Wednesday, April 1, 2009

Betoahnya dieeeeee........

Moshi, moshi...Oshin di sini.............Entry kali ni tak plan pun nak tulis tapi jeles punya pasal nak jugak masukkan dalam cerita blog aku ni...alkisah dapat perkhabaran dari sahabat baik yang la ni dok ada kat Jepun. Baru2 ni dia sekeluarga berpeluang ke Tokyo Disneyland. Tumpang seronok dan tumpang excited tengok gambar2 cantik mereka dan keluarga mereka sedang enjoy kat sana. Sambil2 tu tak salah dan tak kena bayo pun kalau kita2 kat sini nak berangan pegi sana. Berangan kan ke free. Jom tengok pix.




(sorry, gambar ni mmg tahap tu je besonya...tak pandai makcik nak besokan. Tak nampak leh pakai kanta ka, apa ka...)


Bestnye. Takpe2, sapa2 yang teringin pegi Disneyland boleh start kumpul duit. Semoga impian jadi kenyataan.









Monday, March 30, 2009

Maulidur Rasul...good bye gigi

Hai sume...jemput baca. Entry kali ni sumenya pasal aktiviti Wafa. Ahad lepas tadika Wafa anjurkan sambutan Maulidur Rasul. Terkenang masa bebudak dulu, aku aktif gak masuk nasyid utk sambut besday nabi ni. Nostalgia sekejap. Kain Baju kurung dan tudung sekolah sponser. Aku hantar tukang jahit, upah utk baju kurung budak sekarang RM20. Mahal gak kan. Apakan daya aku tak tamat ngaji bab jahit menjahit ni. Tu la degil, mak suruh belajo jahit, sok2 senang tak yah hantar tailor baju sendiri ngan anak2. Kan boleh berjimat.
Cam biasa ada perarakan, marhaban, nasyid, ceramah + kempen politik (besalah nama lagi tabika KEMAS), makan2...etc. Kita tengok gambo jelah...baby tak tido lagi so takleh bebel pepanjang...



Wafa kat front row pegang sepanduk...dapat NO.1, juara perbarisan! Bravo anak mama! Tahniah anak2 Tabika Kemas Pangsapuri Inai.


Nyayian selawat





Johan Perbarisan Maulidur Rasul...dgn sekalian ibu bapa dan guru2.



Gini ceritanya. Gigi depannya dah goyang tapi tak sangka pulak gigi barunya dah tak sabo2 nak keluar. Aku notice masa kat majlis maulid tadi...so panic semacam takut gigi Wafa tumbuh tak cantik aku pun bawak gi klinik hari tu gak....bukan 1 tapi 2 yang kena cabut. Nasib baik wafa ni jenis ada bran (ada berani) so berbekalkan nangis2 manja dek kerana terkejut (bukan takut kata wafa) 2 batang gigi depan bawah nya selamat dicabut. Aku yang kecut lebih...Wafa siap ingatkan doc gigi tu yang dia nak bawak balik gigi dia...buat kenangan kot dan percayalah dia akan bawak sekolah tunjuk kat member2 dia...


Ok, chiow dulu...Daaa..........

Tuesday, March 24, 2009

Cerita Walimatul urus dan kebun serai

Balik BG lagi....


My sweethearts..ayah dan Wafa kekenyangan..wafi kepanasan dan kemonyokkannya terserlah.





Kalau 2 minggu lepas balik BG sebab family meeting bincang pasal walimatul urus adik ipar, kali ni pulak kami sekeluarga balik BG sebab x-baby sitter, Kak Biah kahwinkan anak perempuan sulungnya, Along. Majlis berlangsung kat Taman Maju, Seri ISkandar. Mummy Om (mak) dan Mummy Som (mak mentua) pun dibawak sekali. Apak tak larat so dia dok umah je. Along dapat suami orang N9. Kalau diperatikan muka depa ni baby face je...padahal dah 27tahun. Kepada kedua mempelai, Hariza dan Yus, kami sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia dunia akhirat....amin.

Cerita sikit pasal keluarga babysitter aku ni...Kak Biah (a.k.a mak) dan Abg Khalid (a.k.a Ayah K) bela Wafa masa aku keja TNB dolu2, sejak Wafa umur 2 bulan. Depa ni dok kat kuarters TNB Bangsar. Jenis manusia tak berkira...tak terkira jasa depa ni, bela wafa cam anak sendiri. Kat umah depalah tiap2 tahun Wafa sambut birthday, without fail..tak pernah miss. Baju raya tiap2 tahun dapat...terbaru baju upin ipin 3 pasang. Payah nak cari orang bela anak kita cam tu..tuhan je yang dapat balas. Nak jadi rezeki lepas Ayah K pencen, depa suami isteri balik menetap kat umah sendiri kat Taman Maju, Seri Iskandar. InsyaAllah tak terputus silaturrahim ni..

Ni pulak crita dari kebun Kg. Air Itam Labu. Yang kelihatan di gambar ialah adik ipar aku, si Pian. Setakat ni kebun tu ada ditanam serai ngan betik je. Coming soon cadangnya nak tanam pokok pelam mangga...Tapikan cam seksi je buah betik tu pakai baju. Alahai...Setakat ni betik ni buat makan sendiri je, buat masak air, yang muda buat cicah, bunga buat kerabu...mmm best! Memang lawassssssssss.

Ha...ni la serainya. Biasanya lepas dibersihkan serai2 ni dijual kat pasar borong. Masyuk la sikit. Setakat buat tom yam ke, rendang ke dah tak beli dah.

Daa...