Showing posts with label just my 2 cents / two bits. Show all posts
Showing posts with label just my 2 cents / two bits. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

pilih yang mana?




Pilihanraya setiap hari? Pening kepala!

Hati aye bergetus...


Tapi ini bukan pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum negara tapi sedar tak bahawasanya kita dihadapkan dengan pilihanraya setiap hari. Setiap hari kita kena buat pilihanraya memilih banyak perkara........


Antara pahala atau dosa;

**

antara syurga atau neraka;

**

antara taat solat atau melalaikannya;

**

antara nak marah atau memaafkan;

**

antara nak bergaduh atau beralah sahaja;

**

antara nak tolong atau lantak ngko le;

antara itu dan ini....semuanya perlu kepada kita adakan pilihanraya kecil dalam diri tapi implikasinya cukup besar. Pilihan itu sama ada kita jadi semakin baik atau semakin jahil.

Kebetulan aye dengar pasal topik ni dari Dr. Muhaya di Ikim.fm. Biasanya aye dengar Sinar.fm...ilmu memana ada.

Monday, December 20, 2010

canggih vs ketagih





tak paham, tak paham...aye takkan paham sampai bebila. Hairan mungkin teknologi dah semakin canggih, dan yang penting murah...semua orang berlumba2 nak kejar tapi ada benda yang kita kena dahulukan...apa dia murid2, betoi...keselamatan.

Apa yang aye tak pahamnya. Sebenarnya tiap kali keluar drive kereta pasti akan terjumpa bebudak yang berjalan kaki nak tuju destinasi memasing. Part ni aye belom nak brapa heran (bebudak sekarang panjang langkah!)tapi tang hmpir 24jam dok hangguk2dengan earphone/headphone tersangkut kat telinga apahal. Nak kata alat bantuan pendengaran untuk org OKU pekak, tidak. Sah2 cukup sifat, elok je.

Aye ni kalau idak menyusahkan idup aye, aye idak nak bising sgt tapi selalu sgt bertembung dengan bebudak yang berjalan macam bontot dia besi sekejap ketengah kejap ketepi alih2 ketengah balik, mula2 di tepi alih2 sekonyong2nya melintas tanpa menoleh kiri kanan macam ayam, macam dalam dunia dia sorang je yang berjalan...yang sushnya driver macam aye yang kena xtra berhati2 bila bawak keta membontoti golongan ini. Nanti akan terkeluarlah ayat yang biasa Wafa dengar mamanya marah2 dlam kereta...."macam bontot dia besi", " macam jalan ni dia punya", "akai tada"...

Lagipun bukan ke bahaya bila asik layan lagu dengn earphone bila berjalan. Patutnya telinga tu digunakan sepenuhnya untuk elakkan macam2 benda buruk berlaku, bunyi motor peragut ke, kenderaan bunyikan hon ke, anjing nyalak pastu kejar ke, penjual aiskrim lalu tepi pastu terlepas peluang beli aiskrim semata2 kerana apa? kerana kita tak dengar! So adik2 yang guna jalan raya awam (diulangi jalan raya awam bukan makpak hangpa punya dan dalam kes ini aye maksudkan jalan ke stesen LRT Pndan Indah), tolong la guna jalan dengan berhemah dan gunakan telinga anda dengan sebaiknya. lagu tu layan je dalam LRT. MMg la dunia makin canggih tapi kita tak perlu ketagih pada benda2 yg bagi mudarat pada diri sendiri. Kembali pada basic! Sederhana dalam smua hal. InsyaAllah segalanya baik. (Ish, macam ustazah)


Kalau ada masa, baca artikel ni. Pasal earphone boleh jadikan telinga pekak.

Earphone bikin tuli
Berdasarkan sebuah penelitian baru-baru ini, di Amerika Serikat, 5,2 juta anak berusia 6-19 tahun terganggu pendengarannya gara-gara terlalu sering terpapar musik keras. Salah satu biang keladinya adalah pemakaian earphone selama berjam-jam dengan volume keras.

Para ahli kesehatan di sana memperkirakan, anak-anak generasi 'iPod' ini bakal lebih awal mengalami presbiakusis, tuli karena usia lanjut, yakni pada usia 40-an tahun. Normalnya, kondisi ini baru muncul di usia 60-70 tahun.

Mengapa suara keras bisa merusak pendengaran? Suara yang masuk ke telinga diteruskan ke sel-sel rambut yang terletak pada koklea (rumah siput). Sel-sel rambut ini berfungsi menangkap frekuensi suara dan meneruskannya ke pusat persepsi pendengaran di otak.

