan garam
2 camb minyak
1 cawan air
2 camt cream of tartar
pewarna makanan
Cara:
1. Masak garam dan air sampai larut.
2. Masukkan bahan2 yg lain.
3. Kacau sampai anda dapat doh yang licin dan lembut. Biar sejuk.
4. Warnakan. Uli sebati. Simpan dlm bekas kedap udara.
Very simple. Enjoy!
Di bawah ni versi omputeh punya...
Traditional Recipe for Play Dough/Play Doh

The basic cooked play dough recipe requires:
1 cup sifted plain flour
1/4 cup salt
2 tblsp oil
1 cup water
2 teasp cream of tartar and food colouring or powder paint

Heat the salt and water in a saucepan until the salt has dissolved. Add other ingredients and stir over medium heat until you have a smooth, firm dough. Allow to cool slightly and knead for a couple of minutes or place in a food processor. Store in an airtight container or bag. If the playdough feels a little dry at any time just dip it in oily water and give it a quick knead.

Thursday, December 3, 2009

12.11.2009 Konvo Wafa (belated)

Hari ni hari konvo Wafa. Hati aye berbunga lagi teruja nak tengok konvo pertama wafa. (hrp akan ada konvo2 mendatang, insyaallah). Al maklum, lepas ni kalau ada rezeki lambat lagi nak tunggu konvo yang seterusnya. Apapun sambutan yg serba sederhana n agak mengejutkan...majlis konvo berlangsung penuh meriah dan riuh macam pasar. Mcm pasar? Mmg kat pasar pun. Konvo wafa diadakan di Kompleks Muhibbah Kg. Pandan (pasar berbumbung tanpa dinding). Mmg happening! Mmg sungguh tak sangka....Aye dah tau itu pasar so awal2 lg dah pelik tapi tetap pasrah. Tak salah la kalau konvo tu riuh rendah mcm pasar...mmg pasar pun!Bagi mak pak yang tak tau konvo diadakan di sebuah pasar nan indah permai tu...muka yang dari rumah berbunga2, berdandan bagai nak ke open house PM, bila sampai ke destinasi berubah masam macam cuka. Bau ikan menari2 kat lubang idung. Sungguh real. Lepas tu boleh beli ikan buat masak kari esok. Sambil menyelam minum ayo.


Inilah Kompleks Muhibbah, Kg. Pandan, sebuah pasar yg ternyata amat multipurpose.


Tapikan...jauh di sudut hati beta, agak terkilan gak. YB umno/bn yg bagi ucapan aluan dok kata inilah 'buah tangan' kerajaan PR (s'gor kan bawah Pakatan Rakyat)...dia dah mula dah...bla3x politik sanasini....tp bugget bukankah dari kementerian/ kerajaan pusat? Ntah la....berapa sangat la sewa dewan tu...mmm alahai. Takpa3x. Aye bersyukur aje skalipun wafa tu konvo kat gelanggang silat maupun badminton court aye tetap meraikan. Budak kecik mcm wafa apa yang dia tau, dia tau seronok aje. Konvo cenggitu pun dia kata best. Itulah bebudak namanya, naif lagi sincere gitu.



Wafa dapat hadiah pelajar cemerlang! Tahniah anak mama. U can do it bebeh!


Selain wafa nyanyi nasyid dgn kengkawannya, lebih menguja dan menggumbirakan aye bila wafa adalah antara penerima hadiah pelajar cemerlang bila dia dapat no.2 ujian akhir tahun kat tadika ( #2 drpd 22 murid). Tak sesia aye jadi mak yang garang. Apapun Wafa dah dapat kuasai 3M sbg persediaan ke Darjah 1. Tahniah anak mama. Smoga kejayaan sentiasa jadi milikmu, cemerlang dunia akhirat.. Insyaallah!


Wafa bergaya dengan 'busana nasyid' berlatarbelakangkan pemandangan meja jualan penjaja, siap sedia nak naik pentas menyanyi. Suara bebudak nyanyi nasyid sama naik dengan suara org kat pasar.


Rasanya inilah hari yang paling memenatkan. Dah lama tak rasa penat sangat camni. Mana taknya banyak baik punya moment yg tak dapat nak snap gambar, mana nak dukung wafi, mana lagi nak tangkap gambar. Dgn si wafi ni, usah kata nak duduk, berdiri setempat pun tak dapat. Aktif sungguh. Apapun hari ini dalam sejarah.

Tuesday, December 1, 2009

Hello...hellooooooooooo

As-salam..wah3x dah berabok, bersawang, berkulat cendawan siap ada kulapuk roti lagi blog aye ni. Sori ye kpd mereka2 yang mengikut perkembangan blog aye (if any). Harap mandi anda tetap basah dan tidur anda tetap nyenyak dan makan anda tetap kenyang sekalipun takde cerita dari aye di blog ini. Adapun telah hampir 2 purnama hilang dari radar blogspot idak le bermakna aye merajuk maupun getik jadi blogger. Aye rindu lagi gian sebenarnya. Tapi ada komitmen lain yang aye patut dulukan. Apapun selepas ini aye cuba hidupkan dan meriahkan blog aye nan tercinze ini. (patriotik takde makna..kebendenye).
Yang benonye, selain wafi sedang membesar bagai johan segala johan sampai bengkak sana, berdarah sini, calar sana, merah lebam sini...agak menakutkan bagi aye yang baru tau macam mana membela anak lelaki. Wafa idak pulak lagu tu. Tapi wafi, kus semangat, pantang lepa ada aje lagak ngeri yang mengundang cedera minor yang buat suara aye meledak satu flat buleh dengo. Tu sebab aye berenti berblog kejap..beri laluan pada kelasakan si wafi ni. Kena diperatikan selalu 24-7-365...omputeh cakap lagu tu le.
Sebab ke2 pulak komputer aye meragam. So semangat nak tulis blog pun ada sikit lemah jugak. Mana idaknya, on 15 minit tup2 dia off sendiri, lembabnya jangan cakap la, jenuh nunggunya. Kalau mula2 nak on tu, siap boleh solat dulu, bancuh milo cicah roti 3 keping baru nampak desktop punya batang idung. Belum cite pasal download gambo, mmg menduga kesabaran aye. But thanks to my bro, aye dah ada monitor n cpu baru. Happy blogging to me.
Ok guys, aye takleh celoteh pepanjang, ini je dulu..for a fresh start setelah berehat lama. sori takde pix utk entry ni. Gambar still dlm pc lama. Terima kasih sbb sudi singgah dan singgah lagi jgn jemu. Daa....