Tuesday, December 15, 2009

window shopping back to school

As-salam everybody...a very good tuesday morning to all....



Aye, buat masa ni bz menelaah bbrapa newsletter yg ada bau-bau bacang ngan IM (internet marketer/marketing). So kalau online kt internet tu bukan la melangut kosong tp tengah nak belajar so many things about camne nak buat website sendiri. Mana tau boleh generate income right here from my very own pc and my not so comfortable chair. Insyaallah. Tp kan dgn zero knowledge about html agak payah skit. Nasib baik ada sifu IM yg baik hati....apa lagi "buah cempedak di luar pagar..." la. Jolok2 la ilmu kat dia. Malu tanya...ikut suka kita jalan ke mana2 ...sesat larat la jawabnya.

Ok la enough about my new 'hobby'. Apa aye buat ujung minggu lepas? Shopping la. Last saturday ke Tesco beli kelengkapan sekolah wafa. Tak sangka shopping barang sekolah bebudak boleh jadi satu aktiviti yg memenatkan. Pening kepala negokkan saiz baju yg berlainan. Cari kasut lebih senang. Kasut dah beli last week kat JJ. Cari baju dan kain baju kurung je dah nak dekat 1 jam...apalagi mengamuk la si BMW tu. Nak jalan sendiri, rimas didukung ayahnya. Ayahnya dah urut2 bahu tanda lenguh. Nak dilepas berjalan, org ramai takut terlanggarkan dia. Dia ingat tesco tu playground la tu. Apapun seronok tengok muka anak berseri2 dapat benda baru. Syukur, si wafa ni bukan jenis yg cerewet. Dia setuju aje...tak banyak krenah. Tengok muka mmg muka penat.. Nasib baik masa sarapan tu aye marah2 dia suruh makan bebanyak mcam nak pegi perang sbb aye tau time ni orang mesti ramai. Makan banyak idak la lembik nanti. Dalam keadaan aircond pun aye buleh berpeluh. Membongkar sana, menyelak sini. Menjeling agaknya si salesgirl tesco menengokkan gelagat aye yang umpama mencari harta karun. Susah tul cari baju sekolah untuk saiz wafa. Saiz kecik 6-7, 8-9.....camne la mak aye dulu. Jenama dan kualiti pulak macam2. Harga pun tak sama. En. hubby ingatkan aye awal2 jgn amik yang murah sbb kualiti kain tak bagus. Orait Mr. Hubby, yg penting, I pilih U bayo..ha..ha..gitulah adatnya. Mmg pun yang murah kainnya nipis je. So aye pilih yang sederhana. Wafa selalu ejek mamanya kedekut...correction ye...bukan kedekut tapi cuba nak jimatttt! Paling penting selesa! Teringat masa aye kecik2 dulu...punya la excited dapat shopping brg baru utk masuk sekolah. Mmmm...nostalgia lagi.


Antara kelengkapan sekolah wafa yg dah dibeli.


Setakat ni dulu cerita aye. 18-20 Dis ni aye nak pegi memeriahkan kenduri kawin sepupu2ku di cheras. Kpd newly-wed Hanisah & Halim O dan bridegroom n bride to be Naim & Hamiza......, have a wonderful wedding day and tahniah dari Kak Aton dan family. Jumpa Jumaat ni...Naim..amacam dah praktis goncang tangan tok Qadi?

Sunday, December 6, 2009

Buat plastisin sendiri


Alkisah anak dara aye si wafa tu merengek2 mintak dibelikan plastisin. Alahai...menyampah pulak dengan benda cam tanah liat warna-warni tu. Rasa cam tak kuasa nak belikan. Tapi tak sampai ati. Bukan apa, bebudak tak menyempat nak kan satu2 mainan tapi bila dah dapat cepat sgt jemu. Tu yg mamanya malas nak turutkan. Aye pun apalagi tanya kat encik google le. En. google, en google camne nak buat plastisin D.I.Y? Mak ai, sonang sangat rupanya mcm nak buat biskut je. Plastisin D.I.Y tu selamat utk bebudak. Kalau nak dimakan pun buleh cuma tak sedap le, masin. Sebijik macam play-doh yang mahal tu cuma yang D.I.Y ni tak cepat keras. So bagi mak2 yg suka benda2 D.I.Y silalah cuba. Yang dinosaur ngan cupcake tu aye yang buat. Best pulak, melebih dari budak. Sekali skali apa salahnya.

