Wednesday, May 4, 2011

april nan indah...







upload gambar terbaru dan cerita serba sikit sambil nyapu sawng di blog aye ni. Gambar berenag tu aktiviti keluarga di kolam renang awam precint9 putrajaya. Kekawan yg berdekatan silalah bwak anak2 ke sini, air tak dalam...sesuai untuk anak2 2 tahun ke atas dgn ketinggian normal ok...selamat ada lifeguard lagi. pakai apa saja.

Gambar makan2 di restoran D'kita penutup april 2011 bersama keluarga. Jamu selera sambil sembang gebang keluarga di kampung. Bukan senang nak kumpul ramai2, tu pun tak cukup korum. Insyaallah murah rezeki kita makan2 lagi. adios.

Friday, March 4, 2011

Di manakah kau wahai MALU


(Gambar hiasan - ihsan Paradigma MUKMIN)
Apa yang hendak dibanggakan berpakaian sebegini? Bila terpandangkan remaja sebegini, hati ini terus berdoa moga anak keturunan aye dijauhkan dari keinginan yang memalukan dan menyimpang.
_______________________________________________________________


Kenapa, kenapa, kenapa...why...why...why.

Kenapa macam tu?

Kenapa kat sini?

Ish...ish...ish.

Apa nak jadi.

Nak kata bukan islam..tapi dia di sini.

Hati aye tak puas betul. Betul2 tak puas hati sejak kelibat wanita bersinglet dan berambut perang melintas depan mata.

Kenapa tidak di tempat lain aje, kenapa berpenampilan begitu di khalayak yg baru selesai mengimarahkan majlis yang mulia.

Aye bercakap tentang seorang wanita yang datang menjemput anak (kot) sehabis majlis maulidur rasul peringkat sekolah di sebuah dewan majlis perbandaran. Kalau mata aye pun boleh tertumpu ke arah dia apalagi pakcik2, brader2, drebar van dan bas sekolah. Hmmmmmmm, ntah la. Tak semena2 aye yang termalu.

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula2 sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dari Allah untuk kedua-duanya" (Hadis Bukhari)- ihsan Paradigma MUKMIN

Wednesday, February 23, 2011

pilih yang mana?




Pilihanraya setiap hari? Pening kepala!

Hati aye bergetus...


Tapi ini bukan pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum negara tapi sedar tak bahawasanya kita dihadapkan dengan pilihanraya setiap hari. Setiap hari kita kena buat pilihanraya memilih banyak perkara........


Antara pahala atau dosa;

**

antara syurga atau neraka;

**

antara taat solat atau melalaikannya;

**

antara nak marah atau memaafkan;

**

antara nak bergaduh atau beralah sahaja;

**

antara nak tolong atau lantak ngko le;

antara itu dan ini....semuanya perlu kepada kita adakan pilihanraya kecil dalam diri tapi implikasinya cukup besar. Pilihan itu sama ada kita jadi semakin baik atau semakin jahil.

Kebetulan aye dengar pasal topik ni dari Dr. Muhaya di Ikim.fm. Biasanya aye dengar Sinar.fm...ilmu memana ada.