Wednesday, April 8, 2009

Entry cacamarba

As-salam....hai semua..memula sekali apa kata kita mulakan dengan tazkirah sikit. Sharing is caring, tak gitu! Sahabat aye dari negara nipon hantar email yang pada pandangan aye sangat lah baik utk kita amalkan. Betulkan yang biasa...biasakan yang betul!
SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....
utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email..
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Entry cacamarba kali ini berkisar tentang segala aktiviti yang saling tak berkait antara satu sama lain. Selain nak bercerita dan memenuhkan blog ni, aye tak nak biarkan blog ni bersawang lah. Sama2 tengok apa yang aye nak cerita.

1. MINI REUNION (Bil.1/2009)


Tarikh : 3/4/2009 Masa: 9p.m ke atas (reunion ke pyjamas party?)
Tempat : Rumah Zura Robiai (Subang Bestari)

Seperti yang boleh korang nampak kat gambo, yang join 3 kepala je. Aye, Ct n Zura. Nama lagi MINI. Apapun sangat berbaloi dan best. Reunion yang singkat dalam sejarah tapi best. Bukan nak makan sangat pun, dapat jumpa member lama part tu yang worth it! InsyaAllah akan ada reunion 2/2009. Harap member2 lain dapat join sama next time. Kek reunion warna pink tu aye buat guna cupcake kecik disusun rapat2. Kek tu sebenarnya 2 in 1 : kek reunion dan kek besday Haina. So sad haina tak dapat datang sbb anak buahnya admitted ke Hospital (bengkak usus) so dia kena balik BT Gajah.


2. Wafi potong rambut kali ke-2


Lepas opahnya botakkan si Wafi dulu, rambut Wafi tak pernah ditrim lagi, rambut masuk telinga...ngamuk la member. So sempena baby 6 bulan, ayahnya pun mengasah bakat terpendam atas kepala anaknya. Agaknya kalaulah ayah tak jadi draughtman mesti ayah jadi tukang gunting rambut. Tengok aksi ayah, cara pegang gunting memang ada tokoh jd hair stylist.


3. Ceramah Pemakanan dan Pertandingan Mewarna (KEMAS)


5/4/2009- Aye pegi ceramah pemakanan anjuran KEMAS. Sambil tu Wafa masuk pertandingan mewarna. Ada beberapa tips yang baik ttg pemakanan kanak2 dari dalam perut hingga 6 tahun ke atas. Dalam banyak2 info yang penceramah tu kasi (banyak yang aye dah pernah dengar dan baca), ada 1 info yang sangat menarik. Kata penceramah tu, ada 1 kajian yang dijalankan ke atas org Yahudi (orang Yahudi ialah org yang paling bijak dalam dunia walaupun populasi depa ni sikit je...orang yang paling pandai kat dalam M'sia ialah org kelantan dan T'ganu sbb makan ikan byk), masa ibu2 yahudi mengandung mereka ni membiasakan diri mengadap buku matematik dan menyelesaikan masalah2 matematik. Rupa2nya semasa si ibu dok berpikir utk selesaikan masalah math tu otak anak dalam kandungan turut terangsang utk berpikir sekali. Pendek kata otak baby dalam perut dah terlatih utk berpikir dan menyelesaikan masalah sejak dalam kandungan. Maknanya otak si baby dh terlatih sejak dalam perut tak mcm otak baby bangsa lain, dah lahir 2,3 tahun baru terdedah utk berfikir dan guna otak. So lepas ni kengkawan yang pregnant lagi silalah cuba approach yang Yahudi guna (tak salah jika benda baik) utk kecemerlangan umat islam. Ha..apa lagi tunggu pegilah ke toko2 buku berdekatan dengan anda dan dapatkan buku matematik..semoga beroleh anak yang bijak dan soleh. Tak lupa juga Penceramah tu kata jgn lupa amalan membaca Quran..sbg org Islam kita biasakan memperdengarkan ayat2 suci al-Quran kepada anak2 sejak dari dlm kandungan. Semoga info ni berguna utk semua.

4. Happy Birthday, Abang! (7/4/2009)


Mintak maap ye bang, ni je yang sempat. Tak dapat nak make-up kek lebih2. BMW tak tido masa tu. Apapun, insyaAllah ada masa saya buat lain...kek nenas terbalik ka...pisang cekelat ka..ikut dan la. Apapun saya doakan abang panjang umur, sihat dan murah rezeki, cepat kayo pakcik yo...terima kasih dan sayang abang.

Akhir sekali diucapkan tahniah kepada PR yang menang di 2 bukit. Tamat sudah cerita aye. Jumpa lagi lain kali.