Wednesday, October 13, 2010

just my two cents (sekadar dua sen aye?)........



Lirik
berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan
kita menjadi sahabat untuk selamanya

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

Upin dan Ipin dan anakanda aye si wafi tu macam takleh pisah. Hari2 dok pasang cd ulang tengok pagi petang. Pandai pulak dia sebut 'ma....pin' sambil tangan dok try nak bukak drawer tempat simpan cd tu. (maknanya dah smpai masa tengok upin&ipin). mmg sengaja simpan laci atas biar dia tak dpt amik. setia btul si wafi dgn upin&ipin. besday keknya pun aye boh gambar upin&ipin.


Tapi aye terpanggil utk komen sikit kat sini pasal glamernya upin&ipin di Indon sampai lagu soundtrack dirakam oleh kumpulan padi dari indon. Masa aye ngaji kat indon mmg kumpulan padi ni antara yg 'keren banget' @ ngetop kat indon sampai sekrang band ni mmg best. Sekalipun org kuat Les' Copaque kata peminat Indon lebih 'menghargai' (taktau la brapa depa letak harga tapi depa pun byk lanun cetak rompak) karya Upin&Ipin tapi kan lebih elok dan afdal biar org m'sia yg buat lagunya.


Alasan nak baiki hubungan m'sia-indon, soalnya berbaloi ke buat baik pada mereka kat seberang tu. memula aye tak amik port sgt pasal depa nak bakar bendera kita, lempar taik, tapi bila mak aye bgtau yg sekolah pondoknya terpaksa amik bebudak kita yg lari balik dari pengajian mereka di indon akibat dihalau dan diganggu oleh org indonesia yg berniat jahat ni, hati aye jadi terbakar. Pondok mak -Al-baraqah atas dasar membantu telah bersetuju terima bebudak tu sambung pengajian kat pondok itu. kesian kan....itulah balasan buruk yg kita terima...menjernihkan konon mmg jernih, jernih sgt mcm lumpor adale. Bagi aye, lagu soundtrack tu elok bagi je bagi org kita buat- ada flop poppy, exist, zainal abidin....



Bukan apa aye takut pisang berbuah 2,3 kali. Takut satu hari nanti dia boleh kata upin&ipin tu mereka punya. Teringat balik kisah tahun 2000 pada hari2 terakhir aye di bumi indonesia raya itu selepas tamat mengaji kat sana. Sempat belek koran (paper) sana. Aye terbaca satu artikel yg mana ada mereka yg terperasan syok sendiri dok kata KLCC tu mereka punya dgn alasan 90%+ tukang bina (dr kacau simen, susun bata, pasang jamban...)KLCC tu rakyat indonesia. Very the........sayang aye tak bawak balik paper tu buat kenangan. Walaubagaimanapun aye masih rasional, tak semua org indonesia yg tak baik. Aye tak pernah lupa budi baik kawan2 sepengajian kat sana...hai uni med, nova, angia rani.....tapi mereka yg buat onar telah calarkan nama indonesia keseluruhannya. kerana taik cicak sebijik abis air satu baldi ibaratnya. Pendapat aye supaya Les'coupaqe tidak hanya mementingkan untung semata tapi pertahankanlah upin&ipin sbg produk m'sia dan MALAYSIA PUNYA dari segala segi! Just my dua kupang 5 duit(25sen)...

Thursday, October 7, 2010

Mati idea


Salam seantero dunia, di mana saja anda berada. Lama sungguh aye cuti dari berblog. Bermula dari bulan pose membawak ke bulan raya.......sampai syawal nak tutup tirai, tapi idea seakan2 mati. Byk sebab sebenarnya tapi pendek cerita hati tak senang, blog meragam, fb sangkut (sori ye kalau ada yg perasan mesej anda takde respon, pasal sangkut la), raya ada duka ada ceria, masalah rumah tak siap2..etc (macm la masalah kita yg paling beso dlm dunia, sedo diri ada manusia yg punya masalah lagi beso dari aye, nak makan takde makanan, nak berteduh idak berumah, kayo tapi takde anak, banyak duit tapi terlantar kat spital guna life support...isk3x byk2 bersyukur la ton oii......)apapun bersyukur kita masih bernapas.

Ntah kenapa rasa raya kali ini ada sikit kureng je. Aye tak ghairah nak sms ucap selamat, namun aye selalu ingat kawan2 semua. Malam raya aye doakan semua yg tersayang. Lebih baik dari tak ingat langsung. Gambar raya dgn baju raya pun tak teringat nak snap, gambar keluarga kami ber4, suami isteri dan 2W langsung takde. Apakah? Nampak sgt semangat raya tu tahap buku lali je. Apapun aye tetap bersyukur dapat beraya dengan mak, mentua dan sedara mara walaupun keriangan aye ada sikit terganggu. Moga aidil fitri tahun depan lebih baik.

Yg paling aye ingat, aye masak laksam, bbq di rumah apak, mini reunion kt umah zauwiah, beraya sambil ziarah mak haina sakit, besday wafi 3 syawal.......mmm itu antara yg best. Yg tak best simpan sendiri la.....

Wednesday, August 11, 2010

Astaghfirullahala'zim...tobat!

Lain kali aye mesti selidik dulu apa yg aye nak jadikan posting di blog aye supaya tak memesongkan sapa2. Naya je jadi blog ajaran sesat. Ini pengajaran supaya lebih hati2 dgn hadith palsu. Suka ati makpak dia nak karang hadith ye...biasa dia tu, pi ngaji betoi2. So jadi tanggungjawab aye nak kasi pembetulan. Harap korang baca dan betulkan balik pemahaman kita ok. Harap maaf atas kesilapan aye. Apapun niat aye baik nak bersihkan hati dan sucikan dosa sesama kita, takde niat nak pesongkan atau nak kasi sesat. Harap maklum ye.

Henti sebar hadith palsu Jibril tentang bermaafan di bulan Ramadhan

http://islamsolusi.blogspot.com/2009/08/henti-sebar-hadith-palsu-jibril-tentang.html

Henti sebar hadith palsu Jibril tentang bermaafan di bulan Ramadhan
Share
Wed at 12:48pm
Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah disebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi begini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****



RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka?ab Bin ?Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
?Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]



Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

=============
Keterangan dan pengajaran:

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup.

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!


Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no ? 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ?alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no ? 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ?anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...

p/s: artikel disalin tampal dari tulisan masri yang dikongsinya di facebook

Sekali lagi aye mohon maaf atas posting ini. Selamat berbuka puasa.