Pengalaman bersalin anak yang kedua pada 3 Okt 2008 bersamaan 3 Syawal 1429H lain bebenor kalau nak dibandingkan dengan pengalaman bersalin anak pertama, si Wafa. Masa wafa dulu, time tu still keje so bersalin kat spital swasta, manja kemain lagi. Sakit sikit je, panggil nurse tapi kat spital kerajaan semua kena buat sendiri sesuai dengan kosnya, cukup murah. Tak silap RM13 je banding dengan kat spital swasta RM ribu2. Apapun syukur pada Allah, segalanya selamat.
Aku sepatutnya bersalin di Hospital Ampang pada 8 Okt 2008 iaitu sekembalinya dari cuti raya kat BG, tapi kuasa Allah, dah takdirnya gitu aku terbesalin kat Hospital Daerah Batu Gajah pada pagi raya ke3. Alhamdulillah aku sempat merasa pelbagai juadah yang dikategorikan sebagai "mesti makan" dan "sure ada punya" sepanjang raya. Kiranya tiada yang kempunan lah. Kat sini aku nak tunjuk beberapa foto kenangan yang sempat dirakamkan sempena kelahiran Muhammad Wafi. Sepintas lalu mengenai baby Wafi...Lahir pada 3 Okt 2008, jam 9.12 pagi, di Hospital Daerah Batu Gajah, berat 3.23kg.
A proud father with his new born hero.
Ini hidung saya!
Makan tetap makan walaupun masa tu baru 2, 3 jam bersalin. Lapar sangat lepas bersalin. Mak-mak tau la camne rasanya. Emm..sapa kata takde selera, boleh tahan sedap makan spital ni ya.
Ya puan-puan ginilah cara membedung baby. Jom belajar balik, refresh balik, dah lama takde anak kecik 5 tahun tu...dah tak berapa nak ingat.
Baby baru..macam tak caya je! Tak jemu mata memandang. Heran pun ada, baby baru ni beso dah tu putih plak, tang hidung ada sikit tinggi dari akaknya.
Wafi dalam pelukan ayahnya.
Wafi dapat duit raya. Bertuah jadi baby Syawal!
Yeye...Mak dapat cucu baru.
Yong wafa dengan adik wafi. Muka baby macam sama beso ngan akaknya.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Special thanks to my bro, Musa for the lovely pics.
Sunday, December 21, 2008
Monday, December 15, 2008
Sumber inspirasiku
Hello dunia. Salam ceria...Setiap ilham ada inspirasinya. Begitu juga dengan blog ini...Jamie-di-sini lahir dari rasa cinta kepada mereka....terima kasih sayang.
K.E suamiku..kukahwini dia sejak 6 tahun lalu. Alhamdulillah bahagia. Sekali sekala gaduh tu biasa la, tak gaduh tak seronok...tak gitu bang? Seorang yang peramah, kuat keje, penyayang, adakala serius, selalunya selamba...pendek kata ok banget buat suami. Sayang abang...muahs.
Emak, ratu hatiku. Aku kan anak emak...Semoga mak murah rezeki, dipanjangkan umur dlm kesihatan yang baik, dapat beramal ibadat dan berbahagia bersama anak cucu. Terima kasih atas pengorbanan mak selama membesarkan anak2. ".......syurga itu, di telapak kaki ibu..."
Mentua paling sporting dalam ini dunia...mak ngan apak. Aku sejak kecik takde ayah, pada apak lah aku tumpang kasih. Mak plak mak mentua paling sporting rasanya, air tangannya power giler, masak apa pun sedap, tanpa msg lagi...kepada keduanya smoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan sambil membilang cucu yang kian bertambah!
Wafa, puteri sulungku yang bijak bebenor, dah dapat gelaran Yong Wafa sejak bergelar 'akak'.
Buah hati pengarang jantung yang terbaru...Muhammad Wafi. Mama Mia...
Cakes n cupcakes...suka sangat!

Apapun segala ilham datang dari Allah jua. Sekadar berkongsi rasa cinta dengan seantero dunia. Welcome to my blog ... di mana segalanya lahir dari hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)