Bahan:
1 cawan tepung (ayak)
1/4 cawan garam
2 camb minyak
1 cawan air
2 camt cream of tartar
pewarna makanan
Cara:
1. Masak garam dan air sampai larut.
2. Masukkan bahan2 yg lain.
3. Kacau sampai anda dapat doh yang licin dan lembut. Biar sejuk.
4. Warnakan. Uli sebati. Simpan dlm bekas kedap udara.
Very simple. Enjoy!
Di bawah ni versi omputeh punya...
Traditional Recipe for Play Dough/Play Doh

The basic cooked play dough recipe requires:
1 cup sifted plain flour
1/4 cup salt
2 tblsp oil
1 cup water
2 teasp cream of tartar and food colouring or powder paint

Heat the salt and water in a saucepan until the salt has dissolved. Add other ingredients and stir over medium heat until you have a smooth, firm dough. Allow to cool slightly and knead for a couple of minutes or place in a food processor. Store in an airtight container or bag. If the playdough feels a little dry at any time just dip it in oily water and give it a quick knead.

Thursday, December 3, 2009

12.11.2009 Konvo Wafa (belated)

Hari ni hari konvo Wafa. Hati aye berbunga lagi teruja nak tengok konvo pertama wafa. (hrp akan ada konvo2 mendatang, insyaallah). Al maklum, lepas ni kalau ada rezeki lambat lagi nak tunggu konvo yang seterusnya. Apapun sambutan yg serba sederhana n agak mengejutkan...majlis konvo berlangsung penuh meriah dan riuh macam pasar. Mcm pasar? Mmg kat pasar pun. Konvo wafa diadakan di Kompleks Muhibbah Kg. Pandan (pasar berbumbung tanpa dinding). Mmg happening! Mmg sungguh tak sangka....Aye dah tau itu pasar so awal2 lg dah pelik tapi tetap pasrah. Tak salah la kalau konvo tu riuh rendah mcm pasar...mmg pasar pun!Bagi mak pak yang tak tau konvo diadakan di sebuah pasar nan indah permai tu...muka yang dari rumah berbunga2, berdandan bagai nak ke open house PM, bila sampai ke destinasi berubah masam macam cuka. Bau ikan menari2 kat lubang idung. Sungguh real. Lepas tu boleh beli ikan buat masak kari esok. Sambil menyelam minum ayo.


Inilah Kompleks Muhibbah, Kg. Pandan, sebuah pasar yg ternyata amat multipurpose.


Tapikan...jauh di sudut hati beta, agak terkilan gak. YB umno/bn yg bagi ucapan aluan dok kata inilah 'buah tangan' kerajaan PR (s'gor kan bawah Pakatan Rakyat)...dia dah mula dah...bla3x politik sanasini....tp bugget bukankah dari kementerian/ kerajaan pusat? Ntah la....berapa sangat la sewa dewan tu...mmm alahai. Takpa3x. Aye bersyukur aje skalipun wafa tu konvo kat gelanggang silat maupun badminton court aye tetap meraikan. Budak kecik mcm wafa apa yang dia tau, dia tau seronok aje. Konvo cenggitu pun dia kata best. Itulah bebudak namanya, naif lagi sincere gitu.



Wafa dapat hadiah pelajar cemerlang! Tahniah anak mama. U can do it bebeh!


Selain wafa nyanyi nasyid dgn kengkawannya, lebih menguja dan menggumbirakan aye bila wafa adalah antara penerima hadiah pelajar cemerlang bila dia dapat no.2 ujian akhir tahun kat tadika ( #2 drpd 22 murid). Tak sesia aye jadi mak yang garang. Apapun Wafa dah dapat kuasai 3M sbg persediaan ke Darjah 1. Tahniah anak mama. Smoga kejayaan sentiasa jadi milikmu, cemerlang dunia akhirat.. Insyaallah!


Wafa bergaya dengan 'busana nasyid' berlatarbelakangkan pemandangan meja jualan penjaja, siap sedia nak naik pentas menyanyi. Suara bebudak nyanyi nasyid sama naik dengan suara org kat pasar.


Rasanya inilah hari yang paling memenatkan. Dah lama tak rasa penat sangat camni. Mana taknya banyak baik punya moment yg tak dapat nak snap gambar, mana nak dukung wafi, mana lagi nak tangkap gambar. Dgn si wafi ni, usah kata nak duduk, berdiri setempat pun tak dapat. Aktif sungguh. Apapun hari ini dalam sejarah.