Showing posts with label cerita Batu Gajah. Show all posts
Showing posts with label cerita Batu Gajah. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

april nan indah...







upload gambar terbaru dan cerita serba sikit sambil nyapu sawng di blog aye ni. Gambar berenag tu aktiviti keluarga di kolam renang awam precint9 putrajaya. Kekawan yg berdekatan silalah bwak anak2 ke sini, air tak dalam...sesuai untuk anak2 2 tahun ke atas dgn ketinggian normal ok...selamat ada lifeguard lagi. pakai apa saja.

Gambar makan2 di restoran D'kita penutup april 2011 bersama keluarga. Jamu selera sambil sembang gebang keluarga di kampung. Bukan senang nak kumpul ramai2, tu pun tak cukup korum. Insyaallah murah rezeki kita makan2 lagi. adios.

Friday, June 11, 2010

Cuti sakan tak ingat dunia

Salam semua. Selamat hari jumaat yg penuh berkat. Semalam aye selamat berulangtahun. Nothing much...pasal letih balik kampung tu masih tersisa. Letih yg penuh enjoy! Balik kampung kali ni agak lama memandangkan wafa cuti sekolah so ayahnya ambil peluang tambah cuti la.

Aktiviti kali ni antaranya ke 2 kenduri kawin (anak Pakcik Azmi Gunting n adik pompuan haina), ke kebun, ke pondok mak kat manjoi sana (sorry ya nor tak dapat singgah umah lahat...may b nx time ye sis), shopping baju sekolah wafa (baru 1/2 tahun baju putih anak daraku ni dah kelabu asap, so tambah lagi 2 pasang baju dan 2 tudung putih), bukak akaun aye, wafa n wafi kat bank rakyat, makan chicken chop kat gerai berhampiran market BG (thanks to adik sbb belanja kami 1 family...org melayu punya kedai..not bad, sedap), jenjalan ke umah x-babysitter wafa, umah nyah, umah yang....bunyi macam sibuk kan. Wafa pulak belajar bawak basikal. Tak sia2 lebam sana sini sbb dia dah pandai tunggang. Bravooo! Wafi pulak seronok main2 kat halaman umah atuk yg luas, macam tak cukup tanah berlari sana sini. Budak Ben 10 la katakan.



2W dgn sepupu2nya.




2 Ben 10 bergaya - Wafi dgn Alif (anak nyah)




Sepetang di pondok mak.




Wafi dgn basikal tuanya




Apak santai - Kalau takde aral melintang,insyaAllah bakal haji tahun ni.

Thursday, February 18, 2010

Bestnyer....cuti lagi

As-salam...sejahtera ke atas kalian semua. Adapun cuti CNY dah berlalu, kegembiraannya masih terasa, pehh...syok betoi bercuti kat kampung. Anak tak sekolah, jalan tak jam, rumah banyak tanah ada halaman, serai, kantan, lengkuas, nanam, daun pisang, betik...etc just name it...semua main petik je. Kat KL main tunjuk pastu bayo. Apapun aye nak kongsi cerita cuti sakan aye dengan korang semua...pasti jeles gile, dijamin!


Demam nak balik kampung bermula bila aye siapkan lebih kurang 50 pcs biskut dengan topping royal icing. 1st attemp yg menjadik, syabbas inspektor sahab! sila ode kalau berkenan (cewah). Biskut bentuk heart lebih kurang sebesar tapak tangan dewasa (tanpa jari) dengan huruf B tu aye hadiahkan untuk anak adik ipar, nama babynya Busainah NaZirah. A baby girl so sesuai sgt kaler pink kan. The kenduri (doa selamat lepas pantang) went well alto kami sampai lambat sebab jalan balik perak jam (org bz on da road balik utara cuti CNY).


habis kenduri umah busainah, petangnya aye bertandang ke umah haina minum petang...gathering lagi, skala kecik je. Si siti call aye masa kat hi way lagi bagitau nak jumpa, short notice gitu. Aye..boleh je. Haina siapkan bubur pulut itam, ada pisang goreng, ayor angat...Siti, aye tak nak cakap benda ni masa kita jumpa dulu sbb aye takut ko kombang kuncup lobih nanti tapi aye must admit ko memang cute sangat pakai tudung. Syabbas inspektor shahab lagi skalik! Pada haina yang tengah semangat nak belajo deco2 kek, call aye bebila senang aye ajarkan free je. Kalau boleh ajak si Zura tu skalik.

