Monday, August 9, 2010

Dah ready nak puasa? Dah bereskan 3 perkara ini?



Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Ha...amacam bros n sis semua, dah settle semua 3 perkara nun di atas sana? Belum? sempat lagi nak call makpak, mentua, nak sms kawan2, sepupu, kerabat bagai, sempat lagi. Pada hubby paling penting tu...sesia pose kita weh kalau belum beres 3 perkara tu. Jgn berlengah..buat jgn tak buat.

Terima kasih kepada member lama aye kat tnb dulu, Rabeah sbb send email peringatan ni. Dan aye panjangkan kpd kalian semua smoga sama2 mendapat manafaat.

Di kesempatan ini juga aye dan keluarga dgn rasa rendah hati memohon maaf atas segala salah dan silap, sengaja maupun tidak, dosa lama maupun yg terkini lagi mutakhir, salah mulut takpun silap kakitangan, keluar dr mulut maupun tersirat dalam hati, pendek kata segala yang ter...merujuk kepada semua perbuatan tanpa sengaja......mohon dan harap sangat dapat dimaafkan dengan ikhlas. Tak lupa juga mana2 yg termakan dan terminum harap dihalalkan. Semoga kita semua sempurna amalan di ramadan kali ini serta mendapat rahmat dan redha Allah jua. Amin.

Selamat berpuasa.

Tuesday, July 27, 2010

aktiviti kemas umah, me'laksam' dan me'muffin'.

Salam 1 Malaysia! Geli eh....assalamua'laikum everybody. Aye masuk umah nak nyapu sikit, ngemas mana patut, asik masuk umah tapi idak uddate pun. Takde apa yg menarik, kalau ada pun malas la pulak. Sejak dah masuk rejab, syaaban dan menghitung hari masuk ramadan, kami sekeluarga bila time ujung minggu je ngemas umah. Bila kemas ni barulah nampak mak ai banyak betul sampah yang dok bertapa dalam umah ni. Bukan apa banyak benda dah tak guna pun aye simpan...sentimental value la, nak recycle la, nak bagi orang la...tapi at the end dok berabuk kat situ.

Memandangkan kata pemaju umah aye yang tak berapa guna tu, asik nipu je kojenya tu, talam bermuka2, janji manis2 kelatnya, bengong dan kecik2 idak nak kiok tu...(maap la sebut pasal umah mesti emosi, jiwa kacau dan dalam hati takde taman...taman dah kena langgar dengan garuda umpamanya)...umah aye ujung tahun 2010 ni bleh la duduk. Harap2 cakap dia boleh pakai...kalau takleh pakai aye buang dalam jamban je...biar IWK sedut cakap2 kosong dia...sungguh busuk serta najis berat hukum katanya dusta lagi penipu besar si TALAM itu. Sila jangan beli Rumah cap TALAM ye, belilah umah cap dulang ke, cap ayam sekalipun asalkan dah siap barulah korang pilih dan beli. Harap dengor la cakap orang ni yang dah merasa penangan umah yang sakit. 2003-2010 tak ke dh 7 tahun dok dlm status pembinaan ngalahkan buat tembok beso china dah ha, apa aje koje kementerian dgn khir toyo+l masa perintah s'gor dulu ntah le..............opsss nyimpang kejap al maklum angin PRU13 tetiba mai. Kemas umah ni pun lepas dapat kabo gembira dari pemaju pasal umah boleh serh kunci sept ni, tu yg semangat ngemas tu alih2 terlebih rajin la pulak. Kemas sikit2 bio idak penat. Harap2 jadik kan, yg pasti raya ni tetap di pandan indah lagi.

Apapun hasil penyelongkaran, banyak jugak barang2 yg kena buang. Mainan lama wafa, paper lama, botol. Ish banyak la. Cuma baju2 lama tu ada yang nak kasi anak sedara, sepupu, ada gak yg nak dibagi kat pusat recycle. Simpan pun buat apa...nyemak je. Baju kurung aye dari jaman sekolah pun ada dah bertahun tak pakai, selesa pakai seluar bila dengan anak kecik, senang bergerak dan buat aksi2 merbahaya bebila diperlukan. Iyala si wafi ni kekadang ngejutje buat aksi lagak ngerinya, berlari la, langkah longkang la..mamanya pun apa lagi bersilat nyambut dia. Baju kurung aye tu semua dalam keadaan elok lagi, jahitannya bagus (tukang jahitnya nyonya jalan andak akhat batu gajah), kainnya pun bagus ada yg takyah gosok...tapi tu la sejak tak koje ni malas pakai, gi kenduri pun pakai baju raya tahun lepas2. Yg lain semua dalam beg beso. Semua kurung pesak tak lapuk ujan tak lekang panas kan kurung pesak ni...tapi coraknya mungkin tak selawo sekrg punya. Tengok la mana endingnya baju kurung tu. Hajat ati mmg nak sedekah je.

Ok mai la tengok apa yg aye masak.


Muffin comei utk mak dan kawan sepondok mak buat makan2 buka pose israk mikraj tu hari. Ada blueberry, choc chip n mixed fruits. Tak lupa terima kasih kpd ustazh Hafizah (guru kelas wafa di SRA) yg order muffin 30pcs. Tima kasih daun keladi.


akhirnya tercapai gak cita2 nak buat laksam...sungguh nikmat dan puas ati dapat buat sendiri. makan banyak mana pun cekik la...resepi cari kat youtube , step-by-step. Senang je.

Permisi dulu. Selamat menyambut ramadan al-mubarak.

Tuesday, July 20, 2010

Ada apa dengan Syaaban....




FADHILAT BULAN SYAABAN ..
Oleh ida @ mymasjid.net - syukran sbb aye kidnap artikel anda!



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."

Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.

Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah R.A., beliau telah berkata yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah S.A.W.. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah S.A.W. pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."


Alhamdulillah. Aye dah selamat ganti pose...(bukan riak nak kasi tau seantero dunia tapi kongsi crite) sejak hormon tunggang terbalik ni lepas bersalinkan si wafi max 15hari mesti utang pose. cukup tak berkenan tapi apa leh buat, allah dah kasi kelonggaran, kita sbg hamba kena terima. semmgnya pose di bulan selain ramadhan tanpa geng (iyale...org lain tak pose masa tu melainkan yg rajin pose sunat) amat2 menduga...dugaan tu lebih rasanya, mana taknya setan kan tak kena rantai, nafsu, amarah pun kena kontrol gile2...doa slalu jgn jejaskan susu badan, walaupun sikit tapi alhamdulillah masih ada, cukuplah untuk wafi lepaskan gian. Ok, aye permisi dulu...kerja umah tgh tunggu utk dibereskan.

Selamat beramal. Anda buat anda dapat. Sampai jumpa kita di ramadan.