Friday, December 17, 2010

tak de keje lain....naik, naik dan naik lagi.





Apa yang aye bisingkan ni...pengalaman terbaru beli gula dan telur. 2 barang ni ketandusan di rumah so...sementara blom nak ke tesco ni aye beli belah kat pasar pagi kat umah je. Gula RM2.10 dan telur 3 biji RM1.20 (@40sen/butir). What! buat2 terperanjat la pulak, padahal dah tau cumanya nak gak buat2 terkejut dgn kenaikan harga barang kat m'sia ni. dah hukum ekonominya gitu dik non oii, minyak naik mesti harga barang naik. Nak aye nyayikan lagu bangau oh bangau tu....nyanyi sama2.

Teringat satu kisah benar di sebuah majlis di institusi pengajian...pantun ni dilontarkan

siakap senohong gelama ikan duri,
cakap bohong lama2 jadi menteri.

ada betoi gak sebab dulu menteri kata harga petrol RON95 tak naik alih2 sekonyong2nya naik gak 2,3 hari lepas tu.........mmm alahai. Bertuah punya menteri.

Wednesday, December 1, 2010

kisah haji dan kek

Assalamualaikum...selamat singgah. Timakasih la coz sudi jengah dan jengah lagi. Takde apa yg extra best untuk n3 kali ni cuma bila wafi lelap itulah saat yang mana aye buleh bertenet dgn aman damai tanpa perlu pegang rotan. (terpaksa guna kekdah ni sbb selalu wafi ni akan guna apa cara sekali pun hatta merangkak bawah krusi tanpa aye sedar untuk menjayakan misi dia meng'shut down'kan komputer sekonyong-konyongnya!...pastu aye pulak terpinga2 terkesima dan tergezut sambil tahan marah....aisey man budak botuah wafi....abis jahanam komputer aku!)

Kali ni n3 cacamarba. Kombinasi cerita lama dan paling baru. Layan je lah.



Gambar ni bertarikh 17 oktober lepas....mak dan apak mertua aye di kelana jaya nak berangkat kerjakan haji. dan esok 3 disember mereka akan samai KLIA. Rindu wooo...especially kat apak. Syukur di usia 79 tahun, hajat pak nak buat haji tertunai sudah. Sekalipun rezeki sampai lambat tapi Allah tetap panggil apak jadi tetamuNya....alhamdulillah. Esok aye sekeluarga nak ke KLIA menjemput mak n apak. Nyelam minum air bak kata orang...si wafa n wafi boleh la tengok kapal terbang...aye dpt bayangkan keterujaan si wafi dpt tengok kapal terbang live depan mata. terngiang2 jeritan nyaring si wafi berkumandang di segenap pelusuk KLIA tu. Bingit! Jakun lebih si wafi ni. Usahkan kapal terbang, tengok skuter pun bagai nak gila menjerit. Tak sabar nak balik kampung lagi. Cuti lagi sampai maal hijrah.



Ni la kek tunang yang diorder oleh jiran aye - kak nah untuk anak bujangnya Saiful Ahmad. Tumpang sedih dan simpati kerana di saat jari tunangnya- Oni disarungkan cincin pertunangan, Ahmad terlantar di Hospital akibat accident. Kaki patah. Operate masukkan besi, kena fisio pastu ada tulang patah lagi, operate keluarkan besi dan masuk besi baru. Kita yg dengar pun rasa ngeri semacam. Apapun semoga cepat sembuh ye Mat. Order kek kawin pulak...hehehe.

Ok wafi dah mintak susu. Daaa............

Monday, November 22, 2010

Cerita cuti raya haji - selamat hari raya haji to all.

salam, salam dan salam lagi skali. Bukan apa, lama tak jengah blog aye ni. Sungguh rindu! Apapun memandangkan kamera canon aye tengah sakit takleh rakam foto, aye jadi malas nak cerita. Kalau ada foto tu bersemangat lebeh. Tapi bila pikir balik, mana boleh camtu. Apapun cerita kita asalkan ianya 'cerita kita' bukan cerita orang lain, then, tulislah. kalaupun takde orang nak baca pun anggap je kita tulis diari.

Ok la, sekalipun tanpa gambar, aye nak cerita pasal balik kampung cuti raya haji lepas. Sehari sebelum Raya Haji aye dah balik. Wafa pun dah terima buku kerja, buku teks, so we wait no more.......off we go balik kampung pagi selasa tu. Tak jam, jalan clear sunsilk gitu. Sampai BG, keluarga yop dah kasi meriah itu rumah. Tapikan tetAp ada yang sangat kurang.......huwaaaaaaa, sedih ngenangkan mak ngan apak jauh kat mekah. Khabarnya apak tengah sakit bengkak kaki, mak pulak sakan batuk. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan haji mak ngan apak, sihat hendaknya mereka dan kurniakanlah haji yng mabrur. Amin.

Memandangkan first lady umah kampung ni di mekah buat haji, juadah raya haji dimasak kak mah (yop's wife). Raya haji special - rendang ayam, lontong, nasi impit, kuah kacang sempoi. Tima kasih kak mah. Aye? Jadi tukang makan dan tukang perati je. Daripada kak mah aye belajar resepi kuah kacang yg sempoi sbb apa sempoi sbb kacang yg digunakan hanya perlu digoreng dgn sikit minyak dan diblender dgn kulit sekali. Biasa aye kena buang kulit, tampi, tiup dan tampi lagi sampai kacang 'bogel'. Kulit kacang tu tak menjejaskan rasa kuah kacang tu pun, dan kak mah kata kuah kacang tu jadi lebih tahan dan tak senang basi. Mmg petua dan resipi yg best. Bahan2 lain pun simple je, bawang besar (banyak lagi sedap), cabai kering, serai...tu je the main ingredients selain kacang tanah.

Selama 6 hari kat kampung, selain kat umah apak, aye ke pondok mak. Mak tak brapa sihat, Asyik demam malam2. Ada asma sikit tapi dah mula guna ubat sedut tu. Aye ada cadangkan mak pegi spa buat sauna. Lain kali je kata mak. Tunggu bila dia balik BG. Bukan apa risau bila tinggalkan mak dlm keadaan kurang sihat. Aye dah la jauh. Doa smoga mak dalm perlindungan Allah selalu.

Aye jugak sempat singgah umah haina. Sesiapa yang belum tau, haina baru je kematian mak seminggu sebelum raya haji akibat sakit barah payudara. Masa aye sampai haina dgn all her siblings tengah gotong royong siapkan rumah untuk kerja kawin adik pompuan haina, si Ema. Kata siti (yg sempat hadir sblm mak haina dikebumikan- gila brani member aye ni, drive dgn 2 anak dari penang ke BG, nak jumpa haina. susah nak jumpa member yg cenggni), si Ema paling sedih sbb mak abah tak sempat tengok dia kawin Januari 2011. Harap sabar ye Ema. Al Fatihah untuk arwah mak Haina.

So as i said earlier, no picture in my story, jgn boring ye. Bila kamera dah sihat aye letak gambar byk2. For now, just fokus dgn bacaan je ye. Tima kasih sbb membaca. Jumpa lagi. Daa.........