Monday, March 30, 2009

Maulidur Rasul...good bye gigi

Hai sume...jemput baca. Entry kali ni sumenya pasal aktiviti Wafa. Ahad lepas tadika Wafa anjurkan sambutan Maulidur Rasul. Terkenang masa bebudak dulu, aku aktif gak masuk nasyid utk sambut besday nabi ni. Nostalgia sekejap. Kain Baju kurung dan tudung sekolah sponser. Aku hantar tukang jahit, upah utk baju kurung budak sekarang RM20. Mahal gak kan. Apakan daya aku tak tamat ngaji bab jahit menjahit ni. Tu la degil, mak suruh belajo jahit, sok2 senang tak yah hantar tailor baju sendiri ngan anak2. Kan boleh berjimat.
Cam biasa ada perarakan, marhaban, nasyid, ceramah + kempen politik (besalah nama lagi tabika KEMAS), makan2...etc. Kita tengok gambo jelah...baby tak tido lagi so takleh bebel pepanjang...



Wafa kat front row pegang sepanduk...dapat NO.1, juara perbarisan! Bravo anak mama! Tahniah anak2 Tabika Kemas Pangsapuri Inai.


Nyayian selawat





Johan Perbarisan Maulidur Rasul...dgn sekalian ibu bapa dan guru2.



Gini ceritanya. Gigi depannya dah goyang tapi tak sangka pulak gigi barunya dah tak sabo2 nak keluar. Aku notice masa kat majlis maulid tadi...so panic semacam takut gigi Wafa tumbuh tak cantik aku pun bawak gi klinik hari tu gak....bukan 1 tapi 2 yang kena cabut. Nasib baik wafa ni jenis ada bran (ada berani) so berbekalkan nangis2 manja dek kerana terkejut (bukan takut kata wafa) 2 batang gigi depan bawah nya selamat dicabut. Aku yang kecut lebih...Wafa siap ingatkan doc gigi tu yang dia nak bawak balik gigi dia...buat kenangan kot dan percayalah dia akan bawak sekolah tunjuk kat member2 dia...


Ok, chiow dulu...Daaa..........