2nd day CNY : Da doter n da father makan2 sblum debush-debush mandi kat Ulu Chepor. Hampir 1/2 jam utk sampai ke destinasi sbb kenderaan bertali arus dari jalan besar nak masuk ke kawasan perkelahan...kesabaran diuji. Wafa sampai tak lalu makan asik menjeling ke air tanda tak sabo nak mandi.

Mak, keluarga nyah, keluarga yang, Talib n wife, aye sekluarga siap2 makan sebelum masuk air. Apak tak ikut.


Yang aye pegang tu bukan anak patung tapi itulah si wafi yang keras kesejukan. Kelakokan rupanya...siap menggeletar lagi. Selagi tak keras kejung tak nak keluar dari air. Tengok je lah penumbuk dia! Selesai mandi aye lumurkan wafi dgn minyak baby, takut masuk angin...budak lelaki lagi payah kalau dah masuk angin.


Air tak dalam, had bawah pinggang wafi je. Si wafa paling lama berendam, habis kecut kaki tangan. Macam2 gaya kuak ada...

Kesimpulannya...bercuti tak semestinya belanja duit banyak. Kita kena pandai je pilih tempat. Kena bajet beb, kalau tak belum ujung bulan dah gigit jari. Yang penting : ENJOY! Pada aye dan suami takde percutian yg lebih baik dari bercuti dapat rehatkan fizikal dan mental sambil dapat jenguk2 mak bapak kita kat kampung...sementara kita bernyawa dan mereka masih ada. Jumpa lagi...

Monday, June 15, 2009

Tengok je la.....

As-salam.......hai semua. 1st of all, aye nak ucapkan terimakasih atas ingatan dan ucapan Yeppi Besday untuk aye. To my darling husband, my dearest doter - wafa, my beloved friends, terima kasih berkoyan2 ye sebab selalu ingtkan aye yang aye ni dah tuo. Terima kasih untuk hadiah dan e-card anda. Love u all. Kepada mereka yang tertanya2 brapa umur aye...pada 10 jun 77 aye dilahirkan...pada 10 jun 2009 aye genap 32. Nor ngan aye dah 32, next......ida, yanti n zulita. Yang penting hati mau muda ye...biar yang patut2 aje le. Ok scroll down untuk gambo dan cerita pendek2. Silakan...


Inilah buah tangan untuk diri sendiri...kek limau purut. 1st attemp but menjadik cuma maniss sangat. Lain kali kena cut down the sugar lah. Aising just guna putih telur ngan air gula panas2-pukul kasik kembang. Also too sweet tp kalau kurang manis mmg resepi sihat. Kek ni kalau kurang manis mmg sedap sebab bila makan dan sendawa...wahhhh harum bau limau purut. Sendawa tu pandang2 la kiri kanan kut iye pun.
Ni saja nak kasi korang jeles je....jemput2, sila2.


Gambar ni masa majlis kawin talib belah pompuan. Actually nak tunjuk hadiah besday yang hubby bagi....tuuuuuuu tudung baru. I like it. Tudung paling mahal dalam koleksi aye. tHANKS KEKANDA. Ada berlian lagi..lip lap gitu. Jenuh gak belajo cara memakainya. Jenuh si tukang jual tudung tu buat demo utk aye. Lilit..lilit dah jadik. Lagi satu gift dari Cik abang kita ialah hp motorola 2nd hand. Hp nokia aye dah rosak (tepat pada masanya..heh3x). Terima kasih daun keladi, tahun depan......(sambung sendiri).

