Friday, June 11, 2010

Cuti sakan tak ingat dunia

Salam semua. Selamat hari jumaat yg penuh berkat. Semalam aye selamat berulangtahun. Nothing much...pasal letih balik kampung tu masih tersisa. Letih yg penuh enjoy! Balik kampung kali ni agak lama memandangkan wafa cuti sekolah so ayahnya ambil peluang tambah cuti la.

Aktiviti kali ni antaranya ke 2 kenduri kawin (anak Pakcik Azmi Gunting n adik pompuan haina), ke kebun, ke pondok mak kat manjoi sana (sorry ya nor tak dapat singgah umah lahat...may b nx time ye sis), shopping baju sekolah wafa (baru 1/2 tahun baju putih anak daraku ni dah kelabu asap, so tambah lagi 2 pasang baju dan 2 tudung putih), bukak akaun aye, wafa n wafi kat bank rakyat, makan chicken chop kat gerai berhampiran market BG (thanks to adik sbb belanja kami 1 family...org melayu punya kedai..not bad, sedap), jenjalan ke umah x-babysitter wafa, umah nyah, umah yang....bunyi macam sibuk kan. Wafa pulak belajar bawak basikal. Tak sia2 lebam sana sini sbb dia dah pandai tunggang. Bravooo! Wafi pulak seronok main2 kat halaman umah atuk yg luas, macam tak cukup tanah berlari sana sini. Budak Ben 10 la katakan.



2W dgn sepupu2nya.




2 Ben 10 bergaya - Wafi dgn Alif (anak nyah)




Sepetang di pondok mak.




Wafi dgn basikal tuanya




Apak santai - Kalau takde aral melintang,insyaAllah bakal haji tahun ni.

Thursday, June 10, 2010

Happy Birthday, J'tonz!

alhamdulillah, 10 jun datang lagi...ulangtahun aye ke 33 tahun. Rasa cammmmm...33 la takkan rasa cam 100 tahun pulak. Syukur aye atas kesempatan bernafas lagi, melihat anak2 membesar utk sehari lagi, peluang mencurah kasih sayang dan khidmat bakti seikhlas hati kpd kluarga, 1 hari lagi diberi masa utk sujud kpd yg Maha Kuasa atas empunya diri ini. Bos Besar yang 1. Smoga tahun ke 33 ni Allah limpahkan kesejahteraan buat aye dan smoga aye diberi kekuatan utk menempuh tahun ke 33 ni dgn tabah. Selamat Hari Jadi Jamiatul Salamah Binti Abd. Rahim.





Terima kasih buat kawan2 (mas, lan, zulita, ida, nor...sekadar menyebut bbrp nama)yg masih memangkah 10jun di kalendar anda, yg masih sudi setkan 'alarm' utk kasi alert ini tarikh di hp anda, tima kasih bebanyak atas ingatan.... So...teruskan ingat tarikh 10jun ni sbb yg istimewanya bukan tarikh besday aye tu tapi ingatan korang pada aye, itu yg lebih sweet. Highly appreciated gitu! Tima kasih lagi sekali. Tak mintak hadiah pun tapi alangkah bestnya kalau aye dapat doa khas untuk aye malam ni dari korang2 kt luar sana. Sayang korang.





Nak kek...sila jamu mata di bawah ni.

Monday, May 24, 2010

ribut@batu gajah - cerita basi april




ini pulak cerita basi tahap radio aktif dah ni. apa2 pun aye kongsikan untuk anak2 Batu Gajah di perantauan. Kejadian ribut ni berlaku april lepas tapi tak sempat aye nak update di blog aye. Terasa rugi pulak kalau tak cerita sbb boleh dianggap terburuk dlm sejarah. dh 20 tahun lebih aye dok kat sana blom pernah merasa ribut cenggitu. Dlm gambar tu boleh nampak kedai runcit sebelah umh yg rosak teruk kena pukul dek ribut. Laman umah mak pulak habis pokok2 renik dan pasu2 tunggang langgang. Ada bbrapa atap tercabut dan terbang ikut ribut. Masa tu adik aye kat opis dia lagi. Apa2pun musibah yg datang adalah peringatan Allah. Innalillahi wainnailaihirojiun...