As-salam, entry kali ini khas bersempena birthday ke6 tahun anak aye Nurul Wafa. Segalanya tentang dia, my darling princess. Dalam kalut sempat juga aye siapkan majlis ulangtahun Wafa di tadika. Sebuah majlis yang simple je tapi bagi Wafa sangat grand gitu! Aye berjaya siapkan dua kek untuk santapan wafa and the gang. Sangat puas bila dapat jamu anak2 kecil ni makan hasil air tangan sendiri. Kek amatur tapi sentuhan peribadi bak kata orang 'penuh kasih sayang'. Apapun mjalis berlangsung sangat meriah. Terima kasih untuk Cikgu Ros dan Kak Nor yang menjayakan majlis. Kepada anak2 Tabika Kemas Pangsapuri Inai, terima kasih kerana cakap 'kek untie sodap...tahun depan kasi kitaorang makan lagi hek' dan thanks for all the b'day gifts. Kalau korang takde mmg tak meriah.
SMILEEEEEEEEE.........
SMILEEEEEEEEEE lagi......
Bila nak makan nih? Peratikan kawan wafa yang aye bulatkan tu. Anak tu namanya Raziq. Raziq baru kehilangan ayahnya pada 8 jun lepas akibat serangan jantung kali pertama. Arwah baru berumur 37 tahun, meninggalkan seorang isteri dan 3 anak. Raziq anak ke2. Arwah meninggal di rumah di depan Raziq. Raziq trauma dan lari dari rumah ketika ayahnya sedang nazak. Sesiapa yang bertanya pada Raziq, Raziq akan jawab dalam tangisan "ayah jatuh, Raziq tak tolong.." sangat ssedih. Alhamdulillah, sekarang semangatnya dah pulih. Semoga Raziq dan kelurga tabah hadapi ujian Allah ni. Kepada kengkawan semua, sama2lah kita jaga kesihatan. Semoga terhindar dari mudarat dan kesakitan yang tak mampu kita tanggung.
Acara potong kek.
Acara makan kek.
Wahai anakanda mama Nurul Wafa...selamat hari jadi ke6 tahun 22 Jun 2009. Mama doakan semoga Allah kurniakan umur yang panjang dengan kesihatan tubuh badan yang baik, murah rezeki yang halal, bijaksana, diberikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Mama mohon ke hadrat Allah supaya menjadikan anakanda seorang yang berilmu, beramal, beriman dan bertaqwa, anak yang solehah dan manusia yang berguna di atas muka bumi tuhan. Mama sayang Wafa dan semoga Wafa terus membesar bagai johan di depan mata ayah dan mama. Tiada lain yang mama harapkan melainkan segala yang terbaik buat Wafa, my darling princess. Love you with all my heart and soul. HAPPY 6TH BIRTHDAY, SAYANG!