Ini keluarga angkat Wafa. x-babysitter. Dari kiri: Abang Amir, Ayah K, Wafa dan Mak Biah. Terima kasih sudi datang majlis Talib.

Ok, stop kat sini dulu. Esok, lusa kita cerita lagi. Daa..........

Walimatul urus bro-in-law

As-salam semua....apa kabar anda? Harap sihat sejahtera. Maap la kepada tetamu2 yang datang jenguk blog aye ni, dah lama tak de cerita baru. Very da bz lately, pastu bila dah lama tak masuk umah (jenguk blog) mood M (mood malasssssssss) pun hinggap la. Ditambah dengan karenah BMW yang dah mula nak merangkak dan sangat aktif membuka lemari groseries plus sangat taksub berjalan sambil berpaut pada sofa, meja tv, paling suka makanan yang boleh didapati di atas lantai dan di bawah tiko getah. Adoiiiiiii la, mamanya ni dah takde keroje lain selain memerhatikan keletah BMW yang sangat menduga kesaboran. Alamatnya kek Kak Ana TNB tu terpaksa dipostpone pembikinannya...banyak sori ye Kak Ana.
Ha, apa cerita aye bawak dari Batu Gajah? Cerita kawin cuti2 sekolah la. Majlis kawin My Bro-in-law berlangsung pada dari 5/6 (nikah), 6/6 umah pompuan, 7/6 umah laki. Dengan ? lafaz maka selamatlah sudah Abdul Mutalib (Talib)bergelar suami kepada Norfarizah (Ija). Semoga kekal bahagia selamanya. Jom layan gambo.


Bergambar selepas selamat dinikahkan. Cuba tengok muka pengantin pompuan. Ada tak sikit2 rupa macam Fienda MHI TV3? Cumanya Ija ni tembam sikit.


Bersanding di malam berinai. Memula berinai pastu disandingkan. Aye tak paham aturcara majlis depa ni sebab aye dulu tak sanding dan tak berinai sekali dengan pengantin lelaki.


Berarak di depan umah pengantin pompuan.



Just ignore pengantin yang tutup matatu, just look at the pelamin...very nice..sweet je.


Geram tengokkkkkkkkkkkk cupcake tu, soooooooooo cantik. Aye kan mmg gile kek.

Ha..itu je sepintas lalu cerita majlis kawin adik ipar aye. Alhamdulillah semuanya berjalan elok2 je. Mak ngan apak nampak tenang, jenuh dah kawinkan anak. Anak 9 le katakan. Tinggal 1 je masih solo. Aye, abang K.E, Wafa dan Wafi ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan bahagia dunia kahirat. Aminnnnnnnnn.

Tuesday, March 24, 2009

Cerita Walimatul urus dan kebun serai

Balik BG lagi....


My sweethearts..ayah dan Wafa kekenyangan..wafi kepanasan dan kemonyokkannya terserlah.





Kalau 2 minggu lepas balik BG sebab family meeting bincang pasal walimatul urus adik ipar, kali ni pulak kami sekeluarga balik BG sebab x-baby sitter, Kak Biah kahwinkan anak perempuan sulungnya, Along. Majlis berlangsung kat Taman Maju, Seri ISkandar. Mummy Om (mak) dan Mummy Som (mak mentua) pun dibawak sekali. Apak tak larat so dia dok umah je. Along dapat suami orang N9. Kalau diperatikan muka depa ni baby face je...padahal dah 27tahun. Kepada kedua mempelai, Hariza dan Yus, kami sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia dunia akhirat....amin.

