Thursday, June 25, 2009

Happy 6th Birthday, my darling princess Wafa.

As-salam, entry kali ini khas bersempena birthday ke6 tahun anak aye Nurul Wafa. Segalanya tentang dia, my darling princess. Dalam kalut sempat juga aye siapkan majlis ulangtahun Wafa di tadika. Sebuah majlis yang simple je tapi bagi Wafa sangat grand gitu! Aye berjaya siapkan dua kek untuk santapan wafa and the gang. Sangat puas bila dapat jamu anak2 kecil ni makan hasil air tangan sendiri. Kek amatur tapi sentuhan peribadi bak kata orang 'penuh kasih sayang'. Apapun mjalis berlangsung sangat meriah. Terima kasih untuk Cikgu Ros dan Kak Nor yang menjayakan majlis. Kepada anak2 Tabika Kemas Pangsapuri Inai, terima kasih kerana cakap 'kek untie sodap...tahun depan kasi kitaorang makan lagi hek' dan thanks for all the b'day gifts. Kalau korang takde mmg tak meriah.



SMILEEEEEEEEE.........


SMILEEEEEEEEEE lagi......


Bila nak makan nih? Peratikan kawan wafa yang aye bulatkan tu. Anak tu namanya Raziq. Raziq baru kehilangan ayahnya pada 8 jun lepas akibat serangan jantung kali pertama. Arwah baru berumur 37 tahun, meninggalkan seorang isteri dan 3 anak. Raziq anak ke2. Arwah meninggal di rumah di depan Raziq. Raziq trauma dan lari dari rumah ketika ayahnya sedang nazak. Sesiapa yang bertanya pada Raziq, Raziq akan jawab dalam tangisan "ayah jatuh, Raziq tak tolong.." sangat ssedih. Alhamdulillah, sekarang semangatnya dah pulih. Semoga Raziq dan kelurga tabah hadapi ujian Allah ni. Kepada kengkawan semua, sama2lah kita jaga kesihatan. Semoga terhindar dari mudarat dan kesakitan yang tak mampu kita tanggung.


Acara potong kek.


Acara makan kek.


Wahai anakanda mama Nurul Wafa...selamat hari jadi ke6 tahun 22 Jun 2009. Mama doakan semoga Allah kurniakan umur yang panjang dengan kesihatan tubuh badan yang baik, murah rezeki yang halal, bijaksana, diberikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Mama mohon ke hadrat Allah supaya menjadikan anakanda seorang yang berilmu, beramal, beriman dan bertaqwa, anak yang solehah dan manusia yang berguna di atas muka bumi tuhan. Mama sayang Wafa dan semoga Wafa terus membesar bagai johan di depan mata ayah dan mama. Tiada lain yang mama harapkan melainkan segala yang terbaik buat Wafa, my darling princess. Love you with all my heart and soul. HAPPY 6TH BIRTHDAY, SAYANG!

Selamat Hari Bapa

Assalamua'laikum....apakata kita tengok gambor dulu ye..




Sempena Hari Bapa, aye buatkan kek pisang yang sememangnya hubby punya all-time-favourite.


Apa lagi...mari makan everybody!

Selamat Hari Bapa khas buat suami tercinta, bapa kepada anak2 aye, juga kepada semua bapa di seluruh dunia. Terima kasih atas segala bakti, budi, kasih sayang dan pengorbanan dalam membina keluarga bahagia.

Monday, June 15, 2009

Tengok je la.....

As-salam.......hai semua. 1st of all, aye nak ucapkan terimakasih atas ingatan dan ucapan Yeppi Besday untuk aye. To my darling husband, my dearest doter - wafa, my beloved friends, terima kasih berkoyan2 ye sebab selalu ingtkan aye yang aye ni dah tuo. Terima kasih untuk hadiah dan e-card anda. Love u all. Kepada mereka yang tertanya2 brapa umur aye...pada 10 jun 77 aye dilahirkan...pada 10 jun 2009 aye genap 32. Nor ngan aye dah 32, next......ida, yanti n zulita. Yang penting hati mau muda ye...biar yang patut2 aje le. Ok scroll down untuk gambo dan cerita pendek2. Silakan...


Inilah buah tangan untuk diri sendiri...kek limau purut. 1st attemp but menjadik cuma maniss sangat. Lain kali kena cut down the sugar lah. Aising just guna putih telur ngan air gula panas2-pukul kasik kembang. Also too sweet tp kalau kurang manis mmg resepi sihat. Kek ni kalau kurang manis mmg sedap sebab bila makan dan sendawa...wahhhh harum bau limau purut. Sendawa tu pandang2 la kiri kanan kut iye pun.
Ni saja nak kasi korang jeles je....jemput2, sila2.


Gambar ni masa majlis kawin talib belah pompuan. Actually nak tunjuk hadiah besday yang hubby bagi....tuuuuuuu tudung baru. I like it. Tudung paling mahal dalam koleksi aye. tHANKS KEKANDA. Ada berlian lagi..lip lap gitu. Jenuh gak belajo cara memakainya. Jenuh si tukang jual tudung tu buat demo utk aye. Lilit..lilit dah jadik. Lagi satu gift dari Cik abang kita ialah hp motorola 2nd hand. Hp nokia aye dah rosak (tepat pada masanya..heh3x). Terima kasih daun keladi, tahun depan......(sambung sendiri).

Ini keluarga angkat Wafa. x-babysitter. Dari kiri: Abang Amir, Ayah K, Wafa dan Mak Biah. Terima kasih sudi datang majlis Talib.

Ok, stop kat sini dulu. Esok, lusa kita cerita lagi. Daa..........