Nah, suara berfrekuensi lebih dari 80 desibel (frekuensi suara dari earphone mencapai 95 desibel) dapat membuat sel-sel rambut kelelahan. Sel-sel rambut yang terlalu lelah ini lama-kelamaan bisa rusak dan menurunkan fungsi pendengaran. Awalnya hanya sementara. Tapi, bila kebisingannya terus berlangsung, kerusakannya bisa permanen.


Sekian.

Friday, December 17, 2010

tak de keje lain....naik, naik dan naik lagi.





Apa yang aye bisingkan ni...pengalaman terbaru beli gula dan telur. 2 barang ni ketandusan di rumah so...sementara blom nak ke tesco ni aye beli belah kat pasar pagi kat umah je. Gula RM2.10 dan telur 3 biji RM1.20 (@40sen/butir). What! buat2 terperanjat la pulak, padahal dah tau cumanya nak gak buat2 terkejut dgn kenaikan harga barang kat m'sia ni. dah hukum ekonominya gitu dik non oii, minyak naik mesti harga barang naik. Nak aye nyayikan lagu bangau oh bangau tu....nyanyi sama2.

Teringat satu kisah benar di sebuah majlis di institusi pengajian...pantun ni dilontarkan

siakap senohong gelama ikan duri,
cakap bohong lama2 jadi menteri.

ada betoi gak sebab dulu menteri kata harga petrol RON95 tak naik alih2 sekonyong2nya naik gak 2,3 hari lepas tu.........mmm alahai. Bertuah punya menteri.

Wednesday, October 13, 2010

just my two cents (sekadar dua sen aye?)........



Lirik
berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan
kita menjadi sahabat untuk selamanya

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

Upin dan Ipin dan anakanda aye si wafi tu macam takleh pisah. Hari2 dok pasang cd ulang tengok pagi petang. Pandai pulak dia sebut 'ma....pin' sambil tangan dok try nak bukak drawer tempat simpan cd tu. (maknanya dah smpai masa tengok upin&ipin). mmg sengaja simpan laci atas biar dia tak dpt amik. setia btul si wafi dgn upin&ipin. besday keknya pun aye boh gambar upin&ipin.


Tapi aye terpanggil utk komen sikit kat sini pasal glamernya upin&ipin di Indon sampai lagu soundtrack dirakam oleh kumpulan padi dari indon. Masa aye ngaji kat indon mmg kumpulan padi ni antara yg 'keren banget' @ ngetop kat indon sampai sekrang band ni mmg best. Sekalipun org kuat Les' Copaque kata peminat Indon lebih 'menghargai' (taktau la brapa depa letak harga tapi depa pun byk lanun cetak rompak) karya Upin&Ipin tapi kan lebih elok dan afdal biar org m'sia yg buat lagunya.


Alasan nak baiki hubungan m'sia-indon, soalnya berbaloi ke buat baik pada mereka kat seberang tu. memula aye tak amik port sgt pasal depa nak bakar bendera kita, lempar taik, tapi bila mak aye bgtau yg sekolah pondoknya terpaksa amik bebudak kita yg lari balik dari pengajian mereka di indon akibat dihalau dan diganggu oleh org indonesia yg berniat jahat ni, hati aye jadi terbakar. Pondok mak -Al-baraqah atas dasar membantu telah bersetuju terima bebudak tu sambung pengajian kat pondok itu. kesian kan....itulah balasan buruk yg kita terima...menjernihkan konon mmg jernih, jernih sgt mcm lumpor adale. Bagi aye, lagu soundtrack tu elok bagi je bagi org kita buat- ada flop poppy, exist, zainal abidin....



Bukan apa aye takut pisang berbuah 2,3 kali. Takut satu hari nanti dia boleh kata upin&ipin tu mereka punya. Teringat balik kisah tahun 2000 pada hari2 terakhir aye di bumi indonesia raya itu selepas tamat mengaji kat sana. Sempat belek koran (paper) sana. Aye terbaca satu artikel yg mana ada mereka yg terperasan syok sendiri dok kata KLCC tu mereka punya dgn alasan 90%+ tukang bina (dr kacau simen, susun bata, pasang jamban...)KLCC tu rakyat indonesia. Very the........sayang aye tak bawak balik paper tu buat kenangan. Walaubagaimanapun aye masih rasional, tak semua org indonesia yg tak baik. Aye tak pernah lupa budi baik kawan2 sepengajian kat sana...hai uni med, nova, angia rani.....tapi mereka yg buat onar telah calarkan nama indonesia keseluruhannya. kerana taik cicak sebijik abis air satu baldi ibaratnya. Pendapat aye supaya Les'coupaqe tidak hanya mementingkan untung semata tapi pertahankanlah upin&ipin sbg produk m'sia dan MALAYSIA PUNYA dari segala segi! Just my dua kupang 5 duit(25sen)...