Cerita sikit pasal keluarga babysitter aku ni...Kak Biah (a.k.a mak) dan Abg Khalid (a.k.a Ayah K) bela Wafa masa aku keja TNB dolu2, sejak Wafa umur 2 bulan. Depa ni dok kat kuarters TNB Bangsar. Jenis manusia tak berkira...tak terkira jasa depa ni, bela wafa cam anak sendiri. Kat umah depalah tiap2 tahun Wafa sambut birthday, without fail..tak pernah miss. Baju raya tiap2 tahun dapat...terbaru baju upin ipin 3 pasang. Payah nak cari orang bela anak kita cam tu..tuhan je yang dapat balas. Nak jadi rezeki lepas Ayah K pencen, depa suami isteri balik menetap kat umah sendiri kat Taman Maju, Seri Iskandar. InsyaAllah tak terputus silaturrahim ni..

Ni pulak crita dari kebun Kg. Air Itam Labu. Yang kelihatan di gambar ialah adik ipar aku, si Pian. Setakat ni kebun tu ada ditanam serai ngan betik je. Coming soon cadangnya nak tanam pokok pelam mangga...Tapikan cam seksi je buah betik tu pakai baju. Alahai...Setakat ni betik ni buat makan sendiri je, buat masak air, yang muda buat cicah, bunga buat kerabu...mmm best! Memang lawassssssssss.

Ha...ni la serainya. Biasanya lepas dibersihkan serai2 ni dijual kat pasar borong. Masyuk la sikit. Setakat buat tom yam ke, rendang ke dah tak beli dah.

Daa...

Wednesday, March 11, 2009

cerita ceriti balik kampung


Abang tengah bako ikan talapia...

Hai...Dah selamat menyambut maulidur rasul? Wafa akan berarak sempena maulidur rasul peringkat tadika kemas pada 28 Mac ni. Dia tengah practice nyanyi hari2. Si wafi jadi penontonnya. Hari2 kena paksa dengar lagu selawat. Bagus jugak biar telinga dia dari kecik dah biasa dengan alunan selawat. Besar sok tau sayang nabi, ikut sunnah nabi. Cikgu Ros pun dah kasi kain ela 2meter nak buat baju kurung. Bunga ungu latar putih. Bleh la pakai masa kawin Pak cik Talib nanti.
Cuti Maulidur rasul lepas kami sekeluarga balik kampung. Meeting keluarga pasal kenduri kawin adik iparku - Talib. Paling best makan tengah hari ramai2, gotong royong siapkan menu...sambal udang, gulai tocu, betik masak air, ikan talapia bakar...emmm apa lagi ye...

InsyaAllah, majlis kawin talib akan diadakan pada 7/6/2009. Aku tabik pada keluarga mentuaku ni. Manakan tidak, semua adik beradik pakat keluar duit sponsor. Tula kata orang benda baik (umpamanya mendirikan masjid) dipermudahkan Allah. Aku doakan semoga majlis walimatul urus kedua2 pihak berjalan lancar.

Seperti biasa hajat di hati nak 'taja' kek pengantin homemade tapi tak berani nak janji. Kalau ada kelapangan dan keadaan mengizinkan, insyaAllah. Lagipun selang 3 hari lepas tu besday aku pulak. Sekurang-kurangnya ada jugak buah tangan dari aku untuk pengantin.

Hati aku sikit ada sayu melihatkan apak makin uzur. Orang dok sibuk meeting, dia terbaring je. Masih aku ingat di hari kawin ku 7 tahun dulu, apak masih gagah, masih berisi, masih boleh berdiri dengan 2 kaki yang masih tegap dan kuat. Namun hari ini apak dah bertongkat, badan makin susut, asyik sengal2 dek kerana selalu terketar2 (parkinson). Mak lah orang yang paling setia. Kekadang apak kejut mak pukul 3 pagi minta diurut. Maklah yang setia di sisi. Sejahteralah keduanya. Semoga kalian sentiasa rukun damai bahagia dunia akhirat.